BAB 2

112 16 5
                                    


"Terima kasih, datang lagi!" kata Elyssa kepada pelanggannya. Sementara masih seorang pelajar, dia juga bekerja 'part-time' di sebuah cafe yang berhampiran dengan pusat bandar. Mesti pelikkan pelajar sekolah bekerja? Ini kerana dia bekerja di cafe bapa kawannya iaitu Nurul.

Ding ding~

"Selamat datang! Encik nak makan atau bungkus?" kata Elyssa. Lelaki itu hanya memandangnya tanpa menjawab pertanyaan Elyssa.

Elyssa memandang lelaki itu. Pelik! Lelaki itu memakai hoodie hitam,mask hitam dan cermin mata hitam lebih tepat lagi serba hitam!

'Dia ni baru balik berkabung agaknya. Atau kemungkinan dia ni pembunuh bersiri?!!'

'Nak kata artis, mustahillah,' desis Elyssa lagi.

"Encik nak apa se-"

"Saya nak tanya ..er sini..ada kerja kosong kan?" sampuk lelaki itu.

"Ha ah, ada, encik nak kerja ke? Kalau nak saya panggil manager,"

"Err..saya..ermm..err," Elyssa ternganga. Gaya nampak macam gangster tetapi rupanya gagap.

"encik.." belum sempat Elyssa menanyakan sesuatu, seseorang telah menarik lengan lelaki itu.

"Oiit, kau buat apa ni. Jangan cari pasal weih mati kau nanti kalau 'dia' tahu," Elyssa terdengar perbualan dua orang lelaki yang baginya mungkin sahabat karib.

"Arghh, takde. Aku nak juga kerja. Bosan aku hadap benda sama sekali sekala nak juga tukar selera, hehe,"

"Selera hotak kau. Tadi pun tergaggap, bukan orang cam pun rupa kau yang hodoh tu,"

Zappp

"Kejam kau, yela jom. Aku baru ingat ada 'job' hari ni," katanya lalu meninggalkan kafe itu.

Elyssa hanya mengekori dengan gerak mata sehingga bayang kedua-dua lelaki itu hilang. Dia perasan ada bayangan di sebelahnya yang seperti sudah angau.

"Oit, Nurul. Jauh kau, dah sampai mana?" Elyssa sahabat baiknya.

"Mamii!!"

"Hehh".

"Apa ni Ying, terkejut aku!" kata Nurul sambil mengurut dadanya. Elyssa hanya menayangkan giginya seperti iklan 'darlie'.

"Aku tengok lelaki tu macam kenal tau"

"Eh yeke, siapa?"

"Macammmm.."

Elyssa menunggu dengan penuh tanda tanya. Yela sahabatnya itu bukan layan sangat lelaki, itu sebab dia ingin tahu.

"Siapa mangkukk??"

"Hehe, macam jodoh aku je," kata Nurul sambil tersenyum semanis-manisnya. Elyssa tidak dapat menahan geramnya lalu mengetuk kepala Nurul dengan mangkuk.

"Cis, pergi la kau!" Elyssa menyambung kerjanya dengan keadaan marah.

Nurul hanya melepaskan ketawa. Hatinya riang, ingin juga dia mencari identiti jejaka itu. Tapi itu bukan tugas mudah baginya, kecuali dia minta bantuan Elyssa. Elyssa memang seorang stalker yang berjaya. Habislah, dia dah buat minah ni geram. Misi dia sekarang memujuk Elyssa, fighting!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Awak, Saya Rindu! Where stories live. Discover now