Part 1

13.7K 44 0
                                    

Knock! Knock! Knock!

Pintu bilik belajar tingkatan 6 diketuk kuat bagi mencuri perhatian para pelajar yang sedang asyik mengulangkaji pelajaran untuk segera ke surau bagi menunaikan solat asar secara berjemaah.

" Assalamualaikum para senior yang dihormati. Mohon semua ke surau ye, waktu asar dah nak masuk. " Farisya Najwa mula bersuara selaku biro kerohanian asrama.

Kedengaran para pelajar tingkatan enam mengeluh perlahan. Ada sesetengah sudah menjeling tajam ke arah biro kerohanian yang masih setia mengukir senyum di sisi pintu.

" Haa ye, kami tahu lah. Kau tolong blah dari sini, boleh tak? Kejap lagi kitorang gerak berjemaah. "  Airin Sofia sengaja menyebut perkataan itu dengan jelas kerana marah akibat kerja yang dibuat diganggu.

Farisya Najwa hanya menganggukkan kepala lantas beredar dengan berpakaian solat lengkap. Kain telekung disangkut di bahu kanan.

Selang beberapa detik, kedengaran azan dilaungkan. Tergesa - gesa para pelajar tersebut keluar dari bilik belajar untuk ke surau. Masing-masing khuatir sekiranya didenda oleh warden mereka yang amat tegas itu.

Seperti biasa, Airin Sofia adalah orang terakhir keluar. Dengan selamba, langkah diatur perlahan menuju ke surau. Dari jauh sudah kelihatan Ustaz Hamdan selaku warden asrama memerhati .

.....................................................................

" Aamiin.. " Muka diraup tanda selesai menunaikan solat. Kemudian para pelajar mengambil tempat masing-masing untuk mengalunkan bacaan Mathurat pada setiap petang.

Airin Sofia mengambil tempat yang paling dekat dengan pintu keluar kerana tidak tahan dengan bau surau yang hapak. Sedang leka bibirnya membaca alunan zikir Mathurat, tiba-tiba kereta Camry berwarna kelabu memasuki perkarangan asrama. Matanya ligat memerhati pemandu kereta itu namun gagal kerana cermin kereta terlalu gelap.

" Woi!  Berangan dah sampai Paris ke? " Sergah Mila Aimie dari belakang.

" Apa benda kau mengarut ni, Mila? Aku tengah perhatikan kereta tu. Kau pernah nampak ke mana-mana cikgu pakai kereta tu? " soal Airin Sofia. Hairan.

" Takde la pulak. Mungkin pemilik kereta tu jodoh aku. Who knows? " Mila Aimie senyum sumbing.

Airin Sofia mengetap gigi tanda geram dengan jawapan sahabat karibnya seraya menampar lembut riba Mila Aimie.

" Serius la? Hahahaahah mesti muka pemilik kereta tu buruk kan? Gigi jongang, kepala botak lepastu hitam. Eeeeeuuww! Tapi so sweet la dengan kau yang acah-acah jelita ni kan? " usik Airin Sofia.

Mila Aimie sudah menarik muka.

" Jahat la kau ni. Dengki la kan dengan aku? "

" Sorry to say. Aku takde masa nak dengki dengan kau. Baik aku tidur dari fikirkan pasal kau" Selamba Airin Sofia berkata.

" Malas la layan kau. Aku balik bilik belajar kejap lepas tu nak naik mandi. Kau jangan lama-lama kat surau ni nanti bau busuk kau tu mekar mengharum kat dalam ni pulak! " Mila Aimie menjelir lidah lantas berlari anak menuju ke kawasan asrama.

" Kurang asam! " Airin Sofia menjerit perlahan sambil mengatur langkah ke tempat persalinan perempuan.

Tangannya ligat membuka ikatan telekung lalu ditanggalkan. Kain telekung dilurutkan dan dilipat dan disangkut pada penyangkut baju.

" Excuse me.. " tegur satu suara garau.
Segera Airin Sofia berpaling. Bulat matanya memandang.

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi putih lelaki itu.

........................................................................
Bersambung~

Warden Asrama, Kau Aku Punya! Where stories live. Discover now