Crazy Couple S2: 1

113 9 2
                                    

"Papa dah balik!" laung Taeyong dengan kuat sambil menutup pintu utama.

"PAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" laung dua suara dengan nyaring. Mereka berlari ke arah Taeyong sambil mendepakan tangan.

"Eh-"

Debush!

Taeyong terjatuh kebelakang. Dia mengaduh kesakitan.

"Aduiii"

"Eh Yongyong, Riri! Kesian papa tu!" Hyeri ingin memisahkan dua kanak-kanak itu tetapi mereka tetap memeluk Taeyong dengan erat.

"Hehehe" tawa mereka bersama.

"Hai papaaaa" ucap mereka berdua. "Haiii" Taeyong mencium pipi mereka.

Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata. Putera mereka yang kini berusia 6 tahun, Kim Hyeyong. Dan puteri mereka yang baru sahaja berusia 3 tahun, Kim Taeri.

Hyeri mendukung Taeri apabila mereka lepaskan pelukan.

Taeyong tidak lupa untuk menyapa isterinya itu dengan sebuah ciuman di dahi.

"Oppa nak apa-apa ke untuk makan malam?" soal Hyeri.

"Oppa okay je dengan apa yang Hyeri masak. Oppa naik mandi dulu ya" Taeyong mengatur langkah ke bilik.

....

Usai mandi, Taeyong duduk di atas katil. Gambar keluarga mereka yang berada di meja kecil sebelah katil ditatapnya.

Keluarga yang bermula dengan hanya mereka berdua, kini sudah lengkap dengan kehadiran anak-anak mereka.

Taeyong mengusap gambar itu sambil tersenyum kecil.

Kemudian gambar itu diletakkan semula ditempatnya.

Taeyong turun semula ke bawah untuk makan malam. Hyeri, Hyeyong dan Taeri sudah pun berada di meja makan.

"Riri-ah say 'aaaaa'" Hyeri cuba memberi makan Taeri tetapi Taeri menolak.

"Nak papaaa" rungut Taeri. Hyeri memuncungkan bibir.

Taeyong mengangkat Taeri untuk duduk diribanya. Sudu disuakan ke mulutnya dan makanan lenyap dalam sekelip mata.

"Good girl!" ucap Taeyong dan mengusap kepala Taeri. Taeri tersenyum girang.

Manakala Hyeri yang memerhatikan mencebik. Hyeyong pula hanya makan dengan senyap.

....

Hyeri masuk ke bilik dan terus merebahkan diri ke atas katil.

"Waaaaa penatnyaaaa" adu Hyeri. Dia membenamkan muka ke tilam.

Taeyong sebagai suami yang prihatin, bangun dan terus mengurut bahu Hyeri.

"Eh, oppa? Sepatutnya Hyeri yang urut bahu oppa"

"Takpe la. Oppa tahu Hyeri lagi penat" Taeyong teruskan mengurut bahu Hyeri. Suasana mereka sunyi sahaja menyebabkan Hyeri berasa mengantuk.

Perlahan-lahan Hyeri menutup matanya. "Chagi-" panggilan Taeyong terhenti apabila matanya terpandang wajah Hyeri yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Dia mengusap lembut rambut Hyeri. "Gomawo", perkataan yang keluar dari mulutnya kemudian dia mengucup lembut dahi Hyeri.


Perlahan Taeyong mengangkat tubuh isterinya itu untuk membetulkan posisi tidurnya. Selimut dicapai membaluti tubuh Hyeri dan Taeyong juga merebahkan diri di sebelah Hyeri.

Dia merenung wajah isterinya sambil mengelus lembut rambut Hyeri. Seketika dia tersenyum lalu perlahan-lahan dia melelapkan mata.

....

Keesokan paginya, Taeyong pergi ke pejabat seperti biasa. Dengan disapa oleh pekerja-pekerjanya, dia melangkah ke lif.

"Tunggu!" seorang perempuan menahan pintu lif dari tertutup dan masuk ke dalam. Dia menunduk sebagai tanda minta maaf. Taeyong membalas dan menutup pintu lif.

Sampai di tingkat yang dituju, mereka berdua keluar dari lif bersama. Taeyong berjalan menuju ke pejabatnya manakala perempuan tadi hanya mengikutinya.

Taeyong yang perasan dia diikuti menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang. Perempuan itu turut menghentikannya pergerakannya.

"Cari apa?" soal Taeyong dengan tegas. Perempuan itu terpinga-pinga. "Ah.. Encik Lee Taeyong?" Taeyong memandangnya atas bawah.

"Follow saya"

Mereka masuk ke bilik pejabat Taeyong. Perempuan itu segera menundukkan badan apabila ternampak nama yang berada di atas meja. "Annyeonghaseyo Encik Lee!"

"Lee Naeun?" Taeyong membaca fail peribadi yang berada di atas mejanya itu. Satu persatu helaian dokumen diselak. Dia membacanya dengan teliti.

"Okay, awak boleh mula kerja sekarang. Apa-apa boleh rujuk pada Cik Ryujin"

Naeun yang ligat memerhatikan Taeyong itu tersentak apabila Taeyong memandangnya dengan tajam.

"Ah, baik encik" dia menunduk hormat dan segera keluar dari bilik itu.

Taeyong menghela nafas dan memulakan kerjanya.

....

Beberapa jam berlalu, Taeyong masih leka dengan kerjanya.

Tok! Tok!

"Masuk" ucap Taeyong tanpa melihat ke pintu. "Oppaaaa" Taeyong segera mengangkat kepalanya. Senyuman diukir.

"Kenapa sayang?"

Hyeri memuncungkan bibir. "Hyeri call oppa banyak kali tau tapi oppa tak jawab pun. Hish"

Taeyong membuka telefonnya. 6 missed call.

Taeyong segera bangun dari duduknya dan memeluk Hyeri dari belakang. "Mianhae chagiya~ Oppa fokus sangat tadi" dia mencium pipi isterinya itu sambil memeluk erat tubuh kecil Hyeri.

"Chagi nak makan apa?" Hyeri tersenyum dan memalingkan badannya menghadap Taeyong. Kedua tangannya merangkul leher Taeyong. Mukanya didekatkan ke telinga suaminya.

"Oppa" bisik Hyeri. Wajah Taeyong memerah. Dia memandang Hyeri yang sedang menahan tawa.

"Pft- HAHAHAHAHA" pecah tawa Hyeri melihat reaksi Taeyong. Taeyong berdecit. "Ohh dah pandai ye sekarang" Hyeri masih tertawa. Kedua tangan Taeyong yang berada di pinggul Hyeri mula menggeletek tubuh isterinya.

Pada masa yang sama, Naeun pun masuk. Segala pergerakan mereka terhenti.

"Ah! M-maaf. Saya cuma nak bagi fail ni kat encik" ucapnya sambil menundukkan kepala dan menghulurkan fail kepada Taeyong. Taeyong berdehem sedikit.

"Tolong ketuk sebelum masuk" amaran Taeyong kepada Naeun. Naeun hanya mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Hyeri hanya memerhati.

"Secretary baru?" Taeyong hanya mengangguk. Dia mengambil kotnya dan merangkul pinggang Hyeri.

"Jom, Hyeri cakap je nak makan apa. Oppa bawak, okay?"

"Okay! Hehe" Hyeri memeluk lengan Taeyong.

Mereka keluar dari pejabat itu dan menuju ke restoran bersama.

TBC

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now