1

107 14 1
                                    

Aku memandang figura jejaka di hadapanku. Tinggi. Berbadan tegap. Bahu bidang. Dan semestinya berwajah yang begitu menarik perhatian. Setiap kali lelaki itu mengalihkan pandangan memandang ke arahku, aku cepat-cepat menyembunyikan pandangan dengan buku tebal dihadapanku atau buat-buat menyalin nota. Aku tidak mahu dikesan sedang memandangnya.

Setelah lelaki itu beredar, aku melepaskan keluhan kecil. Dia, lelaki yang telah mencuri perhatianku sejak menjejakkan kaki ke kampus ini. Jika sebelum ini aku tidak tertarik sangat dengan mana-mana lelaki namun dia, buat pertama kalinya membuatkan perasaan ingin tahuku membuak-buak. Jika bukan kerana pemikiran rasional aku masih ada, pasti aku sudah mengejar lelaki itu dan menanyakan soalan-soalan bodoh.

Aku mengemas buku-buku aku lalu menapak keluar dari perpustakaan itu. Sebaik saja pintu ditutup, aku terkejut dengan kelibatnya disebelah pintu perpustakaan itu. Nasib saja aku tidak melatah. Dia sedang menunggu oranh kut. Fikirku. Aku kemudiannya ingin berlalu pergi. Namun kata-katanya membuatkan aku terhenti.

"Seronok stalk saya?" Aku terkaku. Dia perasan?! Dengan perlahan aku mengalih memandangnya. Lalu tundukan hormat aku berikan.

"A-annyeonghaseyeo, sunbae..." tegurku. Tidak mahu memanjangkan soalannya, aku terus melangkah pergi. Namun dia menghalang jalanku dengan badannya.

Ish, tahulah besar! Tak payahlah nak halang. Aku malu tahu tak?!

"I'm asking you, lil' girl. Did you stalking me?" Aku hanya menunduk memandang lantai. Memang taklah aku nak mengaku!

Melalui pendengaranku, aku dapat mendengar dia ketawa kecil. Pasti dia ketawakan kebodohanku. Malunya!

"You're something, lil' girl. By the way, saya Park Chanyeol. In case kalau awak tak tahu. See you again, Song Hyunjoo-sshi," katanya. Dengan itu dia berlalu pergi meninggalkanku.

Aku tekupkan mulut dengan buku ditangan. Pipiku sudah memerah menahan rasa. Park Chanyeol. Bukannya aku tidak tahu namanya. Malah di mana fakultinya juga aku sudah tahu. Namun satu fakta yang membuatkan aku tersenyum suka ialah, dia tahu nama aku!

Dia, lelaki yang aku suka, tahu nama aku! Park Chanyeol tahu nama aku! Tiada hari yang lebih indah dari hari ini!!



Panggilan telefon dari ibuku tengahari tadi membuatkan aku pening kepala. Kenapalah ibuku ini memandai mengaturkan blind date untuk aku? Sudahlah masanya adalah petang ini. Nasib baik saja kelas aku sudah berakhir kalau tidak memang satu masalah jadinya. Tanpa membuang masa aku terus menyiapkan diri untuk bertemu pasangan blind date aku itu. Jangan membuat spekulasi. Aku bukannya teruja untuk berjumpa dengannya. Tetapi kalau aku tidak pergi, ibu aku pasti akan membebel.

Aku memakai pakaian simple sahaja. Memandangkan blind date hanyalah bertempatkan di kafe. Kalau lelaki itu rajin dia mungkin akan membawaku ke taman atau pun berjalan disekitar Gangnam street. Aku mengenakan dress kuning cair paras lutut dan kardigan berwarna krim. Kasut but bertumit paras buku lali berwarna coklat dan sedikit solekan. Cukuplah sekadar solekan nipis. Aku tak mahulah bersolekan tebal memandangkan hari makin senja. Rambut pula aku lepaskan. Sesudah memastikan pakaian aku cukup menyamankan mata, aku terus mengambil beg sandangku lalu keluar dari apartment sewaku.

Melalui pesanan ringkas dari ibuku, kafe yang menjadi tempat blind date aku tidaklah jauh dari apartment sewaku. Hanya lima minit dengan berjalan kaki. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berjalan ke kafe berkenaan. Bolehlah aku memerhati keindahan kawasan perumahanku.

Setibanya aku di kafe berkenaan, aku terus masuk. Aku mencari-cari kelibat lelaki yanh menjadi mangsa blind date ibuku. Dari jauh aku dapat melihat seorang lelaki yang mengangkat tangan. Sepertinya memanggilku. Aku berjalan ke arahnya lalu senyuman manis aku berikan.

You Never Love Me | PCY (ON-HOLD!) Where stories live. Discover now