※ 28 ※

1.3K 150 7
                                    

Sudah 2 hari berlalu. Berita mengenai pertarungan antara Zidan dan Elden telah tersebar ke seluruh Pulau Sandia. Pertarungan yang bakal diadakan esok di sebuah gelanggang batu yang dibina oleh penduduk pulau Sandia terdahulu di tengah-tengah pulau tersebut.

Gelanggang itu dibina bagi pertarungan merebut kuasa antara pahlawan-pahlawan handalan puak-puak yang terdapat di pulau itu. Merebut kuasa untuk menjadi penghulu Sandia. Ketua bagi semua puak. Dan sekarang, takhta itu dipegang oleh Zidan setelah dia berjaya mengalahkan Allard setahun yang lalu.

Tetapi pertarungan kali ini bukanlah tujuannya untuk merebut takhta sebaliknya adalah untuk merebut cinta.

"Masih belum terlambat kalau kau nak berundur.. Pergi dari sini dan jangan kembali lagi.." Elena memandang tepat ke arah Elden. Dan berharap Elden menurut kata-katanya dan pergi dari pulau itu.

"kalau aku nk berundur, dah lama aku berundur Elena.. Aku tak takutkan Zidan.. Aku cuma takut kehilangan kau." Elden mengambil tempat di atas batu. Elena hanya berdiri di situ. Memandang Elden dengan satu pandangan kerisauan. Dia tahu Zidan kuat. Malah yang paling kuat.

"Elden.. Aku tak nak kehilangan kau.. Kalau kau kalah esok macammana? Aku tak nak kau.. Kau.." Elena mula menangis membuatkan Elden pantas mendekati gadis itu. Sebelum ditariknya kedalam pelukan.

"aku tak akan kalah. Zidan belum kenal aku siapa. Dan esok.. Kau akan ikut aku pergi dari pulau ni." dan Elena menangis di dalam pelukan lelaki itu.

..................................................................

Elden berdiri tegak di sebalik pintu jeriji besi yang memisahkan ruangan rehat dengan gelanggang batu di hadapannya. Para penduduk pulau Sandia sudahpun memenuhi tepat duduk penonton yang dibina agak tinggi berbanding lantai gelanggang. Anak-anak kapalnya juga turut sama mengambil tempat di situ. Bagi memberi sokongan kepada kapten mereka. Walau mereka tahu Elden tidak perlukan sokongan untuk menang. Kerana bagi mereka, Elden sudah pun menang.

"kau nak halang aku, Black?" soal Elden tanpa memandang ke belakang. Black di belakang hanya tersengih sambil bersandar pada dinding batu.

"hahah.. Kenapa aku nak halang kau pula? Aku yang suruh kau kejar cinta hati kau.. Tapi yaa.. Kalau ayah kau tahu pasal ni, aku yakin dia tak akan benarkan kau berlayar lagi.. Hahaha!" Black ketawa kuat. Elden tersengih.

"hahah.. Macamlah aku akan kalah.."

Dan jeriji besi perlahan-lahan naik ke atas. Gelanggang tersebut riuh sekali dengan sorakan para penonton.

"wish me luck.." ujar Elden perlahan.

"kau tak perlukannya.." dan sekali lagi Elden ketawa sebelum melangkah ke gelanggang.

Dari arah bertentangan kelihatan Zidan juga turut sama berjalan ke arahnya dengan sebilah pedang yang panjang dan besar dipikul di atas bahunya.  Kulitnya yang tebal dan keras langsung tidak terjejas dengan ketajaman pisau. Elden tahu, Zidan bukanlah lawan yang mudah untuk di kalahkan.

Dan keadaan menjadi sunyi. Zidan menghalakan pedangnya ke hadapan. Kelihatan asap nipis mula keluar dari bilah pedangnya yang berwarna silver itu. Dan Zidan menikam ke lantai batu sekaligus membuatkan lantai gelanggang bergelombang kuat. Habis lantainya hancur berkecai. Elden melompat tinggi untuk mengelak dari gelombang itu. Zidan tersengih.

Sebaik sahaja Elden mendarat, dia pantas melibaskan pedngnya ke arah lelaki itu. Libasan itu berjaya di elak oleh Elden dengan menolak kepala Zidan membuatkan sasarannya tersasar.

Libasan terkena dinding batu membuatkan dinding tersebut berlekuk panjang. Para penonton mula bersorak kuat.

Elena di bangku penonton kelihatan gelisah. Manakalan Allard hanya berdiam diri tanpa sebarang reaksi. Black yang baru sahaja mengambil tempat duduknya di sisi General Crae juga hanya memerhati tanpa suara.

Elden mendarat di belakang Zidan. Tanpa melengahkan masa, Zidan sekali lagi melibas ke arah Elden. Dan kali ini Elden tidak sempat mengelak. Membuatkan dia tercampak ke belakang. Habis bajunya koyak rabak.  Darah pekat kelihatan terpercik ke udara. Zidan tidak membuang masa lagi. Dia berlari ke arah Elden dengan pantas sebelum cuba menikam lelaki itu dengan bilah pedangnya.

Tikaman tersebut membuatkan para penonton berhenti bersorak. Elena pula sudah berdiri dari bangkunya dengan mata yang berkaca.

"Elden!"

BEAST and a voyage ※chapter 2※ (slow Update) Where stories live. Discover now