Bab 4: Kenangan Berputik Kembali

62 15 1
                                    

Flashback...

                   "Saya Tuan Guru Abdul Karim, selaku mudir Darul Al-Falahiyah. Dengan rasa bangga dan gembiranya, saya akan umumkan Hafiz Terbaik untuk tahun 2015 pada hari ini.

Hadirin-hadirat sekalian,

                  Setelah kami teliti selama pengajian 5 tahun di madrasatuna ini, saya dapati beliau seorang pelajar yang sangat komited dengan tugasan yang diberikan. Rajin bertanya. Hafalan demi hafalannya sangat memuaskan. Lancar. Bacaan ayat Al-Qurannya seperti tiada kecacatan dari segi makhraj mahupun sifat.

                  Saya yakin, beliau layak untuk menjadi peneraju anak muda islam pada masa akan datang.

                 Oleh yang demikian, pada hari ini saya akan mengiktiraf usaha beliau dalam mempelajari dan mendalami Ilmu Allah di Darul ini.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Hafiz Terbaik Darul Al-Falahiyah bagi tahun 2015 saya berikan kepada...

***

"Assalamuaikum Hafiz Terbaik!"

"Waalaikumussalam, Ya Allah... Kau...?!"

"Takkan la dah lupa member lama..."

"Wazir, Daud?" Sebutku dengan terkejut sambil memandang mereka.

"Ya Allah, dah lama tak jumpa" tambahku lagi dengan penuh rasa gembira.

"Tau la rindu kitorang, tapi takkan borak depan pintu je?" perli Daud dengan sinisnya.

"Ya Allah... lupa pulak , mai la masuk..." Kekalutanku menjadi bahan tawa mereka.

                  Aku tidak sangka yang mereka masih ingat akan aku. Kali terakhir aku berjumpa dengan mereka sewaktu majlis perpisahan para tahfiz Darul Falahiyah. 5 tahun lepas....

                    Pada pertemuan di perbatasan pintu, aku seakan-akan tidak dapat mengenalpasti raut wajah Wazir dan Daud. Perubahan muka meraka amat ketara. Ya, mungkin kerana aku sudah lama tak bersua muka dengan mereka.

                     Kejanggalan aku ini menyebabkan suasana dalam rumah sedikit hambar.

Aku terdiam seribu bahasa...

"Azri, kau okay?" Wazir bertanya.

"Kau macam tak suka je kitorang datang?" suara Daud meluahkan kata gurauan.

"Eh tak la, aku gembira korang datang. Cuma hari ini aku tak berapa sihat." kataku menutup persoalan mereka.

                  Di meja makan itu, aku tak mampu untuk melakukan apa-apa. Hanya membisu ... membisu... dan membisu...

                 Diheret satu penyesalan yang terkesan sehingga kini...

***
24 September 2015...

"Kau percayakan Zaf daripada aku ni, Wazir?"

"Bukan macamtu, jangan salah..."

"Apa yang salah faham? Terang-terang kau percaya dengan fitnah tu dan kau sebarkan kat satu madrasah!"

"Bukan sebar fitnah Azri... Dengar dulu penjelasan aku!" Wazir cuba menenangkan suasana.

"Kau ingat kata kata aku ni, aku jamin hidup kau takkan pernah tenang dengan apa yang kau dah buat ni!."

***

Ya...

Aku masih dihantui rasa bersalah...

Bersalah...

Dan terus dihimpitnya...

Sesak dada ini, bagai sudah biasa dengan semua ini...

                 Aku sedar... bahawa menyelesaikan masalah dengan emosi, hanya merugikan aku...

                Inginku luahkan kekesalanku kepada mereka. Namun aku sesekali tidak pernah berbuat demikian.

Aku kalah, dengan emosi...



Tangisan Rindu Ramadan [Road To Ramadan 2020]Where stories live. Discover now