"What ?" Azwa Farhanees terkesima mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Sesekali dia mengurut dada yang terasa seakan-akan mahu meletup
"U ingat kahwin ni benda main-main ke,Fiz? Ni soal masa depan tahu tak!" Azwa masih tidak percaya. Kawan baiknya sendiri berani melamar dirinya.
Hafidz Zaem menyusun sepuluh jarinya tanda merayu. Wajahnya juga bertukar kemerah-merahan. Air mata yang bertakung menunggu saat untuk pecah sahaja. Sunggu dia malu jika Azwa menolak lamarannya.
"U tak boleh ke halang keputusan Umie U,tu?" Azwa Farhanees bengang sambil memandang tepat ke anak mata berwarna hazel milik Hafidz.
"Takkan I nak melawan cakap umie? Nanti tak cium bau syurga pulak."
Hafidz menjongketkan keningnya. Nak ajar aku derhaka,ke? Ni mesti pengikut Abuja!Azwa terdiam sejenak. Cuba menghadam apa yang lelaki itu katakan tadi.kesian pulak aku tengok mamat poyo ni. Lagipon...argh! Dia tu playboy,Wa. Entah-entah dia memang sengaja nak game kau?
"Tolongla...I tengah merayu ni. U je harapan I. You tak kesian ke tengok muka handsome I ni? "Walaupun ada sedikit perkataan riak di situ ,Hafidz tetap berdebar menunggu jawapan dari bibir Azwa.
Wajah lelaki itu ditundukkan sedikit. Aduh...Please jangan jatuh sekarang...Air matanya cuba dikawal sekuat yang mungkin
Azwa memandang wajah redup itu. Serba salah dibuatnya. Azwa tidak menyangka kerana tiada angin apatah lagi ribut taufan,tiba-tiba Hafidz telah mengajaknya untuk berkahwin semata-mata mahu mengelak dari dijodohkan dengan pilihan hati ibunya. Mereng ke apa?
"But Why U nak rahsiakan perkahwinan ni Kalau kita kahwin..."
"Maksudnya U setuju,la?"
Hafidz menayangkan muka gembira. Mengalahkan kanak-kanak ribena!"KALAU!" Azwa menjegilkan matanya. Perkataan itu sengaja ditekankan.
"I nak rahsiakan dari family I sebab...I tak nak Umie bising. But I promise. Lepas kita kahwin,I kenalkan U kat Umie. Okey"
Azwa melepaskan keluhan yang terasa berat. Ni bukan kerja budak-budak,Wa. Kau kena fikir betul-betul. Azwa masih bermain dengan kata-katanya yang terbuku di hati.
"Kalau I tak nak. Macam mana?" Soal Azwa.
Seraya itu,wajah Hafidz bertukar tegang. Air matanya mungkin akan jatuh tak lama lagi.
"Nak main tarik tali,pulak?
Perkataan yang terlintas di hati tersembur keluar. Anak mata gadis itu dipandang tepat. Macam nak telan orang je?"Apa-apa pun. U kena jumpa mak I dulu. Kalau family I setuju...No comment"
Saat itu Hafidz seakan-akan mahu melompat keriangan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Thanks God!
"Petang ni jugak I pergi rumah U!"
Balas Hafidz seraya berdiri dari kerusi. Excited sangat la tu!Azwa hanya duduk memeluk tubuh. Dia masih tidak pasti dengan keputusan yang dibuat.
'Aku janji. Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku,Wa. Aku CINTA kau sebenarnya . Cinta sangat-sangat!'
YOU ARE READING
Rindu Yang Terlarang( slow update)
RomancePerkahwinan yang terbina Dari satu kerelaan tanpa cinta mengubah 360 darjah corak kehidupan Azwa Farhanees.Dari sebuah kehidupan yang penuh kasih sayang berubah kepada kehidupan yang bagaikan mimpi ngeri baginya. Memiliki ibu mertua yang dilabel...