"Aku terima nikahnya Azwa Farhanees Bt Mad Raess dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit,tunai!"
"Sah?"
"Sah!" "Sah!"
Hafidz Zaem tersenyum puas. Kini gadis yang dicintai sepenuh hati itu telah rasmi menjadi isterinya. Betapa dia bersyukur kerana Allah memudahkan hubungan ini terikat suci hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Selesai bacaan doa dan solat sunat,Hafidz menghampiri pengantin perempuan yang duduk bersimpuh sambil tersenyum manis ke arahnya. Dia menyentuh dadanya yang semakin berdegup kencang.
Azwa gelisah di tempat duduk.Dia telah selamat diijabkabulkan sebentar tadi. Hampir menitis air matanya kerana selepas ini dia menjadi tanggungan kepada lelaki itu. Sebak rasanya apabila mendengar lelaki yang selamat menjadi suaminya melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz. Dia gembira berada di sisi ibu tercinta yang merestui perkahwinan mereka.
"Congrets sepupu ku yang comel. Now,kau dah jadi isteri orang." Bisik Aisya Inoura yang duduk di sebelahnya selaku pengapit.
Satu ciuman hinggap di pipi kirinya. Che Intan Adora memeluk Azwa ke dalam dakapan.Azwa tersenyum bahagia."Wawa,suami kamu dah sampai," ujar Che Intan Adora dengan lembut. Dia gembira akhirnya anak tunggalnya itu bertemu jodoh juga.
Jantung Azwa masih berdegup kencang. Malah lebih bertambah apabila Hafidz duduk dihadapannya. Wajah lelaki yang segak berpakaian songket teluk belanga itu kelihatan tenang sekali. Sedikit sebanyak menggugat hati Azwa.
"Mir...aku gementar la," Bisik Hafidz perlahan di telinga Emir Hadzidy. Tetapi pandangannya masih terlekat di wajah manis isteri tercinta.
"Cool down,bro,"Ujar Emir sambil tersenyum ke arah Aisya Inoura. Gadis berbadan gempal itu melarikan pandangannya ke arah lain. Lain macam je pandangan tu!
Azwa hanya memerhati lelaki itu menyarungkan cincin di jari manisnya. Air mata yang sekian kalinya ditahan,akhirnya jatuh berguguran membasahi pipi mulia itu. Entah mengapa Azwa tiba-tiba emosional. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri.
"Jangan la menangis. Nanti tak cantik pulak bidadari I ,ni" Pujuk Hafidz. Mereka ketawa sendiri. Tetamu yang hadir hanya memerhati gelagat pasangan merpati dua sejoli itu.
"Cepat cium tangan Laki kau.Kesian dia tengah tunggu kau,tu" celah Aisya dengan nada berbisik tetapi masih boleh didengari oleh Hafidz. Lelaki itu hanya tersenyum menahan tawa.
Saat Azwa sedang mencium tangan sahabatnya yang kini sah bergelar suami,Azwa kaget mendengar esakan halus lelaki itu. Azwa mendongakkan kepalanya sedikit. Terasa berat kerana tangan kasar itu masih terlekap di kepalanya.
"Fiz..."pujuk Che Intan Adora
Cuba menenangkan menantunya.Cepat-cepat Hafidz menyeka air matanya.Aduh...buat malu kaum lelaki je!
"It's okay." Balasnya sambil ketawa kecil. Kini dia memandang tepat wajah Azwa.
Wajah ini yang....selalu muncul dalam setiap mimpi aku.
Wajah ini yang...selalu menceriakan hari mendung aku.
Wajah ini yang....akan mendampingi ku hingga ke jannah. Insya Allah.Tanpa disangka,Azwa menyentuh lembut pipi kiri lelaki itu. Dia sendiri terkejut dengan tindakan drastiknya.Pelik?
Pandangan mereka saling bertaut.Hafidz tidak henti-henti bersyukur kepada Allah kerana Gadis dihadapannya itu sah menjadi isterinya.
'Thanks wawa...sebab kau sanggup terima aku.'Hafidz bermonolog di dalam hati.
'Aku ikhlas terima kau,Fiz. Sejujurnya aku sayangkan kau. Tapi tak lebih dari seorang kawan. Aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk kau.' Kata-kata itu hanya terbuku di hati. Biarlah dia sahaja yang tahu.
"Dah. Dah la sesi merenung,tu.
Satgi malam sambung la balik. Aku dah lapar ni." Celah Emir yang memecahkan lamunan pasangan itu.Tetamu yang hadir ketawa kecil melihat ragam 3 sekawan itu.
'Kacau Line betul la biawak Komodo,ni!'~~~~~~~~~~~~~~~,~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku harap korang terhibur la dengan bab pertama ni. Sorry la Kalau ada kesalahan ejaan ke apa. Sejujurnya kesilapan itu datang dari aku sendiri🙃Okey la please stay tune to the next part.Bye cau duluuuuh😊😉
YOU ARE READING
Rindu Yang Terlarang( slow update)
RomancePerkahwinan yang terbina Dari satu kerelaan tanpa cinta mengubah 360 darjah corak kehidupan Azwa Farhanees.Dari sebuah kehidupan yang penuh kasih sayang berubah kepada kehidupan yang bagaikan mimpi ngeri baginya. Memiliki ibu mertua yang dilabel...