شزلين ⋇ ٣

102 11 27
                                    


Assalammulaikum semua, maaf la menunggu sya ni malas ..datang pulak mood cuti makin mengada la jawabnya..

Ok ada teka-teki sikit

Dua tiga kucing berlari, berapa ekorkah kucing berjalan?

Haa jawabb.. tinggalkan komen anda. Lagu tu pasang tau tau tambah feel gitu..

😂😂😂

Dahlaaa meh kita baca ni~

~~~~~~~~~~

Kompang dipalu,

Pengantin baru,

duduk bersanding,

Tersipu malu,

kompang dipalu,

Pengantin malu,

Moga bahagia ke anak cucu,

Alhamdulilah, hari ni merupakan hari bermakna buat aku. Walaupun bukan weddding of the world tapi bolehla. Honestly, aku sendiri tak tahu dan tak kenal sapa bakal suami aku.

Pilihan keluarga. Pada mulanya aku agak terkejut jugak tapi bila ibu aku dah kata dia seorang lelaki yang baik. Memang tiptop serba-serbi boleh bimbing aku masuk ke dalam jannah syurgawi. Cehh ayat...syurga pun belum tentu kau masuk. Wahh nurin sembang kencang kau ya.

Jadi aku ala-ala anak soleh-solehah pun terimalah pinangan orang di sana. Nak dijadikan cerita kami pun decide nak terus kahwin. Atas permintaan ibu ayah. Kalau berbincang pun melalui perantaraan mulut ayah.

Bukan maksud aku kami tak ada phone ke apa, tapi biarlah menjaga adab orang yang akan berkahwin katanya. Tah aku pun tak faham. Cliche kan? sebab aku sendiri tak pernah tatap atau tengok wajah bakal suami. Aku fruss jugak.

Kata ibu biarlah bercinta selepas kahwin. HUH! Lebih dapat pahala berganda. Hahahaha ngeri aku dengar. Erkk? Inshaallah aku yakin kalau sedap di mata ibu ayah sedap lah jugak di mata aku. Dulu memang lah aku demand nak yang tinggi,hidung tajam bak pinocchio, muka stock-stock ustaz kpop, ada lesung pipit sikit wuuu mesti cute dan paling penting duit berkepuk-kepuk woiii.

Barulah hujan asid pun rasa macam hujan duit. Heaven kot. Kalau orang lain demam, sebab kena hujan asid selalu istigfar, aku dok selalu tasbih duit...duit..duittt kemana kau duit.. Nauzubillah. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih tak gitu cikgu hasnusi. EH? apa kena.

Suasana kampung di Perlis memang nyaman. Udara sejuk. Angin cinta sempoi-sempoi budi bahasa. Memang boleh buat orang terleka. Kawasan rumah keluarga aku memang riuh dengan kehadiran kawan-kawan maktab ayah, geng sejambu dia. Persatuan bola sepak veteran ayah banyak lagilah.

Sanak-saudara yang datang daripada jauh. Ada juga kanak-kanak riang yang sedang berlari berkejaran sesama mereka. Jangan lari-lari dekat pelamin aku sudahla. Aku kerat tengah nanti.

Khemah-khemah Arab yang indah terpasang. Juntaian sekating berwarna unggu putih elok beralun megah. Meja-meja tetamu yang dilapisi pelapik meja lipis bersama kerusi yang disarungkan dengan kain-kain putih berhiasi ikatan reben besar di tengahnya. Kami tak sewa dewan sebab ayah kata lebih meriah buat kat rumah. Sekali lagi ulang sebagai anak yang patuh aku ikutkan saja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Ex ClassmatesWhere stories live. Discover now