WCC | 26

748 65 18
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾

SAYU sekali majlis pengebumian Sonthi pada pagi ini. Armand turut merasa simpati atas apa yang telah berlaku ke atas Sonthi. Sesekali matanya jatuh pada ahli keluarga Sonthi.

Lagi-lagi Rutna, ibu Sonthi.

Keadaan semakin sayu apabila terdengar rintihan kecil oleh sang ibu. Serentak itu juga membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.

Ya, dia turut berduka.

Tetapi untuk menangisi pemergian seseorang yang telah tiada. Itu bukan caranya.

Mendoakan yang terbaik adalah cara yang paling terbaik.

Apa lagi, mendoakan penjenayah tersebut berjaya diberkas. Dan, diberikan hukuman yang seadilnya.

Esakan Rutna semakin reda setelah berjaya dipujuk oleh ahli keluarga yang lain.

Luluh hati Armand melihat keadaan Rutna. Bengkak mata itu kerana terlalu banyak menangis. Pucat lesi raut wajah itu. Mungkin tidak cukup tidur. Atau, tidak cukup redha.

Kemudian keadaan menjadi semakin sayu apabila kekasih kepada Sonthi, pengsan sebaik saja dia sampai di situ. Yang Armand tahu, gadis itu baru sahaja sampai dari Amerika kerana masih belajar. Berita kehilangan Sonthi pasti meragut setangkai jantung miliknya.

"Naiyana!"

Gadis yang bernama Nayaina itu sudah tidak sedarkan diri. Orang ramai sudah mula mendekati. Ada juga yang menghulurkan bantuan.

Perlahan-lahan tubuh Naiyana dibawa masuk ke dalam kereta. Kemudian, Naiyana dibawa ke hospital.

Armand kembali menoleh ke depan apabila dia mendengar tangisan milik seseorang yang dia cukup kenal.

Itu, Nachjaree.

Kelihatan jambakan bunga dalam genggaman tangannya.

Nachjaree yang sedang tertunduk itu, diperhatikan oleh Armand.

Dia tahu, gadis itu pasti serba salah dengan apa yang sudah terjadi.

Kerana kematian Sonthi kini dikaitkan dengan kes Channarong, ayahnya.

"Pai!"
(Go!)

Semua orang tersentak, termasuk dirinya sendiri. Armand kemudian mencari pemilik suara tersebut, sebelum matanya jatuh pada raut wajah penuh kebencian milik Rutna.

"Chan sia jai gab gan soon sia kong khun ka."
(I'm sorry for your loss.)

Nachjaree baru saja mahu mengambil langkah ke depan, sekali lagi dia dihalau.

"Pai!"
(Go!)

Semakin tinggi nada suara Rutna. Terketar-ketar bibirnya kerana menahan marah.

"Chan sia jai ka."
(I'm sorry.)

Tidak henti-henti Nachjaree memohon maaf. Langkah diatur perlahan-lahan, mendekati Rutna.

Armand masih memilih untuk memerhati.

Kemudian keadaan mulai riuh apabila Nachjaree ditolak kasar oleh Rutna sehingga dia terjatuh.

Armand tersentak sehingga dia terbangun dari duduknya. Bulat matanya melihat keadaan Nachjaree.

"Chan sia jai ka."
(I'm sorry.)

Nachjaree memeluk kemas kaki milik . Air matanya kembali mengalir.

"Ba!"
(Crazy!)

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now