※ 3 ※

1.9K 203 2
                                    

Malam sudah larut. Kesemua penduduk sudah lena dibuai mimpi. Kepenatan berpesta malam tadi masih jelas terasa. Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan perlahan-lahan di samping tubuh-tubuh yang lena bergelimpangan di atas tanah. Seperti seorang pencuri. Dia merapat ke satu tubuh sedang tidur terkangkang di atas sebiji batu besar.

"ken! Ken! " bisiknya dengan suara yang agak keras. Lelaki yang masih lena itu menggerakkan tubuhnya sebelum dia kembali senyap.

"ken! Bangunlah! " dia berbisik lagi. Bimbang jika orang lain pula yang terjaga. Melihat betapa liatnya lelaki itu untuk terjaga dari tidur, dia akhirnya menumbuk kuat wajah Ken sehingga Ken terpelanting jatuh ke tanah.

"woi! Siapa pukul aku!" marah lelaki itu sambil menggosok pipinya yang membengkak.

"ken! Syhhhh!" dia menutup mulut Ken dengan pantas. Lalu memandang ke kiri dan kanan. Sebelum mengeluh lega apabila tiada sesiapa yang terjaga disebabkan suara keras Ken tadi.

"Theo! Kau tumbuk muka aku?" akhirnya Ken berbisik juga.

"dah kau payah sangat nak terjaga."

"ada apa?" soal Ken. Theo tersengih seperti kerang busuk.

"kau kejutkan yang lain. Aku ada jumpa harta karun."

..................................................................

"harta karun siapa ni? Macammana kau boleh jumpa ni?" soal Keith. Kini mereka sedang berdiri di dalam sebuah gua yang gelap gelita. Hanya diterangi oleh obor yang dipegang oleh Xavier. Di dinding gua itu penuh dengan tahi kelawar. Tetapi bukan itu yang membuatkan mereka terpegun. Di sebalik sebuah batu besar di dalam gua tersebut, terdapat selonggok emas dan permata yang sudah bersalut lumut dan tahi kelawar. Dan harta itu kelihatannya seperti sudah lama di situ tanpa ada sesiapa pun yang mengusiknya.

"aku nak kencing tadi. Jadi aku masuklah dalam gua ni." ujar Theo sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke belakang kepala. Dengan wajahnya masih lagi tersengih.

"takkan diorang tak tahu gua ni ada harta?" soal Aigle.

"apa-apapun. Kita perlukan duit untuk teruskan perjalanan." ujar Ken. Dia dan Theo sudah tersenyum penuh makna.

Pantas harta karun itu dimasukkan ke dalam guni.

"tapi harta karun ni mungkin milik penduduk Dainsen!" ujar Xara cuba untuk menghalang.

"kalau milik penduduk Dainsen, mesti diorang tak simpan kat sini." ujar Xavier sebelum lengannya dipukul oleh Xara.

"apa? Betullah apa aku cakap." dan Xara hanya mendiamkan diri.

Selesai sahaja karung-karung guni disimpan di dalam kabin Ibis, Xara membentangkan peta kulit di atas deck kapal. Kompas lagenda dikeluarkan dan serpihan ke 8 Urre Gold digantikan dengan serpihan ke 9. Serpihan ke 8 mula bercantum dengan serpihan-serpihan lain yang ada di tangan Theo ketika itu. Dan menyambung corak garisan pada permukaannya.

Kompas yang jarumnya masih ligat berputar itu diletakkan di atas peta bertanda Dainsen. Lama sekali ia berputar. Masing-masing menunggu dengan tekun.

Jarum kompas berhenti. Menunding pada sebuah lagi pulau. Yang berada di sebalik sebuah tembok gunung yang menjadi sempadan antara dua benua. Euloth dan Metafiera.

"Teal Cay.. Benua Metafiera.." ujar Ash.

"kita akan ke benua Metafiera!" ujar Aigle teruja.

"akhirnya!!" ken menggenggam penumbuk ke langit.

"kita bertolak malam ni jugak!" ujar Theo dengan buku limanya turut sama ke langit.

"tapi, persoalannya sekarang. Macammana kita nak lepasi Salamander?" soal Xara membuatkan 3 sahabat yang masih teruja itu terdiam.

"kita dah jadi pelarian perang kecil di Biggoy. Aku pasti setiap sorang dari kita sudah dinaikkan bounty. Sudah tentulah Salamander akan ketatkan lagi pertahanan mereka di setiap pintu keluar di sempadan Euloth-Metafiera."

"betul. Kita sampai ke Euloth pun dengan bantuan dari pak cik Eldritch. Macammana kita nak lepasi mereka sekarang?" soal Aigle.

"apapun. Kalau kita terus kat sini, sampai bila pun kita tak akan sampai ke Metafiera." ujar Ash.

"apa gunanya korang recruit aku kalau aku tak boleh bawa korang ke Metafiera?" Keith tersenyum sambil berpeluk tubuh.

"Keith! Aku tahu aku boleh harapkan kau!" Theo dan Ken kembali bergembira.

"kau yakin ke?" soal Xavier. Keith tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"apa lagi tunggu!? Set sail!!" jerit Theo.

"aye!!"

BEAST and a voyage ※chapter 2※ (slow Update) Where stories live. Discover now