Hahhahahaha kebiadaban apakah ini.
Talk aku dah bertukar jadi bebel.Rasa macam ditusuk sembilu je pagi-pagi aku tengok title pingat Oren tu berubah.Perli aku ke apa eyyy.Aku cakap pasal budak-budak smoke je.Entah-entah yang bagi ranking ni triggered sekali.hihihi padan muka lo!
Harini aku ada 'kelas' memanah.Well macam bengkel memanah lah kot,sebab aku rasa sehari je ni.
Aku memang suka memanah,first time aku try masa tingkatan 3.Then setiap tahun mesti akan ada program memanah,so aku join la.
Memanah best au, sebab dia melambangkan personaliti dan attitude kita.Kalau time tu mood tengah marah then tak fokus, memang tersasarlah jawapannya.
Kena banyak sabar,berfikiran positif,fokus.Memanah boleh buat penglihatan kita makin tajam,sebab Kita fokus Kat point tengah yang kecil kann.Haaa banyak lagi kelebihan memanah ni.
Tapi aku takdelah pro sangat,busur pun yang tradisional je.Saja-saja bila ada peluang.
Dekat kampung aku,ada orang buka tempat untuk memanah tau, dekat je ngan rumah tokki aku(selang 4 rumah).Masa balik haritu,aku ajak adik-adik aku try.
Memula aku dengan adik-adik aku je ada, tiba-tiba abah, pakcik,and abang aku menyusul.Aku cem nervous jugaklah sebab abah aku tengok en,
nasib aku pro time tu.Semua kena area markah tinggi.Bila balik sini,masjid yang dekat ngan rumah aku anjurkan program memanah,so abah pun offer dekat aku,sebab dia tengok anak dia suka nau memanah en.Haahahaha.
Aku pun apa lagi, mestilah nakkk!!
Tapi sekarang ni aku risau,takut aku Sorang je manusia berumur 18 Kat situ,dikelilingi kanak-kanak😂.Kenapalah aku tak berfikir sebelum ni. *Tepuk dahi*Tapi takpela,alang-alang teman adik-adik aku,apa Salahnya.
Nasib baik adik aku yang tingkatan 2 ada. Pandai-pandailah aku berlakon macam budak tingkatan 3.Memang ramai pun yang ingat umur aku 15 tahun,tambah lagi adik aku tinggi sikit dari aku,so bolehla aku acah-acah rakan sebaya la nanti.hehe
Korang pulak buat apa harini?
YOU ARE READING
Fo Amina
Non-FictionFo Amina (Isi hati) Tempat aku simpulkan kehidupan, Sebagai satu puisi ringkas, Kau faham jika kau mahu faham. Tempat aku meluah, Jangan cepat kau buat kesimpulan, Fahamkan baik-baik isi hati aku. Ranking [#31Puisi-31/3/2019] [#1Teenlife-9/4/2019]