"Saya nak putuskan hubungan saya dengan Minyoung"
Mata Minyoung membulat. "What?! No!!" dia terus berdiri. "You kena bertanggungjawab dengan apa yang you dah buat dekat I!"
"Apa yang I buat dekat you?" Taeyong pula berdiri. Dia menghadap Minyoung sambil berpeluk tubuh. "I tak pernah sentuh you. And dah terbukti yang baby tu bukan anak I"
"No ni anak you!!"
"Minyoung!!"
Minyoung tersentak. Dia memandang bapanya. "Cukuplah tu" Tuan Kim berdiri. "Lepaskan Taeyong. Bagi dia balik dengan family dia" tegas sahaja suaranya
Minyoung menggeleng berkali-kali
"Taeyong, lebih baik kamu balik sekarang. Tinggalkan je dia kat sini" Taeyong mengangguk akur dan mula melangkah ke pintu
"Taeyong!"
Minyoung mencapai gunting dan menghalakannya ke perut
"You keluar dari rumah ni I bunuh budak ni!!"
"Minyoung, jangan buat kerja gila!" jerit Jeno. "Biar! Semua orang tak kisah pun!" balas Minyoung
Taeyong berjalan perlahan-lahan ke arah Minyoung untuk merampas gunting itu. Gunting itu diacu pula pada Taeyong
"Bagi I gunting tu" Minyoung menggeleng sambil menapak ke belakang. "You tak sayang I.. You takkan kisah pun pasal baby ni sebab dia bukan anak you"
"Minyoung, stop this and bagi I gunting tu" Minyoung tetap berkeras
"You tak sayang I!!"
"Erp!"
Cecair berwarna merah pekat mula mengalir. Gunting tadi selamat berada di perut Taeyong. Minyoung segera melepaskan tangannya
"Taeyong!!" Tuan Kim dan Jeno menyambut tubuh Taeyong yang lemah. "Apa yang kamu dah buat ni??!!"
Minyoung terduduk sambil menggeleng kepala
"Jeno call ambulans cepat!!" Jeno segera mencapai hpnya dan mendail hospital
"T-taeyong..." Minyoung menangis
skip
Taeyong segera dikejarkan ke ruang kecemasan
Hyeri yang baru keluar dari wad bersama Haechan berhenti seketika
Hyeri memandang wajah yang terbaring lemah diatas katil yang ditolak itu
"Taeyong..?" dia segera mengejar katil itu. "Eh Hyeri!" Haechan mengejar Hyeri
"Tae! Tae!" panggil Hyeri tetapi Taeyong sudah tidak sedarkan diri
"Maaf puan sila tunggu diluar" ucap seorang jururawat dan menutup pintu wad
Jeno yang baru sampai menyapa Hyeri
"Jeno.. apa dah jadi kat Taeyong?" Hyeri memegang lengan Jeno berharap supaya Jeno memberitahunya. "Dia..."
"Dia kena tikam.. dengan Minyoung" Hyeri terkedu. "Apa?" Jeno menunduk
Mereka duduk di kerusi yang tersedia dan Jeno menceritakan tentang apa yang terjadi
"Jadi selama ni.. Minyoung tu kakak kau?" soal Hyeri. Jeno mengangguk. "Maaf Hyeri, aku tak sempat nak halang dia"
Hyeri mula menangis. Esakannya semakin kuat. Haechan menggosok belakangnya
Hyeri serta-merta berdiri. "Aku nak jumpa Minyoung" Haechan dan Jeno turut berdiri. "Tak payah la. Kau pun tak sihat lagi" pujuk Haechan
"Tak. Aku nak jumpa dia" Hyeri berkeras. Kunci kereta Haechan dirampas dan dia segera beredar
"Eh! Hyeri!!" laung Haechan
"Jangan ikut aku!" laung Hyeri semula
skip
Hyeri membawa kereta dengan laju menuju ke rumah Jeno
Dia segera turun dari kereta apabila sampai di hadapan rumah Jeno. Pintu diketuk berkali-kali
Seorang pembantu rumah membukakan pintu
"Saya nak jumpa Minyoung" ucap Hyeri dengan muka tegang. "Cik Minyoung tak-"
"Saya tak kira! Saya nak jumpa dia sekarang!"
"Masuk, Hyeri" pelawa Tuan Kim yang muncul dari belakang pembantu rumah itu. Hyeri masuk ke dalam rumah itu
"Minyoung ada kat atas. Bilik dia sebelah kanan"
Tanpa berlengah Hyeri naik ke tingkat atas. Pintu bilik Minyoung diketuk berkali-kali
"Minyoung! Keluar!"
Tiada balasan dari Minyoung. Pintu tetap diketuk
"Minyoung!" tombol pintu dipulas tetapi tidak dapat dibuka
"Pengecut! Kau dah tikam suami aku lepastu kau biar macam tu je?!! Keluar la!!"
Minyoung duduk di lantai sambil menutup telinga
Hyeri berputus asa. Dia turun ke bawah semula
"Saya takkan maafkan apa yang Minyoung dah buat pada saya dan Taeyong" ucap Hyeri kepada Tuan Kim. Tuan Kim menunduk
Hyeri beredar dari situ
skip
Hyeri pulang ke hospital
"Hyeri!" Haechan segera mendapatkan Hyeri. "Macam mana dengan Taeyong?" soalan pertama yang diaju oleh Hyeri
"Dia masih tak sedarkan diri lagi" jawab Jeno sambil memandang ke bawah tidak berani menghadap Hyeri
"Hyeri, aku rasa.. better kau balik dulu. Aku akan teman Taeyong" arah Jeno
Hyeri merenung Jeno
"Betul cakap dia. Jom aku hantar kau balik" Haechan cuba menarik lengan Hyeri namun Hyeri tidak berganjak dan masih merenung Jeno
"Hyeri.. Kau baru je sembuh, aku tak nak kau sakit balik" pujuk Haechan. Hyeri memandangnya tajam
Keluhan dilepaskan. "Lepas je Taeyong sedar call aku terus" ucap Hyeri kepada Jeno. Jeno mengangguk faham
Hyeri dan Haechan beredar
Jeno menghela nafas berat. "Fuh renungan tajam dia" dia mengurut dadanya
tbc
YOU ARE READING
Crazy Couple S1&S2
RomantizmPasangan gila Malas nk buat description. Baca jela cerita dia