2

30 4 2
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Langit biru pula kelihatan cantik dengan tompokan awan putih, berselerak. Dua remaja lelaki sedang duduk di bawah pokok di tepi padang yang kosong itu.

"Mujur mak awak faham apa yang dah berlaku sebenarnya..."

Salleh pandang Andi yang sedang merenung ke arah langit. Dia kemudian senyum kecil.

"Mujur juga dia tak cepat percaya apa yang Cikgu Zana kata." Salleh pandang ke arah langit, badannya direbahkan ke atas rumput menghijau.

"Maaflah, Andi."

"Hm? Kenapa?"

"Kalau bukan sebab saya nak sakat awak masa di tandas semalam, mesti semua ni tak jadi," kata Salleh, kesal.

"Tak apa. Lagipun, saya benjol di dahi je. Awak, depan belakang kena."

Salleh mendecit. Andi pula sengih.

"Padang ni memang tak ada orang datang ke? Dah dekat setengah jam, kita berdua je di sini. Tak nampak orang lain pun," soal Salleh kemudiannya.

"Ada je. Tapi area ni tak ramai budak-budak. Kalau remaja macam kita ni, ramai sibuk dengan game. Tak suka ke padang," jawab Andi selamba. Jam tangan dilihat sekilas.

"Lagipun sekarang baru pukul 5. Nanti adalah budak-budak datang main bola ke, layang-layang ke..."

Salleh bangun dari pembaringan, rumput kering yang melekat di badan dikibas. Dia kemudian meregangkan seluruh tubuhnya.

"Jom. Sambung jogging. Penat pun dah hilang."

"Okey." Andi turut berdiri. "Bersungguh benar awak jogging kali ni. Kenapa?"

Salleh terus pandang Andi.

"Rasanya masa ujian larian 100 meter masa latihan sukan hari tu, saya lari lagi laju dari awak. Tapi, kenapa masa maraton semalam, awak sampai dulu di garisan penamat?"

Andi garu dagu seketika. Seolah-olah sedang berfikir.

"Sebab... Lari pecut dan lari maraton lain kot. Entah. Saya main lari je," jawab Andi selamba. Salleh pula muncungkan bibir tanda tidak puas hati.

"Tahun depan, saya nak pastikan saya sampai dulu di garisan penamat."

"Okey. Berusahalah!"

Salleh hanya senyum lalu mula melangkah, diikuti Andi dari belakang.

(...)

Tiga pasang mata memerhati gelagat dua remaja itu berjoging di sekitar kawasan perumahan itu. Mereka kemudian saling berpandangan.

"Seriuslah mereka tu kunyit?"

"Betul. Aku sendiri nampak dengan Cikgu Zana semalam. Dah kena cekup pun."

"Tapi dua-dua nampak normal je. Tak sotong pun."

"Kunyit tak semestinya sotong la. Ada je yang kaki gym. Badan sado."

"Kaki gym? Rasanya Andi tu selalu juga pergi gym."

"..."

"Ala. Susah-susah sangat, kita test je mereka masa PAFA nanti."

"Aik? Kenapa PAFA?"

"Kan ada topik kahwin dalam tu?"

"Tapi, kalau ikut silibus, tahun depan baru cover la dalam Pendidikan Islam. Lagipun baru awal bulan. Ustaz Ali tak kisah ke nak buat topik tu?"

"..."

(...)

Sepasang kasut diambil dari rak, lalu disarung ke kaki. Terasa ketat. Ditanggalkan kasut itu seketika kemudian. Saiz yang tertera di bahagian dalam kasut diteliti.

"Oh. Saiz 7," gumamnya perlahan. Dia kemudian menoleh ke arah pekerja kedai kasut itu.

"Er... Cik, kasut ni ada saiz 8 tak?"

Pekerja kedai kasut itu melihat seketika kasut yang ditunjukkan itu. "Nanti saya check, ya. Adik tunggu sekejap."

Laju sahaja pekerja itu berlari ke arah rak berisi longgokan kotak kasut tidak jauh dari situ.

"Mawar, dah siap?"

Gadis itu terus menoleh ke arah pemilik suara - seorang lelaki tua yang segak pakaiannya. Bagaikan orang yang bekerja di syarikat korporat.

"Kejap lagi, Atuk. Pekerja tengah cari kasut."

Lelaki tua itu angguk sekali. Matanya mengerling ke sekeliling kedai. Hairan seketika kerana cucunya itu mahu membeli kasut sekolah di kedai kasut itu. Bukan di pusat membeli belah, bukan juga di kedai ekslusif. Sekadar kedai teres dua tingkat yang biasa sahaja.

"Dah tiga minggu mula sekolah. Macam mana?" Datuknya bertanya, berbasa-basi. Maklumlah sibuk dengan kerja. Jarang dia dapat habiskan masa dengan cucunya nan seorang itu.

"Hm? Biasa-biasa saja, atuk. Tak ada apa-apa yang menarik pun... Hm?"

Mata Mawar menangkap kelibat Salleh yang melintasi kedai kasut itu, berjalan beriringan dengan Andi. Di tangan masing-masing ada air kotak. Wajahnya tiba-tiba berona kemerahan.

"Eh?" Lelaki itu menoleh ke luar kedai apabila menyedari reaksi Mawar. Tiada sesiapa di situ. Dia pandang semula Mawar.

"Mawar..."

Mawar terus tutup muka dek malu. Pekerja kedai kasut yang mencari saiz kasut tadi pula hairan dengan reaksi gadis itu, di tangannya ada sebuah kotak kasut.

(...)

Seorang gadis membawa sebuah kotak kasut, berjalan ke arah hutan di belakang rumahnya. Setelah agak jauh, dia membuka kotak itu, lalu mengeluarkan sesuatu yang berikat tali.

"Cantiknya..." Dia menggumam perlahan, jari telunjuk kanannya mengusap pelepah bulu hitam pada sayap burung itu. Burung gagak yang terikat kakinya dipegang erat dengan tangan kiri. Paruh dan sayapnya dilekat pita pelekat. Burung malang itu meronta-ronta di tangannya, cuba melepaskan diri.

"Agaknya dalamnya cantik juga ke?"

Sebilah pisau kraf dikeluarkan dari saku, dan dengan pantas dia membelah perut burung gagak itu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Trance : ValentinoWhere stories live. Discover now