Tatkala 14 Mac muncul dan tepat 11.00 pagi semua pelajar 17 tahun, 2018 telah mendapat keputusan mereka. Gadis yang berseragam pengakap lengkap itu tersenyum memikirkan kakak sulungnya yang telah mendapat keputusan peperiksaan di sekolahnya. Belum sempat gadis itu ingin membuat panggilan.
Matanya tertacap pada seorang jejaka. Dirinya terkejut, jantungnya berdegup pantas. Bukan Haziq! Belum pernah kehadiran Haziq membuat dirinya terperanjat begitu sekali. ''Ihzam!'' Suaranya memanggil dengan kasar tanpa dirinya sedar. Perbualan sekumpulan jejaka itu terhenti, salah seorang daripada mereka menghadap gadis itu.
Pandangan gadis itu jatuh sebelum berlalu. ''Nabilah Sayang.'' Langkahnya terbantut. Semua yang berada di situ melihat ke arah gadis itu.
''Eh, silap nama!'' Jejaka itu ketawa sebelum menyertai rakannya semula.
Jantungnya hampir jatuh, jadi dia mengambil keputusan untuk pergi. ''Taik.''
'Nama aku.'
''Nabilah.'' Suara yang tidak asing baginya. Kadang-kadang, dia bertanya 'kenapa berpisah bila hubungan masih erat?'
''Sebab, erti berputus tak bermakna berputus dalam hubungan sebagai kawan, Nabilah.''
Itu apa jejaka Haziq memberi tahu. ''Kekasih baru?'' Gadis itu tersentak sebelum menggeleng kepalanya. ''Ingat? Hari tu, Nabilah cerita pasal masuk wad?'' Jejaka itu mengangguk kepalanya.
''Ihzam.'' Suara haziq memanggil jiran sebelah di hospitalnya dahulu, bergema di dalam telinganya. Mereka berdua berbual dari jauh.
'Tatkala hati kau bermain perasaan dengan kedua-dua jejaka di depan kau, mana satu yang kau pilih? Adakah yang pernah bersama dengan kau? Atau yang telah mengetahui nama manja kau.'
Nabilah melepaskan keluhan sebelum sedar bahawa di depannya ialah seseorang, seseorang yang bernama Ihzam. ''Aku nak minta maaf sebab panggil nama kau, tadi. Hurm, aku tak sengaja nak dedahkan rahsia kau.'' Gadis itu hanya pergi berlalu tanpa mengendahkan Ihzam.
''Nabilah.'' Suara jejaka itu memanggil dari jauh.
''Nabilah.'' Telinganya ditutup dengan headphone di kepalanya.
''Tak nak, aku panggil nama penuh kau kan?'' Langkah gadis itu terhenti.
''Dengar pula?'' Jejaka itu memerli.
YOU ARE READING
Jiran Sebelah
Short Story''Kenapa pesakit lelaki dengan perempuan tak asing bilik?'' Suara tua milik ayahku bertanya. ''Yang tu, tuan jangan risau pesakit saya dapat 24 hours perhatian jururawat.'' Doktor Ziham berkata. 'Awallah, lelaki jiran aku.' Gadis yang berbadan seder...