Air mataku tiba-tiba mengalir perlahan ke muka pipi. Entah apa yang aku fikirkan sekarang ini. Fikiran bercelaru. Namun ,aku masih mampu tersenyum walaupun aku tahu mata ini tidak bisa menampung airnya yang semakin menakung. Aku hairan. Aku hanya bercadang untuk duduk di bangku luar rumahku buat seketika sahaja. Tak sangka pula boleh terlajak sehingga mengambil masa yang begitu lama.
Niat untuk mengambil angin dan menghirup udara yang segar di panjangkan apabila aku diheret oleh khayalan dan perasaan ke suatu lembah jiwa yang begitu sepi. Kosong. Tak dapat aku bayangkan gambaran betapa tandusnya sebuah hati yang sentiasa terluka. Mungkin ia menjadi kosong kerana telah lali dengan permainan dunia yang tiada hujung pangkalnya.
Aku yang tenggelam dalam lamunan kesakitan itu hampir mengeringkan air mata yang mengalir sejak tadi. Walaupun jiwa ini telah kosong tanpa sebarang perasaan di dalamnya, namun ia tetap sakit. Sakit sehingga sukar diubati sehingga ke dini hari.
"Azri? Kau alright tak alright?,". Ada satu suara tiba-tiba kedengaran dari belakang. Suara itu seperti sudah lekat dalam ingatan aku.
"Azri?!". Terjah Khairin seraya tersengeh sengeh melihat gelagatku. "Seriously bro? Kau menangis lagi?," perlekeh Khairin.
Kawan baik yang sentiasa ada di samping aku itulah Khairin. Khairin Sodeqin. Hitam manis orangnya. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu besar. Bertubuh kecil tetapi dia sentiasa ada idea untuk dibingcangkan. Seorang yang banyak mulut namun hanya dia sahaja yang ada bersama aku tatkala tiada siapa yang menghiraukan aku. Tak kira di sekolah mahupun di rumah. Dialah kawan dan dialah keluarga aku. Susah senang dan jatuh bangun aku dia sahaja yang menjadi saksi.
"Apa yang terjadi ni azri?," tanya Khairin dengan perasaan ingin tahu. Aku cepat-cepat mengusap air mata di pipi. Aku cuba berpura-pura bagai tiada apa yang berlaku. Namun taktik ini bagai sudah dapat dibaca olehnya.
"Sampai bila kau nak berdendam dengan kawan baik sendiri? Kau juga yang beritahu dulu, jangan ada antara kita berlima yang saling benci membenci, khianat mengkhianati, dusta mendustai. Tapi sekarang, kau pula yang lebih-lebih!" luah Khairin dengan nada sedikit tegas.
"Dia munafik! Dia bukan kawan baik aku lagi". Aku selamba sahaja menidakkannya.
"Azri, sorry to say la bro. Kau dah berubah. Kau lupa ke yang Zaf tu pernah jadi kawan baik kita semua tau. Banyak kenangan kita lakar bersama sewaktu di Darul Falahiyah. Ke kau dah lupa semua tu?" Kali ni Khairin kelihatan bersungguh menasihatiku. Pada matanya, terpancar sinar harapan untuk persahabatan kami kembali seperti dahulu.
Aku tersentak. Ego mula merasuki tubuh badanku. Cengkaman ego yang begitu kuat menyebabkan aku tidak sengaja menengking Khairin.
"Friendship jenis apa macam tu? Penuh dengan sifat munafik! Pentingkan diri! Aku jijik la nak dengar nama dia. Sikit pun aku tak kisah pasal dia. Bertahun lama hati aku pendam luka. Hati ni dah lama mati untuk dia!"
"Bro bukan macamtu..."
Khairin cuba menenangkan aku, tapi aku tidak mempedulikannya. "Jahat sangat ke aku ni? Aku sumpah penat!".
Tengkingan itu mengakhiri perbualan kami pada hari itu. Tak mahu memperbesar keadaan, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku mahu bentang pinggang. Aku mahu tenangkan kekusutan fikiran.
Ya. Aku sedar yang aku semakin ego dan keras kepala. Tapi ini semua takkan terjadi kalau Zaf tak perangkap aku!
Zafran Ahda...
Manusia paling hina dan jijik dalam hidup aku. Aku akan ingat kemunafikan kau sampai nafas aku yang terakhir!
YOU ARE READING
Tangisan Rindu Ramadan [Road To Ramadan 2020]
Teen FictionKemunafikan Zaf menyebabkan hancurnya persahabatan yang telah dibina bertahun lama. Kesakitan itu paling dirasai oleh Azri Firdausi apabila Zaf mula menjauhkan diri darinya kerana iri hati tentang penganugerahan "Hafiz Terbaik" di Darul Falahiyah. ...