※ 60 ※

944 109 1
                                    

Langit yang cerah sudah beransur gelap. Semakin menjelang tengah malam, para peniaga mula menutup kedai dan restoran mereka satu demi satu. Pengunjung juga sudahpun berkurang.

Pada ketika itulah, kelihatan sekumpulan lanun sedang bergerak dalam diam dari perlabuhan. Mereka berlari laju ke arah kawasan hutan tidak jauh dari Keytown. Walaupun sedang berlari, langkah tetap diatur dengan berhati-hati supaya tiada yang perasan akan kegiatan mereka.

Seorang gadis berhenti di hadapan hutan bersama-sama seorang lelaki. Kedua-duanya dengan pedang tersisip kemas di pinggang. Mereka tinggal di situ untuk berjaga-jaga. Baki lagi 5 orang masih berlari di dalam kegelapan hutan. Sebelum mereka berhenti di hadapan sebuah tasik. Tasik yang sama dikunjungi mereka semalam.

Masing-masing berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk. Aigle dan Keith mengambil tempat untuk berjaga-jaga di sekitar tasik sebelum kedengaran 3 percikan air. Theo, Ken dan Blade sudah pun berenang-renang di dalam tasik yang agak dalam itu.

Theo menyelam hingga ke dasar. Tiba-tiba dahinya berkerut seribu sebelum dia berenang naik ke permukaan semula. Sebaik tiba di permukaan tasik, kelihatan Ken dan Blade juga menampakkan wajah mereka.

"aku tak nampak apa pun kat bawah tu.." ujar Ken. Blade juga mengangguk.

"Macammana kita nak cari dalam gelap macam ni?" Soal Blade. Theo terdiam. Matanya memandang permukaan tasik. Benar, ketika dia menyelam hingga ke dasar tadi, apa yang dia nampak hanyalah dasar yang gelap dan hitam.

"Tak ada cara lain.. Kita kena datang sini esok pagi.." Ujar Keith dari atas darat. Theo masih berfikir. Kesejukan air tasik langsung tidak dihiraukannya.

"Tapi.. Semalam tasik ni bercahaya.." ujar lelaki itu sebelum dia tersedar sesuatu. Pantas dia memandang ke langit. Dan Theo tersengih.

"apa kita nak buat sekarang, Theo?" Soal Ken.

"Kita tunggu.." Ujar lelaki itu membuatkan rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri. Theo masih memandang ke langit. Blade, Ken, Keith dan Aigle turut melakukan hal yang sama sebelum Blade bersuara.

"I see.."

"Sikit saja lagi.." Ujar Theo.

Di langit kelihatan cahaya putih muncul di sebalik awan. Cahaya yang terlindung oleh awan yang agak tebal. Dan awan semakin lama semakin berarak pergi. Sehinggalah ia menampakkan satu cahaya yang sangat terang. Datangnya dari bulan purnama. Serentak dengan itu, tasik yang mereka renangi itu tiba-tiba mengeluarkan cahaya berwarna biru. Cahaya yang sangat terang. Sama seperti semalam. Dan Ken, Theo dan Blade dapat merasakannya. Tenaga yang sama mengalir ke dalam badan mereka.

Theo tersengih sebelum terus menyelam ke dasar tasik. Diikuti oleh Ken dan Blade. Mereka terpegun seketika. Di dasar tasik kelihatan berpuluh-puluh malah beratus kerlipan cahaya biru yang bersaiz kecil melimpahi dasar tasik. Dan cahaya dari kerlipan itu telah menerangi tasik membuatkan penglihatan mereka sangat jelas. Ikan-ikan berenang-renang mengelilingi mereka. Ianya sangat jelas sehinggakan jenis-jenis dan warna-warna ikan pun mereka boleh lihat. Sungguh menakjubkan.

Theo mencapai salah satu dari cahaya yang terletak elok di dasar tasik. Ya. Tak salah lagi. Ianya adalah serpihan urre gold. Sebutir emas kemerahan yang mengeluarkan cahaya berwarna biru. Aneh sekali. Dia memberi isyarat kepada Ken dan Blade lalu mereka pun berenang ke permukaan.

....................................................................

"Macammana Keith boleh jadi Navigator korang?" Soal Erika sebelum mengambil tempat duduk di atas anak tangga Berhampiran dengan bangku yang diduduki Ash. Ash ditugaskan untuk menjaga Ibis sepanjang pencarian serpihan ke-13 oleh rakan-rakannya yang lain. Dan Erika pula, lebih memilih untuk tinggal sahaja di kapal mereka.

"Keith join crew ni beberapa hari lepas aku.. Masa tu ada perang kecil dekat Euloth." Jelas Ash.

"Jadi.. Keith dah sampai Euloth ya.." Erika memejamkan matanya sambil tersenyum. Berasa kagum dan bangga dengan abangnya. Mungkin Keith sudah pernah pergi ke mana-mana benua yang lain. Tiba-tiba dia berasa cemburu.

"Hei Ash.. Ceritakanlah.. Pasal Urre Gold.. Macammana korang pasti yang Urre Gold tu betul-betul wujud?" Soal Erika lagi. Ash tergelak kecil. Teringat pula bagaimana dia sendiri tidak percaya akan kewujudan Urre Gold yang sememangnya menjadi mitos sejak dulu lagi.

"kita tunggu Theo dan yang lain-lain balik.. You'll see.."

BEAST and a voyage ※chapter 2※ (slow Update) Where stories live. Discover now