[ 9 - 14 ]

464 62 22
                                    


CHAEYU  💕

"Selamat pagi kelas! "

"Selamat pagi cikgu! "

Dia tersenyum. Dia kemudian mengalihkan pandangannya kepadaku apabila semua pelajar duduk. Aku menjelingnya dan membetulkan posisi duduk. Dia datang kearahku atau lebih tepat ke meja guru.

"Baik, kelas. Hari ni cikgu nak kamu sambung jawab kertas yang cikgu bagi minggu lepas. Buat yang mana kamu tak buat lagi. Tak faham boleh tanya kawan-kawan cuma cikgu minta, jangan bising sangat. "

"..sebab pengetua tengah buat rondaan" katanya dalam nada seperti berbisik.

"Baik, kamu semua boleh buat kerja! Akhir kelas, cikgu akan kutip dan markah akan diberitahu dalam kelas seterusnya. "

Dia duduk setelah memastikan semua pelajar membuat kerjanya. Aku tidak mengendahkannya yang menyanyi kecil dan terus menjawab soalan.

10 minit kemudian, aku mula tak senang duduk bila rasa ada sepasang mata yang sibuk tengok aku buat kerja. Akibat tak tahan sangat, aku berhenti menulis dan memandangnya sekilas.

"Jangan curi-curi pandang saya. Saya tak selesa."

"Hehe..kantoi dah. " balasnya.

Aku sambung menulis sambil menggelengkan kepala. Malas nak layan perangai dia.

"Su..sah tak soalan tu?? " tanyanya lalu menjengukkan kepala sedikit melihat soalan.

Aku tak melayannya. Aku terus dengan pengkiraanku sehinggalah sampai ke satu soalan terakhir. Aku cuba macam mana pon tetap tak dapat jawapan.


"Susah? " tanyanya.

Aku menunjukkan soalan tanpa dia pinta. Dia melihat soalan dan lama kemudian dia tersengih. Dia memandangku dengan sengihan membuatkan aku memandangnya dengan pandangan menyampah.





NAMJOON  💓

"Asal gelak?? Soalan ni tak lawak pon. " katanya dengan nada annoying.


"Awak tau tak..soalan ni.. "

Aku memandang kearah kertas soalan. Jari telunjuk dituju pada nombor soalan yang dimaksudkan olehnya. Aku memandangnya kembali dengan senyuman.



"Soalan ni soalan universiti saya. Soalan yang saya pernah jawab"


Dia seperti tercengang. Dia diam seketika sebelum membalas kata-kataku.


"Perlu ke sampai bagi soalan yang pelajar universiti jawab kat kitorang? " soalnya.

"Perlu. Sebab saya yakin yang awak dapat jawab"



Keluhan dilepaskan olehnya. Pensil diletakkan diatas meja. Badan disandarkan di kerusi dan mata tepat menikam mataku.


"Bukan semua pelajar dalam kelas ni otak geliga macam cikgu. "


Aku mengangguk setuju dengan kata-katanya.

"Tapi, awak antara pelajar otak geliga macam saya. "



"Tapi, tak perlulah sampai masukkan soalan universiti. Dah tentu pelajar yang lain tak dapat jawab. "

"Cuba tengok kawan-kawan awak.. "

Dia mengalihkan pandangan pada mereka yang menjawab soalan. Aku mengambil peluang ini untuk lihat wajahnya dari tepi. Masih cantik walaupun hanya pandangan sisi. Dia kembali memandangku.


Pandanganku hanya terlekat pada dia. Tak beralih walau seinci. Dahinya berkerut apabila aku mendekati wajahnya perlahan-lahan. Aku berhenti tatkala merasakan jarak antara wajah kami sudah cukup dekat.


"Soalan ni untuk awak je. Khas untuk awak. "


"Wae..saya je dapat?? Kenapa yang lain tak dapat? "


Aku berbisik sesuatu ditelinganya. Cukup perlahan suara aku. Hanya untuk dia dengar sahaja.

"Sebab hati saya suruh bagi awak soalan ni, Choi Chaeyu ssi. "




Aku menjauh darinya. Aku tersenyum apabila wajahnya berkerut seribu tak memahami apa-apa.

"Sambung kerja awak. Masa tinggal lagi 20 minit untuk habiskannya. "

Selepas sahaja aku berkata begitu, aku bangun dari tempat duduk aku dan meronda ke setiap meja. Tengok hasil pelajar menyiapkan kiraan. Ada yang aku berhenti dimeja pelajar yang meminta tolong.


Pandanganku kembali pada Chaeyu yang sedang membuat kerjanya. Dengan lollipop didalam mulutnya membuatkan aku tersenyum sekali lagi. Dia memang tak kisahkan keadaan sekeliling. Main redah saja.


"Cikgu? "

Aku berhenti memandangnya. Fokus ku kini pada pelajar yang memanggilku.



Namjoon ahh, patutnya dalam kelas kau fokus dengan sesi mengajar dan juga semua pelajar.





Bukannya pada Choi Chaeyu ssi saja.
Namjoon paboya.



🐍


✔MATH » 김남준Where stories live. Discover now