💕BAB 2💕

59 6 0
                                    

Suasana di perkarangan rumah pengantin perempuan agak riuh kerana masing-masing sibuk mengemas apa yang patut. Sementara itu,Azwa hanya duduk termenung di birai katil.
Dia masih tidak menukar pakaian pengantin yang dipakai semasa majlis persandingan sebentar tadi.

    "Kau takut ke,Wa? Relaks,okay. Dia takkan berani buat apa-apa kat kau!" Ngomel
Azwa seraya melepaskan keluhan yang terasa berat.

Resah bila mengenangkan nasibnya yang terperangkap di dalam dunia ciptaan dia dan Hafidz.

Tiba-tiba pintu terkuak. Kelihatan lelaki segak yang masih berbaju Melayu songket itu masuk ke dalam biliknya.

Debaran semakin dirasai. Azwa menundukkan sedikit kepalanya. Malu!

Hafidz Zaem melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu tanpa disuruh.

'Asal malam ni dia nampak cantik sangat? Sabar,Fiz. Kawal nafsu kau!' Bisik hati kecilnya.

Azwa hanya membisu memandang lantai. Sejujurnya dia takut sekarang ini. Takut imannya lemah bila memandang lelaki itu. Rasa macam nak nangis je. Mak! Tolong Wawa!

       "Handsome sangat ke lantai tu dari I?"soal Hafidz memecahkan kesunyian malam.

Entah mengapa Azwa tiba-tiba tersenyum. Drastik!

"Please,Wa. Look at me." Hafidz meraih lembut dagu runcing itu tetapi suaranya kedengaran tegas di telinga Azwa.

Bagai kilat menyambar,Azwa kaget bila lelaki itu meraih dagunya. Dia mencerlung tajam anak mata suaminya.

        "Bila I bercakap. Pandang la muka husband you yang handsome ni!"
Hafidz sengaja mahu mengusik
Isterinya itu. Comel pulak melihat wajah cuak Azwa. Merah-merah giteww!

'Aku sekeh kepala mamat ni,kang. Hilang rambut berjambul tu!'

Tiba-tiba Hafidz menanggalkan veil yang dipakai oleh Azwa. Sungguh dia tidak mengerti apa yang lelaki itu cuba buat kepada dirinya. Takkan nak jadi psyco plk?

      "Fiz...."ujar Azwa sambil menghalang tangan kasar itu.

Jantung Hafidz berdegup sekencang larian kuda. Dia terpaku melihat tangan isterinya selamat mendarat di lengan.

    "U kena ingat. Kita kahwin ni pun bukan sebab suka sama suka. I pon tak tahu selama mana ikatan yang tak menjanjikan apa-apa ni boleh bertahan."

Kata-kata Azwa Bagai menyentap tangkal hati Hafidz.
Sungguh dia terasa dengan ayat kedua gadis itu.

'Aku suka kau,Wa! kau je yang tak pernah buka hati kau untuk
Terima aku!'kata -kata itu hanya terluah di dalam hati.

Hafidz meraip wajahnya yang tampak keletihan. Dia tersenyum hambar sambil mengalihkan badan menghadap Azwa. Barulah dia tahu yang Azwa tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Tetapi perasaannya terhadap gadis itu,hanya Allah sahaja yang tahu.

   "Yes I know. But U have to trust me. Cuba U fikir,ada ke orang yang bernikah hari ini,esok-esok bercerai....."

"Bukan macam tu,Fiz..." Hafidz bangun berdiri membelakangi Azwa. Cool down,bro!

      "Habis macam mana?
Ouh...U takut I halang cinta U kat lelaki lain? macam tu,ke?"
Nada suaranya naik satu oktaf.
Kedengaran tawa sinis terhambur keluar.

Azwa terdiam.Lelaki lain? Apa yang dia ni cuba sampaikan?

"Okay.macam ni. Kalau diantara kita bertemu dengan cinta masing-masing,I sedia lepaskan
U!"

Sungguh cetek pemikiran kau,Hafidz. Tak terfikirkah kau perasaan keluarga aku? Maruah aku?

Tanpa menunggu lama,Hafidz menyusun langkah keluar dari bilik itu. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

'Kenapa kau buat aku macam ni,Wa?'

Azwa hanya memandang sayu langkah lelaki itu sehingga bayangannya tidak kelihatan lagi di mata.

Salah kau jugak,Wa. Sebab kau yang jerat diri kau sendiri dalam perkahwinan ni. Azwa meraup wajahnya.Ada mutiara yang mengalir membasahi pipi.
Angin malam membiarkan sepi berterusan.

_______________________
"Eh,Hafidz. Buat apa kat luar sorang-sorang ni. Mana Wawa?"
Che Intan Adora mendekati menantunya yang duduk keseorangan di atas buaian belakang rumah mereka.

"Mak rupanya...terkejut Fiz. Ingatkan siapa tadi"Hafidz memandang ke arah wanita separuh usia itu.

   "Mana Wawa?" Soal wanita itu lagi sambil mencuit bahu menantunya.

Nak ketawa pon ada. Mana taknya,lelaki itu masih tidak menukar bajunya. Tunggu malam sikit,kout? Oopss!

"Dalam bilik."jawabnya ringkas. Dari riak wajah Hafidz, Che Intan Adora tahu lelaki itu ada masalah.

"Kenapa,ni? Bergaduh dengan Wawa,ke?"

"Tak la,mak. Mana ada gaduh..."

"Habis,muka kelat semacam aje mak tengok!" Potong wanita itu.

Hafidz tersenyum hambar. Mak
Dengan anak sama saja. Suka potong ayat orang!

"Gaduh-gaduh manja?"soal Che Intan Adora lagi.

Hafidz hanya tersenyum. Menidakkan pon tak,mengiyakan pon tidak. Dia lebih senang menyimpan perasaannya sendiri.

"Satgi malam sikit tu,mesti okay punya. Wawa ni senang je nak pujuk!" Celah Aisya Inoura yang dari tadi mencuri dengar perbualan anak beranak itu.

Che intan Adora ketawa kecil. Kecik besau,kecik besau je aku tengok budak debab ni.suka sangat menyampuk!

"Hmmm...takpelah,mak. Fiz nak pergi mandi dulu."Hafidz bingkas bangun seraya melangkah masuk ke dalam rumah teres 3tingkat itu.

Rindu Yang Terlarang( slow update)Where stories live. Discover now