Selepas tamat je waktu kerja, aku terus berjalan-jalan mengambil angin di sekitar Sungai Han.
Nasib baik harini bos bagi balik awal. Selalunya cafe tutup pukul 11 malam. Harini baru pukul 8 tapi bos dah bagi balik. Mungkin bos ingat pekerja dia nak balik sambut Valentine kot.
Ouhh lupa nak bagitahu. Harini 14 February. Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih. Hari dimana mereka boleh membuktikan cinta mereka terhadap pasangan.
Tapi bukan untuk aku. Well.. As you know, aku hidup solo. Takda boyfriend. Maybe sebab aku lebih pentingkan kerja dari bercinta ?
Lepas bosan berjalan, aku mula mengambil tempat di kerusi kosong berhadapan Sungai Han. Kotak coklat yang diberikan bos kepada para pekerjanya aku buka. Sebiji coklat selamat mendarat ke dalam mulutku.
Aku mula memerhati sekeliling. Suasana di Sungai Han sangat cantik pada waktu malam. Lampu neon mula menerangi malam yang gelap.
Tiba-tiba mataku mula tertancap pada sekujur tubuh yang berdiri di penghadang sungai.
'Putus cinta kot' aku mula meneka.
Tanganku mula mengambil sebiji lagi coklat lalu dimasukan ke dalam mulut.
Sedang kusyuk melihat lelaki itu termenung, tiba-tiba aku perasan seperti ada air yang jatuh di pipinya.
'Dia nangis ke ? Em.. Memang sah dia putus cinta' kataku sambil tersenyum kecil. Mataku masih melekat di tubuh lelaki itu.
Tanpa sedar, tiba-tiba lelaki itu mula menoleh ke belakang. Tepat ke arah mataku yang sedang melihatnya. Dia menghadiahkan senyuman yang paling manis pernah aku lihat.
Aku mula cuak.
'Dia perasan ke aku tengok dia tadi ?' getus aku dalam hati. Aku terus mengubah pandangan.
Tiba-tiba ada satu suara menegurku. Tak lain tak bukan, lelaki tadi.
"Hei" katanya yang berdiri betul-betul di hadapan aku.
"Saya nak yang tu boleh ?" sambungnya lagi. Tangan lelaki itu mula ditujukan ke arah coklat yang aku pegang.
"Ehh ?!! Kenapa pula ?" aku mula mengerutkan dahi. Dah la tak kenal, pastu boleh pula minta coklat orang sesuka hati.
"Saya teringin nak makan coklat. Lagipun harini saya tak dapat lagi coklat dari sesiapa" jawabnya lalu mengambil tempat di sebelah aku.
"Em ye laa. Nahh" aku terus menghulurkan kotak coklat itu kepadanya.
"Terima kasih. Btw, saya Jung Hoseok. Awak boleh panggil saya Hoseok atau sunshine" dia mula memperkenalkan dirinya.
"Sunshine ?"
"Yup sunshine. Sebab saya selalu bersinar-sinar macam matahari" jawabnya dengan senyuman ceria.
Aku yang melihat pun turut tersenyum.
Malam tu kami habiskan masa bersama-sama sampai tak sedar yang jam telah menunjukkan angka 10 malam. Entah kenapa aku berasa selesa berkenalan dengan Hoseok. Dia sangat baik.
"Jom saya hantar awak balik" pelawa Hoseok.
Aku hanya mengangguk.
Semasa dalam perjalanan ke rumah aku, Hoseok mula menanyakan soalan yang aku sendiri tak dapat jawab.
"Kalau orang yang awak sayang sukakan orang lain, apa awak buat ?"
"Saya tak tahu. Setakat ni saya takda lagi perasaan dekat sesiapa" aku menjawab jujur.
YOU ARE READING
I M A G I N E || B T S
Short StoryImaginasi seorang fans yang hanya mampu berangan-angan Ehh ? •﹏•