Bab 14 🔑💔 (AKHIR)

3.9K 511 113
                                    

Aira resah. Kenapa Jungkook tak sampai-sampai lagi? Sudah hampir sejam dia berdiri untuk menanti masuk ke dalam dewan. Pintu dewan pun sudah terbuka luas. Rakan-rakannya mula soksek-soksek sesama sendiri.

“Mana you ni, Jungkook?” Aira cuba tenangkan diri. Bunga yang dipegang sudah berpeluh. Risau jika berlaku apa-apa terhadap bakal suaminya itu.

Tiba-tiba, bunyi mikrofon diketuk-ketuk mencuri perhatian Aira. Aira memandang depan. Alangkah terkejutnya dia apabila Jungkook bersama seorang wanita dan bayi kecil di dukungan menaiki pentas perkahwinannya. Aira melangkah laju untuk masuk ke dalam.

“Ehem.. terima kasih kepada semua yang datang ke majlis yang sepatutnya saya dan dia berdiri di sini. Tetapi untuk pengetahuan semuanya, saya sudah pun berkahwin dan sudah pun mempunyai seorang anak lelaki. Dan Aira, selama ni awak salah. Saya minta maaf, tetapi perkahwinan ini dengan rasminya, dibatalkan.”

Terus bergema dewan besar ini. Aira di belakang menjadi tatapan. Aira nampak sangat terkejut. Sehingga tidak terkata apa-apa.

“Aira…” suara garau itu mengejutkan Aira. Aira pusingkan tubuhnya dengan air mata yang berlinangan.

“Jin..” Seok Jin tersenyum pahit melihat wajah sebak Aira. Aerin di dukungannya memeluk lehernya erat. Sikit pun tidak mahu mendapatkan mamanya yang menangis.

“Tahniah.” Ucap Seok Jin. Aira marah.

“Ni semua sebab kau! Kau yang hancurkan perkahwinan aku, kan?!” Bahu Seok Jin ditolak kasar. Beberapa langkah Seok Jin terkebelakang. Tetapi dia bertahan.

“Aira, awak kena sedar. Duit, harta, bukan penjamin kebahagiaan. Kalau awak tak pentingkan semua tu, kita akan bahagia.”

“Ah, aku peduli apa?! Kau tu miskin! Tak ada duit! Apa je yang kau ada?!” Angkuh Aira menjerit. Semua mata kini mula memandang serong terhadapnya. Jungkook, isteri dan anaknya terus mendekati. Selamba bahu Aira ditepuk Jungkook. Aira menoleh dan tangannya naik melayan ingin menampar wajah lelaki itu tetapi cepat-cepat Jungkook menahan.

“Tangan you tak layak tampar muka suci I.”

“Kau mainkan perasaan aku! Kurang ajar!”

“Hei, you tu yang tak sedar diri. Bekas suami you ni.. punyalah berkorban macam-macam untuk you. Tapi apa you balas? You balas dengan hinaan. Buat pengetahun you, Cik Aira. Bekas suami you ni seorang doktor dan seorang pemegang saham terbesar dekat syarikat galian minyak. Harta dia lebih banyak dari I. You rasa dia miskin ke?” Soal Jungkook.

Seok Jin mengetap gigi. Rahsianya selama ini terbongkar. Aira punya terkejut, menganga mulutnya.

“Apa?”

“You terkejutkan? Bukan cincin besar je yang dia boleh beli untuk you, kapal terbang pun dia mampulah!” Balas Jungkook lagi. Sakit hatinya. Geram.

“Kenapa.. kenapa I.. tak tahu? Hah, Jin? Kenapa saya tak tahu?” Tangan Aira yang menyentuh lengannya ditepis lembut.

“Sebab tak ada sikit pun keikhlasan awak berkahwin dengan saya.” Ringkas, tapi menusuk. Aira terus terduduk. Matanya mengeluarkan titisan jernih dengan lebat. Sesalan mula menghurung diri.

“Jin.. saya.. saya minta maaf. Kita rujuk balik ya?”
Tergelak besar Jungkook. Panas hatinya semakin meluap-lupa.

“Apa? Rujuk? Hei, kau tak layak dengan abang aku tau.”

“Hah?” Sekali lagi, Aira terkejut.

“Abang? Selama ni you dengan bekas suami I… kenal?” Jungkook senyum lebar. Seok Jin menarik nafas panjang. Entah kenapa, hatinya puas.

“You tak tahu, kan? Itulah. You tahu apa? Makan harta je, kan?!” Aira menangis lagi. Kaki Seok Jin cuba dicapai tetapi Seok Jin menjauh.

“Maaf, saya bukan suami awak. Jangan pegang saya sesuka hati.”

“Jin!” Seok Jin melangkah. Aira ingin mengejar tetapi, suara seseorang menghentikan pergerakannya.

“Cik Aira. Kami polis. Cik Aira terpaksa ditahan atas tuduhan pecah amanah dan menyeleweng wang syarikat sebanyak hampir (RM5,000,000,00).” Sekali lagi, Aira terkejut.

“Apa ni?! Hei! Aku tak salahlah! Lepaskan aku!” Tangannya terus dicapai dan digari. Berita ini, Seok Jin sendiri tidak tahu. Apatah lagi Jungkook. Seok Jin mendekati.

“Jin.. tolong saya.” Rayu Aira. Tetapi Seok Jin tidak peduli.

“Tuan, siapa yang mendakwa dia?” Soal Seok Jin kepada polis.

“BOD syarikat, encik. Cik Aira cuma CEO sementara sahaja. Surat hitam putih ada bukti bahawa Cik Aira langsung tak ada hak ke atas duit syarikat. Jadi dengan bukti dan tuduhan itu, kami menahan Cik Aira.” Terdiam Seok Jin. Dipandang Aira yang menangis.

“Aira, jaga diri. Terima kasih untuk kebahagian yang secebis untuk saya.. walaupun saya kecewa.”

“Kim Seok Jin!”

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now