Epilogue 🔑💔

3.9K 490 50
                                    

“Papa!” Aerin berlari anak ke arah Seok Jin sebaik sahaja dia keluar dari pagar sekolah rendahnya. Aerin sudah masuk ke alam persekolahan. Umurnya juga sudah menginjak 7 tahun. Bermakna, kejadian itu sudah berlalu dua tahun lalu.

Seok Jin dan Aerin hidup bahagia berdua. Tanpa ada sesiapa dapat menganggu.

“Hai, anak papa. Macam mana sekolah?”  Tubuh Aerin didukung untuk dibawa ke kereta.

“Best! Aerin suka! Lepas tu kan papa, tadikan.. ada cikgu cantik. Cantik sangat! Aerin suka dia!” Kening Seok Jin berkerut. Aerin jarang memuji seseorang yang asing dalam hidupnya.

“Amboi.. cantik sangat ke?”

“Cantik! Cantik sangat! Macam bidadari.” Tergelak Seok Jin. Kepalanya tergeleng.

“Ada-ada jelah anak papa ni.” Seok Jin memasukkan Aerin ke dalam kereta. Kemudian dia masuk juga. Perlahan-lahan kereta bergerak. Perlahan, ingin memberikan laluan buat pejalan kaki.

“Eh, cikgu!” Tiba-tiba Aerin menjerit suka. Tangannya melambai ke arah seseorang. Seok Jin melihat juga.

Cikgu? Cantik? Mana?

“Mana, Aerin?”

“Tu. Yang pakai baju kemeja merah jambu tu.” Dan Seok Jin mencari.

“Ohh..” Seok Jin terpana buat seketika. Cantik. Betullah. Citarasa Aerin tinggi.

“Cantikkan, papa?” Seok Jin tersenyum dan mengangguk tanpa melepaskan pandangan ke arah guru muda yang juga sama memandangnya dengan senyuman.

“Ya, cantik.”

“Boleh tak kalau papa kahwin dengan cikgu? Boleh cikgu jadi mama Aerin!”

“Eh? Tiba-tiba pula dia ni.” Seok Jin ketawa. Entah dari mana anaknya belajar.

“Alah, papa. Tadi Aerin dah tanya cikgu. Cikgu suka papa tak? Lepas tu cikgu kata, cikgu suka. Pap awak handsome. Haaaa.” Berdekah Seok Jin. Budak-budak memang tak pandai menipu. Kalau betullah guru muda itu berkata begitu, nampaknya gelaran duda anak satunya bakal berakhir.

Tapi… hati Seok Jin belum bersedia. Biarlah dia sendirian bersama Aerin. Tidak mahu ada sesiapa yang masuk. Selagi hatinya masih selesa berdua, berdualah. Jika dia mahu, dia akan mencari sendiri.

Cikgu, saya dah book hati cikgu demi anak saya. Simpan, jangan bagi sesiapa guna. Cikgu tunggu.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now