SYAFIQAH berjalan menuruni anak tangga. Dilihatnya Qistina sedang asyik dengan handphone di tangan. Qistina? Qistina merupakan satu-satunya adik yang dia ada. Perkahwinan antara ibu dan ayahnya hanya dikurniakan dua orang cahaya mata. Silap. Perkahwinan ibu dan ayahnya dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Qistina dan Syafiqah dilahirkan sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
"Tina, Tina dah makan ke belum? Kalau belum kakak boleh masakkan." Sapa Syafiqah lembut. Qistina tidak memberi respon. Masih tekun melayan handphone di tangan.
"Tina..."
"Eh kau diam boleh tak?! Buta ke?! Tak nampak aku tengah buat apa?" Bentak Qistina. Kurang ajar. Syafiqah senyum pahit. Layanan Qistina terhadapnya berubah sejak adiknya itu mengetahui status dirinya.
"Akak risau nanti Qistina lapar. Kalau Tina tak makan, nanti gastrik kan susah. Ibu dengan ayah tak balik lagi."
"Aku lapar ke, aku sakit ke, aku mati ke, tu bukan masalah kau la! Boleh tak kalau kau tak ganggu aku satu hari?! Tak payah nak tunjuk baik sangat!" Tina yang tadinya elok berbaring di atas sofa kini tegak berdiri.
Hatinya membengkak. Setiap kali dia melihat wajah kakaknya, amarahnya memuncak. Angkara 'title' kakaknya, dia turut terkena tempias.
"Kau nak tahu tak, Tina ada kakak yang tak sah taraf. Kakak dia anak luar nikah. Entah-entah Tina pun anak haram sama macam kakak dia." Qalisha gelak sinis. Begitu juga rakan-rakan sekelas mereka yang lain.
"Eh Lisha, kau cakap baik-baik sikik. Aku tak sama dengan dia! Aku bukan anak luar nikah macam dia! "
"See guys. Dia malu nak mengaku kakak dia tu anak tak sah taraf. Tina, 'dia' yang kau maksudkan tu adalah kakak kau. Kau berkongsi rahim yang sama, ibu dan ayah yang sama. Darah yang mengalir dalam setiap pembuluh darah kau tu pun darah yang sama. Darah seorang penzina!" Tina ketap bibir. Kata-kata Qalisha bagaikan belati. Terus meresap melapah hati kecilnya. Perit!Sangat perit!
"Tak!!! Dia dan aku langsung tak sama!Dia kotor!" Tina lantang bersuara, membela diri.
"Fiqah! Kau punca semua ni! Status kau punca kepada semua masalah yang berlaku! Kau tak patut lahir! Kau tak patut wujud!" Tina menganyam bibit-bibit dendam. Semua yang berlaku bagaikan minyak yang tertumpah ke atas bara. Tanpa sedar, bara tersebut membesar menjadi api. Api dendam!
"Tina...Janganlah macam ni..." Suara Syafiqah menyedarkan Tina daripada terus hanyut mengenangkan kejadian tersebut. Tangannya yang cuba dipegang oleh Syafiqah direntap kasar. Syafiqah tersentak.
"Aku malu ada kakak tak sah taraf macam kau! Sebab kau semua kawan aku pulaukan aku!Eh, aku rela jadi anak tunggal daripada ada kakak berstatuskan anak haram macam kau! Kau patut mati!" Bentak Qistina. Mukanya merah padam menahan amarah yang membakar hatinya. Wajah Syafiqah ditatap tajam.
"Tina! Sampai hati Tina buat akak macam ni. Apa salah akak? Akak tak mintak pun lahir dalam status ni Tina! Tina tolonglah jangan buat akak macam ni. Tolong kesiankan akak. Tolonglah faham akak."
"Kesian?Faham?"
"Hei! Kau dengar sini, aku takde kakak! Aku anak tunggal keluarga ni. Dan kau? Kau hanya penumpang! PENUMPANG!!!" Seusai meluahkan rasa yang terbuku di hati, Qistina berlalu menuju ke bilik. Syafiqah terduduk lemah mendengar kata-kata adiknya. Adakah Tina secara tidak langsung telah memutuskan pertalian adik beradik antara mereka berdua?
"Besar sangatkah dosa aku? Hina sangatkah aku? Kenapa aku yang harus menanggung derita angkara perbuatan kedua orang tuaku? Kenapa aku yang harus menjadi mangsa?!" Tanpa sedar air matanya mengalir laju. Tidak adil baginya, dia hanyalah 'hasil' daripada penzinaan ibu dan ayahnya, tetapi pandangan orang ramai terhadapnya seolah-olah dialah penzina.
Syafiqah bangkit. Dengan lemah, dia mengatur langkah menuju ke biliknya. Penghinaan demi penghinaan dia terima dari orang sekeliling. Bukan sahaja di sekolah, rumah yang sepatutnya menjadi syurganya dirasakan seperti neraka. Dia umpama sampah di mata Qistina. Dia umpama halimunan di mata ayah dan ibunya.
Syafiqah melabuhkan punggungnya di pinggir katil. Lututnya dipeluk kemas. Menangiskah dia? Tak! Kosong! Hatinya kosong! Air matanya bagaikan sudah kering. Tiada yang mengalir walaupun setitik. Mindanya berantakan. Kusut! Bagaikan seorang ibu yang kematian anak, isteri yang kematian suami, Syafiqah kekal dalam posisi tersebut.
"Fiqah, lemahnya kau Fiqah! Kau telan semua cacian dan penghinaan yang mereka lemparkan kepada kau? Kau memang lemah!" Sinis. Suara itu bagaikan memerli dirinya. Syafiqah terdiam. Matanya melilau mencari gerangan empunya suara.
"Siapa kau?! Apa kau nak?"
"Siapa aku? Aku diri kau! Apa aku nak? Aku tak nak apa-apa. Aku hanya kesiankan kau Fiqah. Aku hanya nak tolong kau keluar dari masalah kau." Bisikan tersebut bagaikan semakin mendekat.
" Tak...Aku tak perlukan pertolongan kau. Kau bukan manusia! Aku boleh selesaikan masalah aku sendiri!" Syafiqah cuba menepis bisikan yang menghantui dirinya.
"Kau yakin? Kau yakin kau mampu? Tak! Kau tak mampu Fiqah!"
"Aku mampu!!Aku mampu!!Aku tak perlukan pertolongan kau!!Jangan ganggu aku!Tolong jangan ganggu aku!" Syafiqah menutup kedua-dua telinganya. Cuma untuk mengelak daripada terus mendengar bisikan tersebut. Matanya dipejam rapat. Dia takut!
"Huh! Bongkak! Kau suka diperlakukan seperti haiwan kurap oleh orang-orang sekeliling kau? Kau suka dihina? Kau suka dicaci?"
" Kau tak layak dapat layanan macam tu. Bukan kau yang salah. Kau pun tahu bukan kau yang salah. Jadi, aku akan tolong kau. Aku akan tolong kau kembalikan keadilan untuk diri kau." Ujar suara itu bersungguh-sungguh.
" Ya! Bukan aku yang salah. Betul kata kau. Bukan aku yang salah." Syafiqah mengiyakan. Dia memberanikan diri membuka mata. Siapakah pemilik suara itu? Syafiqah terkejut. Dirinya? Ya. Suara itu menyerupai suaranya.
" Macam mana kau nak tolong aku? Kau tak wujud!"
"Kau sebagai alat untuk mendapatkan keadilan bagi diri kau." Jawab suara tersebut dengan penuh yakin.
" Alat?"
"Ya alat. Kau dengar apa yang aku cakap. Kau dengar arahan aku. Dan kau akan dapat keadilan dan kebebasan yang kau mahu!"
" Apa yang perlu aku buat?"
"Bunuh mereka!" Ujar suara itu penuh dendam. Syafiqah terdiam.
"Bunuh mereka Fiqah! Bunuh! Mereka bahagia atas penderitaan kau!! Mereka tak layak hidup!" Suara bisikan itu sayup-sayup kedengaran sebelum menghilang.
Benar kata suara itu, mereka bahagia atas penderitaan aku, mereka tak layak hidup. Mereka patut menderita.
Bunuh? Syafiqah tersenyum. Matanya jelas menggambarkan dia sudah menyalakan api dendam. Setiap titis air mata yang mengalir, darah mereka sebagai gantinya. Bibirnya menguntum senyuman sinis sebelum ketawanya pecah. Gila? TAK!!!
YOU ARE READING
Title Itu Bukan Kemahuanku
Novela JuvenilAnak haram. Kerana nafsu ibu dan ayahnya, dia mendapat title tersebut. Tidak! Dia tidak mahu title itu kekal dengannya! Kerana title ' anak haram' dia dipulaukan. Kerana title itu dia dihina. Kenapa dia dilahirkan sebagai seorang anak yang tidak sah...