Bab 1 🔑💔

6.7K 614 91
                                    

Selepas menidurkan anaknya, Seok Jin keluar. Melihat jam yang tergantung besar di dinding rumah. 12 malam. Satu keluhan berat dilepaskan. Itu adalah keluhan penat dan keletihan. Bukannya keluhan risau atau yang sama maksud dengannya.

“Kenapalah awak tipu saya, Aira?” Seok Jin mengatur langkah perlahan-lahan menuruni anak tangga. Ada kerja yang perlu dia selesaikan. Selepas memasak tadi, dia rasa kenyang. Lebih-lebih lagi apabila melihat anak perempuannya makan. Terus rasa kenyang. Jadi tiba gilirannya pula untuk makan. Sikit pun tak apa. Asalkan isi perut.

Seok Jin duduk. Belum panas punggungnya, terdengar bunyi enjin kereta garang milik Aira memasuki halaman rumah. Aira, isterinya. Isteri yang dikahwini lebih 6 tahun yang lalu.

Seok Jin diam, duduk di tempatnya sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Matanya ternanti-nanti pintu rumah itu terbuka.

“Okay, darling. I dah sampai rumah dah ni. Ya.” Telinga Seok Jin sakit mendengar hilaian ketawa manja itu. Jika dulu ketawa itu hanya untuk dia, tetapi sekarang tidak. Sudah lama Aira tidak ketawa dengan lawaknya. Dan dia juga sudah lama tidak buat lawak. Lawak basi, kerana cinta sudah hampir mati.

“Nanti I call you. Bye.” Aira menutup panggilan sambil menolak pintu rumah. Seok Jin menjeling kelibat Aira.

“Pergi mana balik lambat?” Soal Seok Jin tanpa memandang Aira. Langkah kaki Aira terhenti.
“Saya jumpa kawan.”

“Sampai bila nak tipu suami awak, Aira?” Seok Jin meletakkan sudu di atas meja, tangannya disimpan kemas sebelum wajah Aira dipandang.

“Awak dah tahu ke? Baguslah.” Seok Jin ketap gigi. Sabarkan hati aku, tuhan.

“Habis tu selama kita kahwin ni, cinta awak ke mana?”

“Ke orang lain. Jin, awak tak ada apa-apa. Buat apa saya nak bergantung harap dekat lelaki yang miskin macam awak? Selama ni harta awak pinjam. Kereta pinjam, rumah ni pun menyewa. Apa yang awak ada?” Soal Aira laju. Dan tanpa mempedulikan Seok Jin, dia terus melangkah naik ke atas.

Seok Jin sentuh dahi. Silap diakah selama ini? Silap diakah kerana menyembunyikan kekayaannya yang sebenar kerana tidak mahu Aira terlalu selesa?
Ya, silap dia.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now