Puisi Pedas (18/06/18)

117 13 3
                                    

Pergi cari ayam hutan bawa senapang,
Main tembak rambang ayam hilang beruang datang,
Puja nenek moyang belum tentu kau selamat,
Peka dalam perbuatan langkah harus cermat.

Ba depan wau kiri kanan,
Da di tengah ha belakang harus disimpan,
Keris di pinggang sembunyikan dalam baju,
Ikat tali kasut ketat-ketat baru boleh maju.

Ingat satu pesanan jarang singgah di pendengaran,
Jangan aktif lidah tapi otak kosong,
Dan tiada guna selalu menang dalam perdebatan,
Biar diam nampak duduk diam bila gerak semua terlompong.

Promosi diri sendiri macam badang,
Terpijak duri sikit menangis tiga malam,
Tak perlu tulis nama siapa jadi sasaran,
Makan cili rasa pedas satu sindiran.

Jangan marah kalau terkena anak panah,
Ini tembakan yang dilepaskan tanpa arah,
Terima kasih kerana membaca dengan kesabaran,
Ku harap tidak menyakitkan walaupun kenyataan.

18/06/18

PUISI RUMIWhere stories live. Discover now