Hari yang ditunggu tiba, baju uniform pengakap disarung kemas pada badannya. 'Stop thinking of the fact, you'll meet him.' Matanya dipejam. Kata-kata itu diungkap beberapa kali untuk menenangkan dirinya jika mereka tidak bertemu. Siapa?
Jejaka Ihzam. Tatkala, dirinya melihat majalah sekolah tahun lepas matanya terpaku kepada gambar jejaka itu. Ihzam sama sekolah? Wah!
Aku tak pernah jumpa dia! Kenapa marah? 'Kau ada apa-apa dengan dia?' Hatinya bertanya. Dahinya berkerut untuk memikirkan jawapan. ''Sebab aku rasa tertipu. Tertipu dengan apa yang pernah berlaku.''
Seorang wanita yang dalam lingkungan usia 40-an menghampirinya untuk bertanya. Belum sempat wanita itu ingin bertanya, seorang jejaka yang sangat dikenali meluru ke arah mereka.
''Ibu, Haziq tahu. Inikan sekolah Haziq tahun lepas.'' Wanita itu mencebik kerana anaknya menyampuk pertanyaannya. Bibirnya tersenyum ke arah jejaka itu. Haziq turut membalas senyumannya sebelum berlari mengejar ibunya.
Ya, mereka bersama hampir dua tahun sebelum berpisah akhir tahun. Jejaka Haziq itu kata 'laluan kehidupan mereka sudah berbeza jadi sudah sampai masanya untuk mereka berdua berpisah.' Gadis itu hanya mengangguk faham, setuju dengan pendapat jejaka itu. Tetapi, mereka tetap mesej dan membuat panggilan sekali-sekala untuk bertanya khabar.
Memandangkan, tugasnya untuk menjaga pintu utama sudah berakhir. Nabilah melangkah ke kantin untuk mengisi perutnya. ''Weh, kau tak masuk kelas hari ni?'' Mulutnya berhenti daripada mengunyah nasi lemak di depannya dan memandang ke arah seorang gadis yang berkulit putih melepak, Aleeya. ''Tak. Aku dah bagi tahu Teacher Emma.'' Aleeya hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Rehatnya diisi dengan dengan tenaga sekaligus dengan perasaan yang malu. Juniornya tidak habis-habis memerli tindakannya bersama bekas kekasihnya. Mereka hanya berbual kosong dan bergurau senda!
Vote & Comment
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Jiran Sebelah
Short Story''Kenapa pesakit lelaki dengan perempuan tak asing bilik?'' Suara tua milik ayahku bertanya. ''Yang tu, tuan jangan risau pesakit saya dapat 24 hours perhatian jururawat.'' Doktor Ziham berkata. 'Awallah, lelaki jiran aku.' Gadis yang berbadan seder...