Part 4 : Entiti Misteri

31 1 0
                                    

SYAFIQAH mengeluh kecil. Surat kebenaran ibu bapa untuk menyertai Kem Pembentukan Sahsiah Diri dipandang sepi. Ibu dan ayahnya masih belum tahu tentang hal tersebut. Bukan dia tidak mahu memberitahu mereka, tapi kesibukan ibu dan ayahnya mengejar harta dunia menyebabkan dia tidak ada masa yang sesuai untuk memaklumkan kepada mereka berkenaan hal tersebut. Ibu dan ayahnya keluar pagi dan hanya akan pulang bila larut malam. Keluarga? Hanya ungkapan. Mereka sekeluarga tidak pernah meluangkan masa bersama seperti keluarga-keluarga bahagia yang lain.

"Hurmmm...Macam mana aku nak buat ni. Nak tunggu ibu ayah balik memang tak lah." Syafiqah mengeluh utuk kesekian kalinya. Buntu.

"Lebih baik call ibu ayah dulu tanya pukul berapa mereka berdua balik malam ni." Syafiqah segera mendail nombor ibunya, Puan Zuraidah. Lama menunggu, panggilan tidak bersahut. Yang kedengaran hanyalah voice mail box. Syafiqah tak putus asa. Dia terus mendail nombor ibunya.

"Hello...Fiqah, Fiqah nak apa? Ibu sibuk nih." Kedengaran suara Puan Zuraidah menyahut di hujung talian.

"Ibu, Fiqah nak tanya ibu balik pukul berapa malam ni?"

"Ibu tak tahu lagi. Banyak lagi kerja yang ibu kene siapkan. Kita bercakap nanti ibu balik. "

"Tapi Syafiqah nak cakap benda penting...."

Tut....Tut....Tut....

Syafiqah tersenyum pahit. Sibuk sangatkah ibunya sehingga tidak sempat mendengar apa yang ingin diperkatakan olehnya. Matanya dipejam rapat. Tanpa sedar,air matanya menitis.

Sampai bila harus begini?Aku ni siapa?Bila aku akan temui bahagia?Tak layakkah aku untuk rasa apa itu bahagia? Bila aku akan berhenti dihina?Bila aku akan diterima?

Persoalan demi persoalan singgah di ruang fikiran. Air mata semakin galak mengalir. Hati kecilnya terluka. Sangat terluka.

"Usah dilayan perasaan kau tu Fiqah. Baik kau packing barang. Esok dah nak gerak dah." Syafiqah cuma untuk menenangkan dirinya sendiri. Bibirnya dipaksa untuk mengukir senyuman. Dia mula mengemas.

Kuatnya seorang perempuan adalah apabila dia masih boleh tersenyum walaupun hatinya terluka.

"OKEY semua pelajar boleh serahkan surat kebenaran ibu bapa kepada saya ya. Semua wajib serah sebelum kita gerak." Mendengar arahan Cikgu Jaz, para peserta segera bertindak.

Syafiqah memandang kertas di tangan. Dia mengeluh kecil sebelum menyerahkan kertas tersebut kepada Cikgu Jaz.

Aqmar menepuk bahu Syafiqah. Jelas tergambar keterujaan di wajah gadis itu. Syafiqah tersenyum saat melihat wajah sahabat baiknya. Tiada yang lain, hanya Aqmar insan yang betul-betul mampu memberi kebahagiaan untuk dirinya. Aqmar bagaikan rumah untuknya menumpang teduh, menumpang kasih dan melampiaskan kepenatan yang dia tanggung selama ini.

"Hye Fiqah, lain macam je awak tenung saya. Ada apa-apa ke? Ada jerawat baru eh?" Fiqah tergelak melihat lagak sahabat baiknya yang meraba-raba wajahnya mencari kelibat sang jerawat.

"Tak ada apa-apalah Aqmar. Tak, saya suka tengok awak. Awak nampak happy je. Tadi saya nampak umi dan abah awak. Mereka hantar awk tiap-tiap hari ke?"

"Oh. Taklah. Hari ni diorang free, ambik masa untuk hantar saya. Mama dengan papa awak mana?"

Syafiqah tersenyum hambar mendengar soalan sahabatnya itu. Diam tanpa sebarang jawapan. Timbul rasa bersalah dalam diri Aqmar. Lancang mulutnya bertanya tentang perkara yang sudah terang lagi bersuluh.

Sepanjang mereka bersahabat, mama dan papa Syafiqah tidak pernah hadir ke sekolah, tidak kiralah untuk apa-apa aktiviti atau program sekalipun. Bila ditanya, jawapan Syafiqah mudah sahaja, mereka sibuk bekerja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Title Itu Bukan KemahuankuWhere stories live. Discover now