اخمال ⋇ ٤

88 11 8
                                    

Setiap apa kita impikan

Tak semua jadi kenyataan

Hiduplah dalam kebenaran

Kenyataan akan lebih jujur daripada penantian


___________________________

"Nurin woiiii bangunlah...jangan dok tidur waktu senja ni ya Allah budak bertuah ni"

"Woiii serburk arang gigi D'herbs... 3 kali seminit.." Aku mengosokkan sedikit mata

Aduhh pening la kepala ni. Rasa tingtong kejap. Eh dah subuh ke?

"Haaa tulah tidur lagi time syaitan berarak ni, pegilah standby Magrib tu dah otw nak masuk." Pakwan masih membebel

"Dengan mandi belum..muka basai sememeh. Balik kerja terus cari katil. Tahulah kamu tu dah solat asar dekat pejabat tapi pergilah mandi. Ni kalau Rasuluallah tengok umat dia macam ni menangis baginda. Ni rimas wan tengok dah macam ju-on bergerak. Mata tu kenapa senbam sangat"

Hishh wan ni macam mana tah boleh terlepas masuk dalam kandang aku. Aku dah kunci bilik kot ketat-ketat.

Yelahh tengok la tu bebel je memanjang tak penat ke mulut tu bermadah pujangga dengan aku. Ada je nasihat tauladan yang aku kena. Balik-balik aku yang sentap. Tu yang aku hmm..malas la nak cakap. Nanti kena label 'Cucu derhaka tak sedar dek untung'

Jangan wan kata dia ada tongkat zam zam ala kazam. Minum air zam zam la aku karang. Kalah warden asrama. Bingit macam speaker.

"Yelahh..tahulah ni. Nurin nak pegi la ni"

Kang aku cakap lebih mau seminggu tak nak cakap.

Lupa pulak polis pencen tu yang rajin nak tangkap jenayah tiba-tiba. Rindu lah kot nak pegang pistol dia. Dulu tangkap pendatang asing tanpa izin. Tak kan sekarang nak tangkap cucu kandung yang dah ada izin untuk bertapak sayang dalam hati wan. Cia..cia..cia.. Nurin sewel sikit jer!

Haiiii...wan..wan..nasib baik sayang. Kalau tak, dah lama Nurin backhand leher wan sebab suka paksa-memaksa.

__________________________

Sebenarnya aku malas nak amik wuduk lain. Jadi jaga jelah. Harap wuduk aku tak batal. Lepas ni, boleh terus aku solat Isyak. Dan landing.

Penat betul la harini. Rasa macan kena dera dekat dalam penjara. Banyak betul kerja. Bertimbun-bertimbun file tu. Banjir teruk meja aku. Topup sekali kena marah. Rasa macam nak mogok bunuh diri!

Alamaknya mati kejung la aku sampai ke tua. Stress..

Ok malas nak fikir masalah yang menyeksa hati ni. Baik aku turun bawah. Jenguk-jenguk budak-budak bertuah yang berkeliaran.

Eh apa pasal kosong je ruang tamu ni. Lesap. Mana semua orang pegi. Selalunya riuh macam konset gegar sedunia. Telekung masih lengkap di atas kepala aku. Malas nak buka. Sebab ada sepupu aku.

Mata aku meliar ke arah tangga. Bunyi keriut tangga yang terhasil akibat pijakan sesorang mengalihkan tumpunku. Oh makwan! Eh nak pegi mana malam-malam ni. Baru nak masuk pukul 7.40

"Makwan nak pegi mana ni?" Tanya aku aneh

"Laaa tadi pakwan kau tak ada bagi tahu ke?. Hari ni masjid taman kita ada jemput 'Ustaz Jordan' katanya. Nak bagi ceramah sempena bulan Ramadan nanti. Ni Makwan nak pegi la ni."

Tergesa-gesa Makwan berjalan ke arah muka pintu rumah

"Makwan solat Magrib dekat rumah dulu sebab ingat tadi tak nak pergi tak larat.. tapi dah ajoy tu paksa makwan suruh datang jugak katanya Ustaz made in Jordan tu hensem. Teringilah makwan ni nak dengar dia ceramah. Kot tersangkut buat menantu. Balik Jordan la kamu Nurin" makwan ketawa lucu

My Ex ClassmatesWhere stories live. Discover now