Bab 6 🔑💔

3K 488 69
                                    

Hari demi hari, Seok Jin merasakan rumahnya ini cuma dia dan Aerin sahaja yang menghuninya. Aira? Sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Kerja luar agaknya. Tetapi sudah beberapa kali dia melihat kereta isterinya itu di kawasan bandar. Bermakna, isterinya memang tidak pulang ke rumah.

Aerin pula sudah semakin faham. Seok Jin banyak kali mengajar kepada anaknya, jangan sesekali bencikan mama. Kerana mama tidak salah. Mama perlukan masa. Entahkan si kecil 5 tahun itu faham atau tidak, Seok Jin tidak pasti. Asalkan anaknya tidak mendekati Aira, sudah.

Hari ini, Aerin terpaksa dibawa ke hospital kerana penjaga biasanya jatuh sakit. Jadi Seok Jin terpaksa membawa Aerin ke mana-mana. Kadang-kala ditinggalkan di bilik Jungkook. Tak apalah. Asalkan Aerin selesa.

“Papa. Ooo.. papa.” Panggil Aerin. Si kecil itu membawa buku mewarnanya dari meja set sofa, ke arah meja tinggi Seok Jin membuat kerja.

“Ya, sayang?”

“Cantik tak?” Aerin menghulurkan buku mewarna kepada Seok Jin. Seok Jin capai juga, melayan.

“Cantik. Aerin duduklah sana. Papa tengah buat kerja ni. Kalau tak, kita balik malam. Nak?” Terpaksa Seok Jin bertegas sedikit. Dia tahu Aerin sangat bosan. Tetapi apakan daya. Dihulur pelbagai gajet pun anaknya tetap tidak berminat. Dia juga yang mengajar. Akhirnya, buta IT pula anaknya.

“Aerin nak main dengan Uncle Jungkook. Boleh tak kalau… Aerin nak pergi bilik dia?” Soal Aerin. Kepala Seok Jin terangkat. Haih.. si kecil ni.

“Bilik Uncle Jungkook dekat sebelah ni je. Aerin berani ke nak pergi?”

“Berani! Boleh tak, papa?!”

“Boleh. Tapi ketuk dulu. Takut uncle sibuk buat kerja.” Pesan Seok Jin. Aerin tersenyum.

“Baik, papa!” Aerin tinggalkan buku mewarnanya di atas meja begitu sahaja. Kasut yang ditanggalkan terus disarung cermat. Seok Jin memerhatikan anaknya itu dengan ketawa kecil. Kepalanya tergeleng dan terus menyambung kerja. Belum sempat dia hendak fokus semula, Aerin berlari masuk ke dalam biliknya semula.

“Kenapa, sayang?” Seok Jin hairan. Aerin nampak terkejut.

“Papa..”

“Ya, kenapa?”

“Aerin.. Aerin nampak mama baru keluar dari bilik uncle!”

Rahang Seok Jin terus jatuh. “A.. apa?”

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now