Jam 03.00 seperti biasa Azley telah terjaga dari lenanya,"haiih hari ni hari pertama aku akan bertugas sebagai seorang cikgu, harap harap berjalan lancar la semuanya". Azley berkata sambil kakinya melangkah menuju ke bilik air untuk mandi dan terus menunaikan solat sunat, selesai semuanya seperti biasa dia akan menyediakan sarapan untuk dimakan oleh nya memandangkan kali ini dia tinggal berdua maka kena la dia buatkan sarapan untuk sahabatnya itu. Jam menunjukkan pukul 04.30 pagi masih lagi tidak kelihatan kelibat Nik . "takan tak bangun tidur lagi dia ni dah la nak gerak awal nak kena cari lagi sekolah tu, nak kena lapor diri lagi hmm baik aku pergi kejut dia". Sampai sahaja di depan pintu bilik Nik Azley terus memanggil kawannya itu untuk mengejutkan sahabatnya dari lenanya."Nik bangun nik kan aku dah cakap bangun awal oi nik bangun la kita nak kena awal kat sekolah tu oi bangun". Sedang lena dibuai mimpi nik tersedar dari lenanya. "ha adoi kacau la kau ni aku baru ja mimpi kahwin dengan Mira Filza ha ya la aku bangun la ni". Keluar sahaja dia dari bilik dia melihat jam yang ada di atas meja. "serious la kau ni baru pukul 04.30 kot aku selalu bangun pukul enam pagi la awal siot kau kejut aku ". Rungut Nik sambil melangkah ke bilik air. "hmmm awal la sangat kau ingat apa kau nak mandi lagi solat lagi makan lagi pukul berapa baru nak gerak kau ingat kita bertugas kat balai apa ni sekolah la pukul 07.00 lagi dah masuk la ". Balas Azley sambil mencari baju apa yang ingin dipakai. Jam menunjukkan pukul 06.30 . "oi kau dah siap belum dah lambat ni ". Laung Azley kepada Nik."ya aku dah siap dah ". Balas Nik sambil menuruni tangga dia mengenakan pakai kemeja berlengan panjang berwarna hitam bersama tali leher hitam berseluar slack hitam serba hitam la jawabnya dengan cermin mata hitam lagi . "mak aih kau ni nak pergi sekolah ka pergi shopping mall bergaya noh gaya dah macam anak dato ja kau ni ha ha ". "ala kau apa kurangnya sama ja macam aku cuma kau baju warna putih ja ". Balasnya ringkas. Memang nak kata bergaya biasalah bagi pemakaian seorang guru yang diorang ingat tapi memandangkan dua dua hansem dan badan pon fit tu yang nampak bergaya tu . "hmmm ya la jom kita gerak". Ringkas Azley memberi arahan.
Dalam perjalanan Azley memerhatikan keadaan sekeliling tidak banyak yang dapat dilihat memandangkan masih awal pagi dan mereka berada di kawasan perkampungan jadi tidak hairanlah pemandangan tersebut dapat dilihat oleh mereka. "hmmm kawasan ni memang strategik kalau ada aktiviti militan ya la hutan tebal kelapa sawit lagi memang susah lah kegiatan diorang nak dikesan tak apa petang ni aku nak kaji selidik tempat ni dulu bercampur dengan orang kampung baru senang dapat inform". Tak lama kemudian Azley dan Nik sampai di hadapan sekolah menengah Teluk Intan(ok untuk pengetahuan korang saya sebat ja nama sekolah tu memandangkan saya orang johor jadi harap jangan kecam ya) ."ouuh ini lah sekolah nya not bad baik aku masuk dulu ha tu ada pengawas kat situ baik aku tanya pejabat pengetua dekat mana pengawas pun pengawas la asal kan orang sini". "Assalamualaikum boleh saya tahu dimana bilik pengetua". Tanya Azley ringkas kepada pelajar sekolah tersebut dari segi pemakaian dan uniform sekolah yang dipakai oleh nya menunjukkan bahawa dia seorang pengawas dan tertera nama pada dadanya yang tertulis Hafiz. "waalaikummusalam ouuh abang nak ke pejabat ya abang terus ja dah sampai dah nanti abang nampak tangga abang naik kereta belakang ni pon sama ka nak jumpa pengetua". Balas hafiz yang kembali bertanya kepada Azley."oh ya kami berdua cikgu baru di sini". Balasnya ringkas. "oh kalau macam tu baguslah nampaknya kami akan dapat cikgu baru nanti hi hi ok cikgu assalammualaikum". Katanya tanda mesra. "waalaikummusalam".Jawab Azley ringkas. Azley dan Nik meletakkan kereta di tempat meletak kereta yang disediakan ." Oi ley lama kau bersembang dengan budak tadi tu apa yang kau sembang tu cuba share sikit ".Tanya nik ingin tahu . "oh pasal tu tak ada apa yang menarik sangat pon biasalah budak kan nampak nya budak budak kat sekolah ni peramah la". Kata Azley. "ya la kampung kan ". Sedang mereka berjalan menuju ke bilik pengetua mereka ditegur oleh seorang wanita dalam lingkungan umur empat puluhan. Tersentak dengan suara tersebut mereka berdua berpaling ke belakang sambil membuka buah silat masing masing. Mana tak terkejut awal pagi di tempat yang gelap ada suara perempuan menegur tak tersirap ka darah. Terkejut dengan tindak balas yang diberikan dia cuba menenangkan keadaan dan memperkenalkan dirinya. "eh sabar sabar saya manusia nama saya cikgu Azwin maaf la ya kalau saya terkejut kan kamu sebab saya tegur kamu ni tak pernah nampak rasanya sekolah ni kurang sikit cikgu lelaki". "Ohh begitu nama saya Azley dan ini pula nik kami cikgu baru di sini". Balas Azley mesra. "oh ni ka cikgu baru yang digembar gemburkan tu oh segak na kamu berdua hati hati sikit macam saya cakap tak ramai cikgu lelaki kat sini jadi hati hati la ya kat sini semua pelahap hahaha". Setelah tamat perbualan mereka cikgu Azwin menghantar mereka ke bilik pengetua. Sampai ke dalam bilik tersebut kedua dua mereka memberikan salam dan memperkenalkan diri masing masing. "Assalamualaikum puan Halimatul nama mohamad Amirul Azley dan nama saya Nik sharul puan kami cikgu baru di sini"."Waalaikummusalam ya silakan duduk amboi macam anggota ya cara masuk kena la dengan badan tu tegap fit hi hi jangan marah na saya memang macam ni suka bergurau"." Oh tak apa kami faham ". Perwatakan mereka yang tidak berubah membuat orang terfikir mereka polis atau bukan ah tak apa la asalkan mereka tahu apa yang mereka buat sudah . "hmmm banyak sijil kamu berdua ni macam Azley kamu ada banyak sijil yang mewakili sukan negeri wow hebat johan olahraga silat sukma negeri johor dan sukma melaysia,sepak takraw peringkat negeri dan bolasepak peringkat negeri kamu menamatkan pengajian di maktab perguruan sultan idris shah ya agak baik sekolah ni pun memang memerlukan orang macam awak untuk melatih budak budak kat sini". Tak hairanlah kalau dia dapat gelaran yang dia ada tu . "oh awak pulak nik awak ada banyak sijil yang menarik jugak bagus ok memandangkan Azley awak boleh mengajar bahasa melayu awak akan mengajar murid tingkatan lima ya dan kelas yang akan awak ajar ialah lima sains,Ltk,dan pa1 ok manakala Nik memandangkan cikgu sains disekolah ni masih banyak awak mengajar pendidikan jasmani pada kelas yang sama ok. Terang penerangan dari puan Halimahtul. "baik puan ". Ringkas jawapan mereka. "mari saya bawa kamu melihat keliling sekolah". Setelah selesai sesi pengenalan tersebut mereka pergi ke kantin sekolah untuk makan memandangkan sudah sampai waktu rehat tiba saja di kantin sedang mereka menikmati makanan tiba tiba terdapat satu pertelingkahan antara pelajar dan juga seorang pengawas . "oi kau apa pasal korang nak pukul aku ni korang yang masuk sekolah lambat kena terima la apa hukumannya bukan salah aku korang yang kena". Terdengar suara dari pengawas yang dipukul itu . "ah aku peduli apa kau yang kerek sangat nak menjalankan tugas konon puih". "Oi jangan pukul dia la". dua orang pengawas perempuan dan seorang pengawas lelaki menghampiri mereka. "kau jangan nak masuk campur kalau tak nak kena pukul dengan aku kau nampak kayu ni". Budak yang ingin memukul pengawas tersebut menghalakan batang kayu yang dipatahkan itu . "kalau kau berani cuba la ". Pengawas perempuan itu mencabar . Belum sempat hayunan kayu tersebut mengenai kepala budak tersebut satu tangan sudah pun menangkap kayu tersebut dan merampas nya dari tangan budak tersebut semua orang terkejut dengan kejadian tersebut semua mata tertumpu kepada seorang lelaki yang berada di hadapan pelajar tersebut." eh tu macam kau la ley eh mana kau bila masa kau sampai situ eh". Pantas nik bangun mendapatkan kawan nya itu . Weh kau ok tak ley . Tanya nik kepada Azley. Aku ok nasib budak ni tak kena sebat dengan kayu ni . Hey kamu tahu tak dayus seorang lelaki mengasari wanita. Habis cikgu dia yang cabar saya takkan saya nak diam . Tak semestinya semua masalah mesti di selesaikan dengan pergaduhan dah kamu semua ikut saya ke bilik displin untuk diambil keterangan .
Selesai tugas di hari yang pertama mereka berdua menjadi cikgu ketika perjalanan mereka menuju ke tempat letak kereta mereka ditegur oleh seorang wanita . Assalamualaikum cikgu Azley dan Nik. Waalaikummusalam eh cikgu Azwin ya ada apa cikgu. Oh tak ada apa saja ja saya tegur kamu berdua nak ucap tahniah sebab meleraikan pergaduhan tadi . Oh itu memang menjadi tugas kami cikgu
YOU ARE READING
Bila Abang Polis Jadi Cikgu
ActionMengisahkan tentang seorang anggota polis dari unit 69 Komando yang diarahkan untuk menyiasat tentang aktiviti militan disebuah kawasan perkampungan,dia dan sahabatnya ditugaskan untuk menjadi cikgu di sebuah sekolah yang dipercayai terdapat aktivit...