Penghina

21K 65 2
                                    

         ''Nabilah, bangun.'' Kakiku digoyang berkali-kali. Mataku yang layu terlihat Jururawat Aina. ''Bangun, solat subuh.'' 

''Hmm..'' balas ku ringkas.

       ''Heii! Kena nak, kena!'' Suaranya yang kembali tegas, membeliakkan mataku. ''Bangun cepat.'' Jururawat yang lingkungan 20-an berlalu pergi selepas memastikan aku sudah ke tandas.

 *************************                                                   ******************************

       ''Pergi mana?'' Aku menoleh ke jururawat Sabrinah yang berkulit gelap. ''Jalan-jalan,'' aku berhenti di kaunter jururawat seketika. 

''Seronok jiran lelaki?'' Aku menggeleng kepala pantas. ''Seram, adalah.''

    ''Mula-mula jer! Nanti hurm!'' Senyuman nakalnya menyeramkan aku.

       ''Ingat Allah, kak.'' Nasihatku ringkas sebelum berlalu pergi.

''Hei! Gurau jer!'' Jeritan Jururawat itu hampir-hampir memecahkan gegendang telinga aku.

******************************                                                  ****************************

          Taman hospital yang sering dilewati orang yang lalu-lalang, menjadi pilihan aku untuk berehat.

Bunga- warna-warni yang ditanam  di setiap sudut taman, tanpa aku sedari diburu oleh serangga. Keamanan aku tiba-tiba diganggu apabila seseorang terjatuh berhampiran dengan bangku yang aku duduk. Tongkat yang digunakannya juga terjatuh.

      Aku berjalan perlahan bersama tiang air yang membekalkan air untuk badan  aku.

 ''Weh, kau okey tak?'' Aku bertanya ramah. Jejaka itu hanya memandang ke bawah tanpa pedulikan aku.  Tongkat yang sering digunakannya untuk berjalan ditolak sejauhnya dengan kakinya yang bersimen. Tangannya juga penuh dengan luka yang masih segar.

''Cuba jangan pedulikan orang kalau diri sendiri pun sakit.'' Kata-katanya membuatkan diri aku tersentak.


''Kalau tak kerana kau ganggu keamanan aku, aku tak ingin pun datang tolong kau.'' Perasaan ketidakadilan menyemarakkan lagi rasa panas di dalam diri.

'Sombong!'

*************

Tudung hitam yang dipakai dibetulkan sebelum meninggalkan tanda yang berhampiran taman. ''Taik, gila.'' Aku berdesih keseorangan. 

''Tak elok mencarut. Perbuatan itu kasar, Allah tak suka tau.'' Pandangan aku beralih ke jururawat yang aku kenali, jururawat Sabrinah.

Aku hanya memberi pandangan yang dingin sebelum tersenyum kepadanya. ''Taklah. Marah dekat sorang pesakit tuh!'' 

''Eh!'' Aku tersentak dan memandang pelik ke jururawat yang seakan-akan melayu-mamak itu.

''Inikan bangunan VVIP. Biasanya pesakit VVIP bawah 5 orang dan semuanya dawah jagaan Doktor Ziham! Maksudnya, yang Nabilah jumpa tadi jiran sebelahlah.'' Tangan aku menutup kedua-dua telinga aku daripada mendengar kata-kata jururawat Sabrinah itu.


Sebelum aku boleh berkata apa-apa, mata aku tertoleh ke tongkat yang sengaja dihentak-dihentak dengan kasar. Aku dan jururawat melayu-mamak itu berpandangan setelah jejaka itu berlalu. ''Sombong betul!'' Kami menjerit serentak.

''Kiranya, pesakit kita orang dua jelah?'' Jururawat itu menggangguk kepala bersungguh-sungguh. 

Kami berbual panjang sehingga waktu asar sekali gus bersembahyang berjemaah. 

***********************

Aku menolak pintu bilik perkongsian aku. Bulu roma tangan aku menegak, bilik gelap itu seakan-akan bilik stor yang telah ditinggalkan! Tidak kurang juga kesejukan yang tiba-tiba hadir. 

'' Jangan buka lampu!'' Kasar suaranya.

'Jejaka sombong tadi?' Aku memerli permintaannya dengan membuka lampu. ''Aku bayar bil juga. Jadi, aku berhak buka.''

Mata aku membesar apabila aku dapati jiran sebelah aku berdiri betul-betul di hadapan aku. Cahaya lampu yang menerangi tidak ku hiraukan. Tatkala, jejaka di hadapan aku yang berkulit putih langsat itu lebih menarik.

''Banyak betul bulu muka kau.''

Kulit hitam manis aku berubah menjadi coklat strawberi apabila dihina sedemikian! 

''Siapa suruh tengok depan-depan!'' Aku terus meninggalkan bilik itu setelah menutup pintu bilik dengan kasar.

                                              

Perjalanan ke Bilik Doktor Ziham diganggu apabila ketiga-tiga jururawat yang aku kenali, mengganggu aku. ''UiSh! Awek marah!'' Aku berlalu tanpa pedulikan mereka.

                            ''Uish, marah betul tuh!''

             *********** ******************                                                ******************************


Tangan yang disuntik aku hulur kepada Doktor Ziham tanpa berkata apa-apa. Mukaku yang semasam cuka dihala ke pintu tanpa berhasrat untuk berbual apa-apa dengan doktor yang berlingkuan 30-an itu. 

Jejaka 30-an itu hanya tersenyum, teringat dia kepada anak perempuan tunggalnya di rumah. Perangai gadis remaja itu serupa dengan anaknya!

''Doktor ada bulu muka doktor?''

Soalan yang ditujukan memeranjatkannya tetapi tetap dijawab dengan sabar.'' Ada. Semua orang ada kecuali dia orang cukur!''

''Kan! Boleh pulak dia kata 'banyak betul bulu muka kau'!'' Serentak apabila gadis remaja itu mengadu. Kedengaran jururawat-jururawat yang sangat dia kenali ketawa. Jururawat Aina dan jururawat Sabrinah tidak pernah berhenti membuli gadis remaja itu. Badan kecil molek yang dilihatnya tidak percayai, jururawat Izzatul pun turut bersama!


Aku menyembunyikan wajah aku sambil berpura-pura menangis. ''Tak payah dengar dia orang tu,'' doktor Ziham berbisik separa memujuk diriku. 


Tiba-tiba, aura seram mengisi bilik kecil milik doktor Ziham! Aura itu serupa dengan apa yang dia alami sebentar tadi.

''Dah memang betul. Muka kau banyak bulu.'' 

Muka gadis remaja itu berubah menjadi masam serta- merta. Renungan mereka bertemu. ''Yalah. Dah siap dah pun.'' Jejaka 30-an itu membetulkan lengan baju gadis remaja itu. Aura seram mengikuti di belakang gadis itu.

Jiran SebelahWhere stories live. Discover now