WCC | 31

915 61 13
                                    


"Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan."

◾◾◾◾◾

"MANA mungkin aku lupa, Ain."

Balas Damien perlahan. Sama perlahan dengan aliran air matanya. Gambar itu diusap-usap lama. Terketar-ketar jarinya.

Armand.

Itu gambar masa mereka kecil dahulu.

Dia mula kenal Armand semasa mereka mula melangkah ke alam tadika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia mula kenal Armand semasa mereka mula melangkah ke alam tadika.

Kemudian, dia bertemu dengan Armand sekali lagi ketika mereka masuk ke alam persekolahan.

Ditakdirkan sekelas, dan semeja.

Mana mungkin dia lupa semua itu.

Armand satu-satunya sahabat yang dia punya.

"Jangan pukul Damien lagi!"

Marah Armand. Wajah kecilnya hanya dipandang rendah oleh sekumpulan lelaki yang tua tiga tahun darinya.

"Kau ni. Tak pandai dengan kecil, berani nak arah-arah aku?"

Dahi Armand ditunjal. Kedengaran gelak tawa yang cukup kuat dari kumpulan itu.

Mungkin lawak bagi mereka apabila budak berusia 9 tahun memberi amaran kepada mereka yang kini berumur 12 tahun.

Armand merengus geram. Tanpa amaran, dia menolak lelaki yang jauh lebih tinggi darinya sehingga lelaki itu tersungkur di atas jalan.

Damien yang sedang mengigil ketakutan itu tersentak melihat Armand.

"Armand! Jangan!"

Gugur air matanya. Dia takut jika berlaku apa-apa kepada Armand selepas ini. Damien menggeleng kepala. Dia tak mahu Armand sakit kerana dirinya yang pengecut.

Damien memejamkan mata.

Bibirnya terketar-ketar.

"Sudahlah tu menangis! Kau ni nak jadi pondan ke apa?"

Marah Armand yang kini terlantar di atas katil hospital. Mujur dia sempat diselamatkan ketika kumpulan lelaki itu seronok memukul dirinya di belakang bangunan sekolah.

"Aku tak nak kau mati!"

Teresak-esak Damien menangis.

"Mana ada aku mati! Aku ada depan mata kau kan ni! Ish, sikit-sikit menangis! Muka je handsome tapi suka menangis!"

Damien semakin kuat menangis.

"Kenapa kau suka sangat tolong aku?"

"Sebab aku sayang kau lah!"

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now