Khairin menyediakan makan malam pada hari ini. Dia kelihatan seperti ingin memujukku kerana tragedi pagi tadi. Mungkin dia dihimpit rasa bersalah atas kata-katanya itu.
Ya. Jujur aku terasa...
Tapi kalau sudah namanya kawan baik yang di anggap seperti keluarga sendiri, cincanglah air banyak kali pun tak kan terputus.Aku sudah bau aroma masakannya dari bilikku. Siapa lagi yang rajin memasak di dalam rumah ini kalau bukan dia. Aku sudah agak yang dia akan menyediakan makan malam.
Kali ini, aku pula yang rasa serba salah bila mengenangkan tragedi pagi tadi. Aku tak sepatutnya tinggikan suara begitu. Aku tahu niatnya hanya untuk menasihati aku agar tidak berdendam dengan Zaf.
Aku termenung sebentar...
Masa bergerak sepantas kilat. Tak lama lagi azan maghrib akan berkumandang. Tanpa melengahkan masa, aku terus mencapai tombol pintu bilikku lalu memulasnya.
"Mak kau!" Aku terkejut beruk!
Khairin berada di hadapan pintu bilikku. Nampaknya dia seperti ingin mengetuk pintu bilik untuk memanggilku makan malam.
Dia terkaku lalu tersengeh malu. "Azri, aku dah sediakan makan malam. Lepas solat maghrib nanti, kita makan sama-sama tau?" pelawa Khairin dengan nada yang teragak-agak.
Aku tersenyum melihat gelagatnya yang nampak begitu awkward terhadap aku. "Tak seronok makan sorang-sorang kan?" perliku sambil memandangnya. Kami ketawa kecil.
Dia sempat mengingatkan aku untuk berpakaian kemas dan sopan sebelum turun untuk makan malam.Hairan dibuatnya. "Kenapa aku perlu berpakaian kemas malam ini?" tanyaku seorang diri. Tidak mahu berfikir begitu panjang, aku hanya mengiyakan sahaja. Mungkin saja Khairin melihat aku kelihatan semakin selekeh sejak kebelakangan ini. Aku cuba husnudzon terhadap permintaanya itu.
kejadian pagi tadi, membuatkan aku terasa sangat penat. Niat untuk membentang pinggang di atas katil membawa aku untuk terlena lama. Di buai mimpi hingga ke pelosok bulan dan bintang.
Aku tak sangka yang tidur kali ini mengambil masa yang begitu lama. Dari pukul 11 pagi hingga ke 6 petang!
"Allah!, hari ini aku tertinggal solat zohor dan asar pula...". Boleh dikatakan jarang untuk aku terlepas solat. Namun berbeza pada hari ini. Adakah aku semakin jahil?"Apa nak jadi dengan aku ni... Hafiz terbaik konon. Hafal kalam Allah, tapi ibadah kepada Allah kelaut!" keluhku seorang diri sambil menapar muka pipi berkali- kali.
Walau bagaimanapun, kekesalan seorang manusia hanyalah sementara. Biasalah, rungut banyak mana sekali pun pada diri, tetap juga melakukan dosa terhadap sang pencipta.
Ucapan astaghfirullah hanyalah mainan bicara. Merasakan diri masih muda dan banyak peruntukkan masa untuk hidup di atas dunia ini. Walhal banyak sahaja kes-kes kematian di usia muda. Namun, anak remaja seperti aku masih lalai dihanyut keseronokkan sementara.
Aku pernah terfikir bahawa remaja di Malaysia jauh bezanya dengan remaja di Palestine. Bagai langit dengan bumi. Mereka tiada masa untuk berseronok dan bersosial seperti kita. Keseronokan mereka hanya terletak pada ibadah kepada Allah semata. Tiada istilah bersosial buat mereka. Bagi remaja di sana, tugas mereka hanya melindungi ahli keluarga dan berjuang untuk mendapatkan kembali hak mereka yang telah dirampas. Kelaparan yang dirasai hanya diisi dengan kalimah zikir.
Kadang aku bermonolog sendiri. "Azri, mampukah kau jadi seperti pemuda-pemuda di sana?". Aku tiada jawapan untuk persoalan itu.
Sedar akan keburukan diri, aku terus mencapai tuala mandi. Lantas berlari ke bilik mandi. Masa untuk aku menyegarkan badan dan menyucikan diri. Lama juga aku mandi pada petang itu. Kesegaran badan mula terasa.
***
"Allahu Akbar Allahu Akbar". Kalimah agung yang membesarkan sang pencipta mula kedengaran hingga ke muka langit. Azan maghrib itu jelas dilaungkan dari Surau An-Najihah. Surau kecil yang terletak tak sampai 800 meter dari rumah kami. Kubah surau yang berwarna biru laut itu boleh dilihat dari jendela rumah kami.
"Haiya 'Al As Solah". Suara bilal yang melaungkan azan itu sangat merdu sehingga dapat membawa detikan keinsafan dalam diri. Dosa-dosa lama yang berhabuk cuba dikenang kembali. Terasa diri ini sangat hina di muka bumi Allah yang wasi' ini.
Kesyahduan azan melembutkan hatiku yang keras. "Macam mana agaknya keadaan Zaf sekarang ye?" hatiku mula berbisik secara tiba-tiba sambil aku merenung jauh kubah surau dari jendela.
Aku hairan kali ini. Mengapa hati aku terdetik untuk bertanyakan soalan mengarut itu? Untuk apa aku bertanya keadaannya?
Selama hubungan kami mula membakar , aku tak pernah ambil peduli tentang keaadan Zaf. Sudah masuk 5 tahun tanpa sebarang pertemuan apatah lagi khabar berita.
Mengapa sekarang aku bertanyakan itu?Adakah aku sudah bersedia untuk memaafkannya?
Benarkah dinding keegoan sudah mula retak dan pecah?
Jutaan soalan membebani fikiran. Ya Allah, apakah semua ini?!
YOU ARE READING
Tangisan Rindu Ramadan [Road To Ramadan 2020]
أدب المراهقينKemunafikan Zaf menyebabkan hancurnya persahabatan yang telah dibina bertahun lama. Kesakitan itu paling dirasai oleh Azri Firdausi apabila Zaf mula menjauhkan diri darinya kerana iri hati tentang penganugerahan "Hafiz Terbaik" di Darul Falahiyah. ...