Manusia itu ada saja mahunya,
Yang ini bukan yang itu bukan,
Katanya mencari terbaik,
Walhal hidupnya juga tunggang terbalik.Manusia itu ada saja ragamnya,
Itu tak kena ini tak kena,
Inginkan nun yang paling sempurna,
Walau diri biasa biasa.Manusia itu ada saja akalnya,
Berfikir disana berfikir disini,
Walau dia juga tak pernah tau,
Apa benar fikirannya itu.Manusia itu ada saja celanya,
Tersimpan dijiwa terselit diminda
Nasib saja yang menyebelahi,
Tuhan menutup aib empunya diri.Sedarlah manusia,
Siapa dirimu sebenarnya,
Kau bukan siapa-siapa,
Cuma hamba yang Maha Pencipta.
YOU ARE READING
Fo Amina
Non-FictionFo Amina (Isi hati) Tempat aku simpulkan kehidupan, Sebagai satu puisi ringkas, Kau faham jika kau mahu faham. Tempat aku meluah, Jangan cepat kau buat kesimpulan, Fahamkan baik-baik isi hati aku. Ranking [#31Puisi-31/3/2019] [#1Teenlife-9/4/2019]