Bab 1

32 0 0
                                    


"Miqaila! Bangun nak. Dah pukul 8 pagi dah ni." laung nek Kasmah dari luar bilik Miqaila.

"ye nek. Miqa dah bangun dah ni." sahut Miqaila dengan lembut.

Miqaila seorang anak gadis kampung yang menjadi kegilaan dan rebutan lelaki di kampung kerana sikapnya yang lembut lembutnya, mahir dalam segala jenis kerja dapur dan kerja-kerja  hias menghias. Miqaila juga seorang yang berpelajaran dan bijak. Cuma dia tidak mahu sambung belajar kerana risau akan membebankan atok dan neneknya. Jadi sekarang Miqaila mengambil upah menjahit baju sebagai pendapatan sampingan. 

Hidupnya hanya ada atok dan neneknya sahaja selepas kematian ibunya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk tidak membuat atok dan neneknya risau dan bimbang tentang dia. 

"nek, Miqa pergi kedai kejap tau. Nak beli tepung." maklum Miqaila pada nek Kasmah yang sedang berada di ruang tamu menonton televisyen. Nek Kasmah memandang cucunya sebentar sebulum bersuara.

"buat apa nak beli tepung Miqa? Nanti kirim atok saja la ye. Bahaya kalau Miqa pergi sorang-sorang. risau nenek nanti." luah Nek Kasmah.

"kejap je nek. Miqa janji Miqa balik awal. Lagipun hari nikan hari jadi atok. Sebab tu lah Miqa nak beli tepung. Nak buatkan atok kek coklat kegemaran atok tu." kata Miqaila lalu mengambil tempat di sebelah nek Kasmah.

"boleh eh nek?" pujuk Miqaila sambil membuat muka comel dan minta simpati.

Nek kasmah melepaskan nafas berat. Dan akhirnya menganggukkan kepala. 

"sayang nenek. Miqa pergi dulu ye." sempat Miqaila mencium pipi nek kasmah sebelum pergi.




"beli tepung je ka Miqa?" soal mak cik Gayah. 

"ha'ah mak cik. Lagipun nak buat apa beli barang banyak-banyak. Atok baru ja beli haritu." kata Miqaila sekadar beramah mesra sahaja. Semua orang kampung tahu mulut mak cik Gayah yang suka membawa cerita macam-macam. 

Mak cik Gayah juga pernah menyebarkan cerita yang bukan-bukan sehingga ada yang bercerai berai disebabkan mulut mak cik Gayah. Selepas dari itu Miqaila sudah tidak percaya kepada mak cik Gayah lagi. 

"ni duitnya mak cik. Miqa minta diri dulu ye." katanya sebelum beredar.

"sombong betul budak-budak sekarang ni. Langsung tak ada rasa hormat kat aku yang lebih tua ni. hish." bebel mak cik Gayah.




Sambil Miqaila berjalan untuk pulang tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup suara orang seperti merintih kesakitan. pada mulanya ingin diabaikan sahaj tetapi hatinya tiba-tiba rasa tidak kena. Akhirnya Miqaila mengambil keputusan untuk pergi ke belakang rumah nek Salmah, kawan kepada neneknya. 

Sebaik Miqaila tiba di situ Miqaila sangat terkejut. Tangannya spontan naik menekup mulutnya sendiri. Plastik tepung juga sudah terlepas dari tangan. 

"Ya Allah! Encik.. Encik kenapa ni?" soal Miqaila sebelum menerpa kearah seorang lelaki yang sudah terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah di kepala dan badannya. Seperti nyawa-nyawa ikan sahaja.

Apa aku nak buat ni? Ya Allah teruknya keadaan dia ni. Siapa yang buat dia sampai macam ni?

Sedang Miqaila berfikir, dia dikejutkan dengan sentuhan daripada lelaki itu di lengannya. Terus terbang segala apa yang ada difikirannya tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana SATU KesilapanWhere stories live. Discover now