22

1.6K 160 0
                                    

Selepas membersihkan diri, Hyeri memakai baju yang berada di dalam almari yang disebut oleh Jeno tadi

Dia hanya memakai long sleeve t-shirt berwarna pink dan seluar berwarna hitam

"Macam mana dia boleh ada baju-baju perempuan ni.. Takkan la dia..."

"Ishh tak tak apa yang aku fikir nii" dia menepuk dahinya

Selepas mengemaskan diri di hadapan cermin, dia turun ke tingkat bawah

Hyeri melihat ke kiri dan kanan mencari Jeno. "Takde.."

"Cari aku ke?"

"ARGHH"

"Pfftt" Jeno menahan tawa melihat Hyeri yang terkejut itu

Hyeri memandangnya tajam. "Nasib baik aku takde heart attack au.. Kalau tak aku dah tumbang kat sini hish" dia mendengus geram

"Sorry" Jeno memandangnya atas bawah dan mengelilingi Hyeri

"Apasal kau pandang aku macam tu?"

"Hm sesuai dengan kau.. Walaupun simple" Hyeri tidak mengendahkannya

"Nah" Jeno menghulurkan sebuah beg

"Amende ni?" Hyeri memandang beg itu dan muka Jeno silih berganti

"Ambil jela" Hyeri ambil beg itu dari tangan Jeno

Dia mengeluarkan kotak yang berada di dalam beg tersebut. "Phone?" dia memandang Jeno

"Handphone kau rosak lepas kena hujan semalam.. So aku belikan yang baru" terang Jeno. "Ohh.." Hyeri meletakkan beg itu di atas sofa

Dia duduk di kaunter dapur menghadap Jeno yang sedang menyediakan air untuk mereka. Jeno meletakkan dua gelas minuman di hadapan mereka

"Asal muka masam je ni?" tegur Jeno yang perasan muka Hyeri muram sahaja

Hyeri menggeleng. "Takde apa.."

"Ye la tu takde apa.. Kau boleh share ngan aku if kau ada masalah"

"Kalau aku bagitahu pun bukannya kau boleh tolong.. Takyah la"

"Kalau kau dah cakap camtu.. Okay" Jeno menghirup sedikit minumannya. Begitu juga Hyeri

"Erm weh.." Hyeri berdehem sedikit. Jeno memandangnya

"Baju-baju kat dalam almari tu... Siapa punya? Takpe ke aku pakai?" soal Hyeri sedikit risau

"Oh.. Semua tu baju noona aku" jawab Jeno selamba. "Noona?"

"Haah.. Aku ada sorang noona tapi dia tak duduk kat sini.. Erm lusa dia balik la" terang Jeno. Hyeri hanya meng'ouh'kannya

Skip

Hyeri menuruni anak tangga sambil matanya memandang ke kiri dan kanan

"Nak pergi mana?"

Bahu Hyeri terhenjut. Dia terkejut buat kali kedua

"Hish kau boleh tak jangan buat macam tu?!" dia memukul bahu Jeno

Jeno hanya tergelak kecil. "Kau nak pergi mana ni?" soalan yang sama diajukan sekali lagi

"B-balik...balik rumah aku la"

"Oh.. Kau tak selesa kat sini eh?" Jeno memandang Hyeri dengan lembut

"Tak la.. Bukannya aku tak selesa tapi.. aku takut ada orang ketiga je kalau kita berdua kat rumah ni lama-lama.. lagipun pembantu rumah kau pun jarang nak nampak so better aku balik rumah aku sekarang" leter Hyeri panjang lebar

Jeno hanya mengangguk

"Okay.. Kau nak aku hantar ke?" soal Jeno lembut

"Takpe la.. Aku naik teksi je" jawab Hyeri tersenyum manis

"Okay"

Hyeri mula hendak mengorak langkah keluar

"Hyeri.."

"Hm?" Hyeri berpaling ke belakang semula menghadap Jeno

"Take care"

Hyeri tersenyum sebaris dan meneruskan langkahnya keluar

tbc

hallo~~


Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now