Fantasi,
Ku fikir aku tak gemar hidup denganmu,
Manis tapi khayalan cuma,
Diruang pemikiranku yang fana.Fantasiku itu berpijak diatas awan,
Gah terapung diruang nan biru,
Tapi rapuh bila ku sedar semula,
Akan realiti sang awan.Meski dunia fantasi itu,
Membuat mataku lebih menyinar,
Dunia nyata terus merentapku,
Dengan rakus tanpa belas,
Dari kelekaan fantasi yang indah.Diakhir dunia fantasi itu,
Senyum tetap ku lebarkan,
Kerana kau peneman hidupku,
Yang kian suram tanpa seri.
YOU ARE READING
Fo Amina
Non-FictionFo Amina (Isi hati) Tempat aku simpulkan kehidupan, Sebagai satu puisi ringkas, Kau faham jika kau mahu faham. Tempat aku meluah, Jangan cepat kau buat kesimpulan, Fahamkan baik-baik isi hati aku. Ranking [#31Puisi-31/3/2019] [#1Teenlife-9/4/2019]