Bab 1 (Diarahkan untuk menyamar)

5.4K 82 3
                                    

Jam 03.00 Azley seperti biasa telah tersedar dari lenanya, dia lantas bangun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mandi , selesai mandi dia menunaikan solat sunat, seperti biasa dia akan menyediakan sarapan untuk dimakan oleh nya , selesai semuanya dia duduk di sofa sambil matanya tertumpu pada jam yang berada di atas meja,“ hmmm baru pukul 04.00 apa yang aku nak buat ya oh lupa baik aku siap sediakan uniform nanti tak ada la aku nak kelam kabut dah lah hari ni tuan Amran nak jumpa entah apa la yang nak dibincangkan nanti" Azley mengomel sendiri sambil kakinya melangkah menuju ke bilik pakaian.

  Jam 06.00 setelah selesai menunaikan solat subuh dia menyarung pakaian seragam dan dikenakan jaket di luar untuk menyembunyikan uniform polis yang ada di dalamnya , ceh acah nak cover la konon . Dia mengambil kunci kereta yang berada di atas meja , ting ting mesej masuk eh siapa pulak la yang mesej ni , oh tuan Amran,“Azley jumpa saya dekat pejabat saya pada jam 08.00 saya ada tugasan khas untuk awak ". “Hmm tugasan apa agak nya ah lambat lagi baru pukul 06.30 " katanya sambil melangkah keluar rumah menuju ke keretanya Audi R8 miliknya laju meluncur di jalan raya setibanya di ibu pejabat dia memangkinkan keretanya di tempat parking yang disediakan, dengan pantas dia menuju ke bilik nya dahulu untuk meletakkan barang yang dibawa jam07.00 dia keluar dari biliknya dan pergi ke bilik tuan Amran walaupun sejam awal tapi dia memang sudah biasa awal dalam apa sahaja sekali pun, “ Assalamualaikum Tuan saya Inspektor mohamad Amirul Azley melaporkan diri Tuan " saja dia mengusik tuan Amran yang dianggap seperti ayahnya sendiri, “ha waalaikummussalam duduk la Azley saya ingat siapa tadi awal betul kamu datang bagus betul la , haiih tak sabar ke dengan tugasan khas tu haha". Saja tuan Amran mengusik memang biasa bagi kedua dua mereka bergurau sebelum serious dengan pekerjaan mereka.“ Ha ya tuan berbalik pada tu apa yang penting sangat tuan nak jumpa saya tugasan khas apa yang akan diberi ". Tanya Azley dengan penuh tanda tanya.
“ begini kamu tahu kan kita sedang menjalankan suatu penyiasatan tentang pergerakan militan di negara kita ini , kebetulan mata mata kita dapat mengesan beberapa aktiviti militan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Perak jadi saya nak hantar awak dan Nik untuk membantu awak untuk menyamar sebagai seorang cikgu di sekolah tersebut". Terang tuan Amran yang menyatakan hasrat nya untuk menghantar dua orang anggota nya untuk menyiasat tentang aktiviti militan tersebut. “bi...biar betul tuan saya bukan apa saya ok ja tapi serious la cikgu muka saya ni ada macam cikgu ka lagi satu sekolah rendah ka menengah and then Nik tuan serious la nantikan bila sampai dia jumpa cikgu yang lawa mula la dia cair habis bocor rahsia kita". Balas Azley dengan keadaan sedikit resah hahaha biasalah komando polis kena jadi cikgu dari perwatakan yang ala ala rambo kena jadi cikgu yang penyayang sabar dan tegas tambahan lagi terpaksa bekerja sama dengan Nik AKA Sweat Talker dekat balai tu ramai la anggota perempuan yang cair tahu la muka hansem tapi sayang playboy nasib kau la Azley.“ Baik tuan saya terima" . Jawab nya ringkas, “Bagus kalau macam tu Azley ingat keamanan negara bergantung pada kejayaan misi awak ni " . “oh ya tak ya tuan bila saya dan Nik pelu bergerak".
Tanya Azley. “esok kalau boleh lagi cepat operasi ni dimulakan lagi cepat kita dapat memusnahkan aktiviti militan di negara kita ini". “baik tuan ". Tabik hormat diberi sebelum kakinya melangkah keluar. Di kantin Nik sedang asyik berbual dengan shafie salah seorang anggota polis di situ hmmm kami hanya terkenal di situ sebab kami berdua ja anggota 69  komando yang ada di situ jadi kira hot la sikit selain mempunyai paras rupa yang menawan gitu nak kata bergetar la tulang rusuk perempuan bila tengok hahaha selain tu kami hanya di hantar untuk operasi khas sahaja seperti mengetuai operasi bersama UTK atau PGA sahaja tu yang nampak kami macam releks ja tapi time operasi memang barai la hi hi.“oi Nik " tegur Azley. “ha ada apa "balas Nik . “kau tahu kan yang kita ada operasi selama sebulan di Perak". “Ya aku tahu releks la jadi cikgu ja pun haha". Balas nik sambil ketawa. “ haram jadah punya kawan “zap" tamparan kucing hitam diberi tepat ke belakang kepala Nik di bahagian serebelum bahagian otak yang mengawal keseimbangan badan tersungkur Nik ke lantai habis semua anggota melihat kejadian tersebut anggota baru ka lama sama ja menyaksikan kejadian tersebut mana tak nya komando kot mengamuk seram siak . “Aduh" jeritan dari Nik habis merah mukanya akibat tamparan yang diberi dalam hati nya berkata “nasib lah gelaran kau ni rambo pakar tempur tanpa senjata kalau tak dah lama aku balas hiish" .“ Hahaha sorry la bro siapa suruh kau main main " . “Ha ya la bila kita nak gerak " Nik serious kali ni dia tak nak kena lagi dengan Azley cukup la sekali . “esok aku tunggu kau dekat balai ja la senang " balas Azley sambil melangkah untuk pulang ke rumah maklum la nak buat persiapan kot .

Bila Abang Polis Jadi CikguWhere stories live. Discover now