Mereka terkejut akibat sergahan tersebut lantas berpaling. Tubuh seorang tukang cuci wanita tercegat di muka pintu.
" Makcik.. Ini bukan seperti yang makcik fikirkan. Saya dengar ada orang menjerit tadi sebab tu saya nak periksa siapa dalam tandas ni dan pelajar ni terjatuh sebab lantai licin. " Terang Ustaz Adam Yusuf .
" Makcik fikir kamu berdua ni nak buat benda terkutuk dalam kawasan sekolah ni. Maafkan makcik ye. "
" Takpe makcik. Sesiapa pun akan fikir benda yang sama. "
Airin Sofia hanya menjadi pemerhati. Tubuhnya tidak selesa kerana sudah berpeluh akibat lama menjadi penghuni tandas yang tidak ada sebarang kipas di dalamnya.
" Biar makcik tolong papah pelajar ni ye ustaz. Ustaz nak makcik bawa dia ke mana ni? " Soal Makcik Kalsum, tukang cuci sekolah itu.
" Terima kasih makcik. Saya fikir itu lagi elok. Boleh elakkan fitnah. Makcik bawa ke garaj sana. Nanti saya akan menyusul. " Balas Ustaz Adam Yusuf lalu beredar dari tandas itu.
Perlahan tangan Airin Sofia, Makcik Kalsum capai. Dia mula memapah tubuh genit itu berjalan dengan penuh berhati-hati. Kaki Airin Sofia sudah bengkak di bahagian kiri. Terhinjut-hinjut dia berjalan.
" Kamu okey tak ni? " Sapa Makcik Kalsum mesra.
" Tak. Kaki saya sakit sangat, makcik. " Perlahan saja suara Airin Sofia membalas. Air mata yang hampir mengalir di tubir mata pantas diseka.
" Sikit je lagi ni. Nanti kita sampai kat garaj tu. " Lembut bicara wanita tua itu memujuk.
Airin Sofia hanya menurut.
........................................................................
" Ustaz... " Panggil Airin Sofia.
Mereka bertolak selepas Ustaz Adam Yusuf mendapat izin dari pengetua sekolah untuk membawa pelajar ke klinik.
" Ada apa? " Soal Ustaz Adam Yusuf tanpa mengalihkan pandangan dari pemanduannya.
" Saya tak suka ustaz. Tapi, terima kasih. " Airin Sofia menunduk lantas bermain dengan jarinya.
Terdengar tawa halus dari sisi. Airin Sofia berpaling.
" Kenapa ketawa? " Airin Sofia menyoal kehairanan.
" Kenapa tak suka saya? " Soalan dibalas soalan.
Airin Sofia menunduk.
" Sebab ustaz ni adalah ustaz yang paling annoying pernah saya jumpa. Saya tak tahu lah kenapa saya ada rasa macam ni. Tapi for sure, saya tak suka ustaz. Sekian. " Lancar sungguh bicara Airin Sofia meski wajah ditundukkan.
" Most welcome. " Ringkas jawapan Ustaz Adam Yusuf.
" Apa benda pulak ustaz ni? "
" Tadi kan kamu cakap saya tak suka ustaz tapi terima kasih " Sengaja Ustaz Adam Yusuf mengecilkan suaranya kerana ingin mengajuk percakapan Airin Sofia.
Airin Sofia mendengus.
" See..! Such a annoying person ever..! " Airin Sofia menjerit perlahan.
Ustaz Adam Yusuf ketawa keriangan.
' Comel dan menarik ' Desis hati lelakinya.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di perkarangan hospital yang berdektan dengan sekolah itu . Maklumlah hari sudah kian senja, kebanyakan klinik sudah tutup.
Tepat jam 5:30 petang mereka tiba. Mungkin juga mengambil masa 1 atau 2 jam bagi mendapatkan rawatan doktor.
" Kamu tunggu kat sini ye? Saya nak solat asar kejap kat surau tu. " Pinta Ustaz Adam Yusuf.
Airin Sofia mengangguk laju.
Telefon pintar miliknya dikeluarkan dari poket baju, aplikasi My Talking Angel menjadi pilihan. Sungguh, dia bosan menunggu gilirannya dipanggil.
Hampir 20 minit dia bersendirian. Sesekali matanya melilau mencari kelibat Ustaz Adam Yusuf.
" Tak solat? " Teguran datang dari belakang. Airin Sofia sedikit tersentak akibat terkejut. Lantas dia berpaling.
" Ustaz..! " Marah Airin Sofia.
" Cari saya ke dari tadi? Saya dah lama duduk kat belakang ni. Takkan kamu tak dapat rasa aura saya? " Gurau Ustaz Adam Yusuf.
" No " Sepatah saja jawapan yang diberi.
" Alamak! Adakah itu tanda kita tak berjodoh? " Soal Ustaz Adam Yusuf. Sengaja hendak mengusik Airin Sofia.
Bulat mata Airin Sofia memandangnya.
" Tak nak lah saya berjodoh dengan ustaz. Nanti saya stress bila hari-hari kena hadap perangai ustaz. " Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ustaz Adam Yusuf.
" Wah! Belum kawin lagi kamu dah boleh fikir macam mana hidup kamu dengan saya ye, Airin? Hebat. " Usik Ustaz Adam Yusuf lagi.
Airin Sofia mencebik geram. Malas mahu membalas , dia mendiamkan diri seraya berpeluk tubuh.
' Annoying ' Airin Sofia bermonolog sendiri.
" Airin Sofia binti Mikail " Lantang suara jururawat memanggil.
Airin Sofia beredar pergi meninggalkan Ustaz Adam Yusuf di ruangan menunggu.
........................................................................
Bersambung~
YOU ARE READING
Warden Asrama, Kau Aku Punya!
RomancePang! Satu tamparan hinggap pada pipi putih lelaki itu. Dia tergamam. " Keluar lah! Ni kawasan perempuan! " " Sorry, saya tak tahu.. " Tangannya masih memegang pipi, menahan pedih. Mata bertentang mata, perempuan tersebut menjeling tajam lalu bere...