Muka Ustaz Adam Yusuf merah akibat menahan tawa apabila melihat reaksi Airin Sofia. Sakit kepalanya menahan gelak namun terlepas jua.
Airin Sofia terpinga-pinga melihat Ustaz Adam Yusuf itu tiba-tiba ketawa.
" Ustaz? Kena sampuk ke? " Mila Aimie bertanya. Hairan.
" Saya ni ustaz. Mana ada nak kena sampuk. Orang yang tak kuat iman macam kamu je yang selalu kena sampuk. " Perli Ustaz Adam Yusuf .
Mila Aimie memutarkan bebola matanya ke atas. Menyampah!
" Poyo la ustaz ni. Nama je ustaz tapi riak. Astaghfirullahalazim nauzubillah. " Sahut pelajar lain dari belakang , selebihnya hanya menggeleng kepala perlahan.
" Ustaz boleh keluar sekarang. Tak elok rasanya kalau ustaz berlama-lama kat sini. " Halau Airin Sofia sambil mengibaskan tangan ke arah Ustaz Adam Yusuf.
" Baiklah seperti yang dikata. Tadi tu saya gurau je. Bukannya saya tak ada citarasa dalam memilih pasangan. Perempuan macam kamu ni entah dari mana asalnya. " Bidas Ustaz Adam Yusuf dengan senyum sinis.
" Apa masalah ustaz ni sebenarnya? Berambus lah..! " Dengan segera Airin Sofia mengambil buku lalu menolak tubuh tegap lelaki itu beralaskan buku tersebut. Pintu ditutup.
Nafas lega dihela.
" Baru je datang sini tak sampai satu hari, dah berlagak macam orang sewel. Apa cita? " Mila Aimie tidak puas hati apabila sahabatnya menjadi mangsa buli ustaz itu.
Airin Sofia hanya mendiamkan diri. Malas mahu menambah percakapan Mila Aimie. Nanti tidak siap pula kerja kursus nya.
Di balik pintu yang ditutup.
' Kenapa aku jadi macam ni? ' Ustaz Adam Yusuf menyoal diri sendiri. Tangan masih setia ditekap di dada kiri.
........................................................................
Kringgg!!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat beransur tamat.
Dua sahabat sejoli masih tenang mengatur langkah sementara pelajar lain sudah berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing dengan terburu-buru.
Pap!
" Aduh.. " Mila Aimie mengadu sakit. Kakinya tersepak kerusi di kantin.
" Mata kau letak mana ni? " Airin Sofia memerli.
" Ni haa mata aku. Tapi mata aku kat muka dan muka aku kat sini. " Seraya itu Mila Aimie menuding jari ke arah wajahnya sendiri.
" Dan... Yang tersepak kerusi tu kaki aku. Mata aku tak ada kat bawah. Sebab tu dengan penuh penglihatannya, aku sepak kerusi tu dengan senang hati. Sengaja! " Mila Aimie muram. Sudahlah jari kakinya terasa bengkak akibat tersepak kerusi, tambah pula dengan soalan tak cerdik dari Airin Sofia. Makin panas dibuatnya.
" Baiklah Professor Mila. Jawapan diterima. Weh, jom toilet jap! " Ajak Airin Sofia penuh keriangan.
Mila Aimie membuntuti langkah Airin Sofia perlahan.
" Cepat sikit la wei..! Sekarang ni waktu Cikgu Hasan. Dia tu dah la cerewet pasal masa. Kau jangan mengada nak berdandan pulak ye! " Mila Aimie memberi amaran.
" Bijaknya kau ni! Mestilah aku nak berdandan dulu. Lipstik kat bibir aku ni dah pudar la. Kejap tau! " Airin Sofia membalas dengan kenyitan mata yang sengaja dibuat-buat.
" Malas tunggu kau. Aku naik dulu. "
Maka, Airin Sofia berseorangan di dalam tandas. Ligat tangannya mengoles lipstik di bibir. Warna pink mula kelihatan di bibirnya itu. Airin Sofia tersenyum.
Jam tangan dikerling pantas. 3:35 petang.
' Oh! Dah lewat 5 minit. ' gumamnya sendiri.
Segera dia mengatur langkah untuk keluar namun entah mana silapnya, dia tergelincir dan....
Bum!
" Arghh! " Lantang suaranya bergema. Airin Sofia cuba untuk bangun namun gagal. Mungkin kakinya terseliuh. Pergelangan tangannya juga sudah membiru tanda bengkak.
Kebetulan Ustaz Adam Yusuf menggunakan laluan yang berhampiran dengan tandas pelajar perempuan. Dia menghampiri tandas tersebut. Pintu diketuk bagi mendapatkan kepastian ada penghuni atau tidak.
" Tolong.. " Suara Airin Sofia bertukar serak. Dia hampir menangis. Takut dan sakit yang dirasakan kini.
Ustaz Adam Yusuf menjengahkan kepala dan kelihatan Airin Sofia terduduk di atas lantai. Kaku! Wajahnya jelas menunjukkan riak ketakutan.
" Ustaz... " Panggil Airin Sofia.
" Kamu okey ? Adui.. Dah tak ada tempat lain ke nak duduk bersimpuh selain dalam tandas ni? Tempat syaitan juga lah yang jadi pilihan kamu ye? " Ustaz Adam Yusuf membebel sendiri.
" Saya jatuhlah ustaz. Tak boleh beza ke antara orang terjatuh dan sengaja duduk macam nak main congkak kat sini? " Marah Airin Sofia.
Ustaz Adam Yusuf berfikir sejenak.
' Nak angkat ke tak ni? Tapi, keadaan darurat. Tapi, aku boleh je minta tolong pelajar perempuan lain angkat dia ni. Alahai! Nanti menganggu diorang nak belajar pulak. Macam mana ni? ' Ustaz Adam Yusuf bermonolog.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengangkat Airin Sofia.
Baru sahaja dia ingin mendekati Airin Sofia, kedengaran pintu tandas dikuak dari luar.
" Astaghfirullahalazim.. Ustaz Adam?! Airin?! "
........................................................................
Bersambung~Siapakah gerangan itu? 👀
Apakah yang akan berlaku selepas ini? Kita tunggu dan lihat 😍
Any comments and suggestions? Boleh komen 😘
YOU ARE READING
Warden Asrama, Kau Aku Punya!
عاطفيةPang! Satu tamparan hinggap pada pipi putih lelaki itu. Dia tergamam. " Keluar lah! Ni kawasan perempuan! " " Sorry, saya tak tahu.. " Tangannya masih memegang pipi, menahan pedih. Mata bertentang mata, perempuan tersebut menjeling tajam lalu bere...