وافق ⋇ ۵

80 10 37
                                    

Aku menatap sekeping tiket perlumbaan motor GP sambil menghayun-hayunkannya ke kiri dan kanan. Agak keras tiketnya. Nak pergi ke tak. Perasaan aku terumbang-ambing.

Patut ke aku pergi. Tapi kalau aku pergi pun, bukan aku minat. Tapi bukan senang nak dapat tiket ni. Kalau rezeki boleh usha pelumba hot. Ahakss...

Aku termenung sendiri sambil mendongakkan muka. Otak ligat memikir. Kening yang tidak gatal aku garu sedikit. Pelipis berkerut menampakkan jalur dahi.

Ok aku pergi!

_______________________________________

Mug dibawa rapat ke mulut. Aku menghirup sedikit milo panas sambil mencapai phone.

Butang call ditekan.

"Hello assalammulaikum kak Munir, inshallah esok nurin ikut. Nurin teman akak shoot gambar dekat sana"

"Alhamdulilah tq Nurin. Akak ingat tadi Nurin dah tak jadi nak ikut sebab pagi tadi Nurin tak call akak pun" kata kak Munir bersuara ramah

"Ohh maaf la kak tadi Nurin busy sikit" kata aku tersenyum senget

Kak Munir ialah jiran aku selang 2 pintu.

Jadi, dia minta aku teman dia shoot gambar untuk perlawanan motor GP esok. Selalunya suami dia yang teman tapi disebabkan suami dia pulak ada hal esok.

Aku la kena heret. Aku pulak jenis on tak on. Taram jelah. Aku memang tak biasa pergi perlawanan bertaraf antarabangsa ni selalunya pergi setakat peringkat daerah je. Biasalah low profile. Sapa je nak jemput.

Kak Munir ni memang photographer professional jadi tak heran la. Setakat klik klik dua tiga kali hasilnya memang cair ke hati. Kalau aku ni lain la. Klik beribu pun belum tentu gambar yang dihasilkan tu cun. Bukan kak Munir je kena tapi ramai lagi photographer lain yang kena attend esok.

__________________________________

Aku bersiap kala kadar je. Gigih jugak aku cari apa maksud motor GP tu. Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal merujuk kepada perlumbaan Motosikal paling utama yang setaraf dengan Formula1.

Menurut apa yang aku baca, perlawanan motor GP selalunya akan menggunakan motosikal yang tidak digunakan di atas jalan raya biasa. Jadi motor GP ni jenis motosikal yang hanya boleh digunakan untuk perlumbaan sahaja.

Bunyi deringan hon kereta mengejutkan aku. Menandakan kak Munir sudah sampai. Aku menarik beg lalu sangkut ke bahu. Sebelum tubuh pantas menghala ke arah pintu kereta.

 Sebelum tubuh pantas menghala ke arah pintu kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________________

Kami tiba di pekarangan litar sepang. Kagum aku. Yelah mana pernah aku jejak kaki dekat litar sepang ni. Besar gila beb. Ramai penonton yang sudah berpusu-pusu masuk. Ada jugak yang berebut-rebut mangambil tempat. Sumpah sesak.

 Sumpah sesak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Ex ClassmatesWhere stories live. Discover now