"Hahahah tak sangka. Kejap je aku dah boleh dapat duit banyak macam ni. Cuma guna ayat manis je diorang dah cair dan percayakan aku" kata lelaki pertama. Tangannya ligat menuangkan minuman beralkohol ke dalam cawan kecil.
"Senang sungguh diorang percayakan lelaki Barat macam kita. So, lepas ni kau nak target siapa pula ?" tanya lelaki kedua yang duduk di hadapan lelaki pertama.
Lelaki pertama mula mengeluarkan gambar dari poket seluarnya.
"Ni mangsa aku seterusnya. Hehe"
°°°°°°°°°°
"Maafkan saya"
Teguran daripada pelanggan telah berjaya mematikan lamunanku. Aku segera menapak kearah pelanggan yang menunggu di kaunter.
"Ya. Boleh saya bantu ?"
"Saya nak beli manisan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada teman wanita saya. Boleh recommendkan ?" kata lelaki di hadapan aku.
Aku tersenyum manis lalu bergerak ke bahagian coklat yang telah siap dibungkus.
Selepas selesai memilih, lelaki tersebut terus membayar dan berlalu pergi.
Aku melihat bayangan lelaki itu sehingga dia hilang dari pandangan.
'Kan seronok kalau aku pun ada boyfriend' gumamku lalu tersenyum kecil.
"Haa. Berangan nak ada boyfriend la tu" tegur Rahae diikuti sengihan dari Haera.
Mereka berdua merupakan pekerja aku merangkap best friend terbaik aku.
Pekerja ? Yaa. Sebenarnya kedai manisan ni family aku yang punya. Aku merupakan pewaris tunggal kedai manisan di Ilsan. So boleh dikatakan keluarga aku agak kaya.
"Aku teringin nak ada boyfriend. Macam mana la rasanya bila ada boyfriend" kataku teruja.
"Tak payah nak berangan la. Ingat, orang yang nak couple dengan kau tu kebanyakannya cuma pandang harta kau je. Sebab kau tu anak orang kaya" pesan Haera.
Aku mengeluh. Setiap kali aku bersuara pasal topik boyfriend, mesti Haera takpun Rahae mula mengingatkan pesanan yang mama aku selalu cakap.
"Em ye laa" kataku lemah.
Kami bertiga mula berborak memandangkan tiada pelanggan di kedai. Sedang rancak bercerita, tiba-tiba ada seorang lelaki melangkah menuju ke kaunter.
"Excuse me"
Aku mula menoleh ke arah suara yang menegur aku.
"Ya. Boleh saya ban.. "
Aku terkelu apabila memandang wajah lelaki di hadapan aku sekarang. Lelaki ini nampak seperti lelaki dari luar negara.
YOU ARE READING
I M A G I N E || B T S
Short StoryImaginasi seorang fans yang hanya mampu berangan-angan Ehh ? •﹏•