| PARK JIMIN |

45 6 29
                                    

Kringgg....

"Baiklah.. Kelas berhenti setakat ini. Semua pelajar dibenarkan rehat. Terima kasih" kata Puan Lee lalu melangkah keluar dari kelas.

Aku mula mengemaskan barang yang bersepah di atas meja. Pen, pembaris, liquid paper memang selalu berterabur bila aku belajar.

Sedang aku mengemas, tiba-tiba ada tangan seseorang mula menarik rambutku. Aku terus menoleh kearahnya.

"PARK JIMIN !!!!!"

Kataku lalu menggerakkan tangan menghampiri rambutnya. Budak pendek ni kalau tak diajar memang berlemak.

"Hahahahah tak sampai. Ingat la sikit. Kau tu pendek" kata Jimin dengan ketawa terbahak-bahak.

Ya aku tahu. Sependek-pendek Jimin, pendek lagi diri aku +_+

"Tak guna kau Jimin. Aku report Ryun oppa" kataku merajuk. Aku mula melangkah kaki keluar dari kelas untuk ke kafeteria. Malas melayan budak tak cukup kalsium ni.

"Elehh kau ni. Kaki report sungguh" kata Jimin perlahan tapi masih boleh didengari olehku.

Kakiku berhenti melangkah. Jimin yang mengekori aku untuk ke kafeteria aku pandang lama.

"Jimin jahat" kata aku lalu memukul bahunya.

Jimin hanya ketawa. Dia ingat lawak ke asyik usik orang ? Hehh.

Sedang kami berdua 'bergurau' kasar, tiba-tiba pinggang aku dirangkul seseorang.

"Jimin, kau buli girlfriend hyung lagi ke ni ?" tanya lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Ryun.

"Mana ada hyung. Jimin bergurau je" kata Jimin. Belakang kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

"Kau tipu. Oppa dia buli saya tadi"

"Em dah dah. Korang ni, jangan la selalu bergaduh" kata Ryun.

"Dari korang bergaduh baik kita pergi kafeteria. Boleh juga makan sedap-sedap" sambung Ryun lagi. Tangan kanannya mula menarik tangan aku manakala tangan kirinya merangkul leher Jimin.

Kami bertiga mula mengatur langkah ke kafeteria.

Ouhh sebelum aku terlupa, aku merupakan girlfriend kepada ketua pelajar di Bighit Highschool, iaitu Ryun oppa. Jimin pula classmate aku merangkap penolong ketua pelajar di sini.

Hubungan kitorang memang sangat rapat. Tapi...

°°°°°°°°°°

Hari ni merupakan hari terakhir bagi pelajar senior di sekolah ini.

Aku dan Jimin mula melangkah menuju ke dewan untuk menghadiri majlis konvokesyen Ryun oppa.

Setelah semuanya tamat, kami mula mengatur langkah menghampiri Ryun yang berada bersama rakan-rakannya yang lain.

"Jangan tolak aku la, Jimin"

"Kau yang tolak aku. Tepi laa" balas Jimin. Badan aku mula hilang keseimbangan. Nasib.. Oppa dapat sambut aku.

"Dah dah. Haishh korang ni memang tak boleh dibiarkan bersama. Ada je perkara nak bergaduh. Nanti oppa dah takda kat sekolah ni, macam mana la hidup korang dua ? " kata Ryun dengan kepalanya digeleng-gelengkan. Penat gamaknya melihat dua orang insan kesayangannya selalu bergaduh.

"Jimin laa ni. Em btw, congrat oppa sebab dah graduate. Tetiba tak sabar pula nak graduate macam oppa" kata aku gembira.

I M A G I N E || B T S Where stories live. Discover now