CHAEYU 💕Angin menyapa wajahku membuatkan aku tenang. Hilang segala fikiran yang menganggu aku. Aku menutup mata mengamati rasa angin sejuk.
Kepala ku diangguk-angguk kecil mengikut rentak lagu yang dipasang. Kaki turut memainkan peranannya menapak di lantai bumbung.
“ Cantik dan kemas tarian awak..”
Serta merta aku membuka mata. Rentak juga hilang. Aku hanya merenung kosong tin minuman yang terletak di depan ku.
Aku biarkannya menganggu aku. Tiap masa aku hanya biarkan.“ Choi Chaeyu, kelas 4-4C...majeo? ”
Dah seminggu. Dah seminggu dia takde. Dan ketiadaan dia mengubah diri aku kepada yang asal. Tiada lagi si Chaeyu yang dipaksa masuk ke kelas, tiada lagi Chaeyu yang 'mesra alam'.
Baguslah. Aku lebih suka jadi diri yang dulu. Tanpa perubahan. Tanpa kemesraan dari orang lain.
Lagu dimatikan apabila loceng berbunyi. Aku menggalas beg sekolah dan telefon dimasukkan dalam kocek blazer. Pintu keluar ditarik, satu persatu anak tangga aku turun.
Pelajar yang menegur aku saat aku di anak tangga terakhir hanya dibalas dengan renungan tajam. Aku teruskan berjalan tanpa menghiraukan kata-kata mereka.
Pintu kelas dibuka dan suasana terus berubah senyap apabila aku masuk dan menutup pintu. Tanpa mengisahkan pandangan mereka, aku jalan ke tempat duduk aku.
"Korang ni.. Jangan lah tenung dia macam tu. Dia tengah broken. Namchin dia tak bagitahu pon dia pergi mana.. Kesian si dia merindu.."
"...macam orang tak betul. " sambung Yeon Yu.
Aku menjelingnya tepi dan terus duduk. Malas nak melayan. Kalau layan, entah apa nanti aku buat kat dia. Silap-silap boleh masuk Hospital Sakit Gila nanti si Yeonyu ni.
"Kesian kan..bercinta dengan cikgu sendiri pastu bila dia tinggalkan je kau macam tu, terus dingin balik. Tegur kitorang pon taknak. "
"Yelah ann..."
" Sombong tu kalau dah melekat dari kecil memang tak dapat nak buang. Terpaksa jelah beramah mesra kan..?? "
"Tak tahu apa-apa tentang aku jangan cakap main sedap mulut kau je." Tegur aku.
Dia berpaling kebelakang dan tersenyum sinis.
"Aku cuma kesian kan kau je. Salah ke aku 'ambil berat' pasal hati dan perasaan kau?? " tanya Yeonyu.
"Salah. Sebab aku tak perlukan pon 'ambil berat' kau tu. Menyemak"
"Ouh. "
Yeonyu menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dia berhenti mengangguk apabila aku memandangnya tajam.
"Jadi, dia perlukan seseorang 'ambil berat' tentang dia. Tapi, siapa?? Uhmm..cikgu Namjoon kesayangan dia dah tak munculkan diri depan dia. Keluarga?? "
Yeonyu memandangku. Tangan dikepal sekuatnya apabila dia gelak sinis. Keluarga takyah main lah setan.
"Tch, dia kan anak pungut. Ada keluarga angkat je, tak layak kot keluarga angkat kau nak ambil berat pasal kau. Anak pungut yang menyedihkan."
Yeonyu dan setengah pelajar dalam kelas menggelakkanku. Aku berdiri dan kearahnya. Yeonyu berhenti gelak dan memandangku. Aku dah tak kisahkan apa-apa dah. Yang aku tahu nak je penampar muka pompuan ni.
"Ye, anak pungut?? Perlukan apa-apa bantuan daripada Yoo Yeonyu?? Ni bukan kaunter pertanyaan. Sila keluar dari kelas sebab malangnya aku taknak tolong kau"
Yeonyu tersenyum mengejek apabila mereka menggelakkan aku kembali. Akibat marah yang membuak-buak, mejanya terus menjadi sasaran tumbukan aku sehingga semua diam.
Kesan merah dan sakit di tangan aku abaikan. Sakit lagi hati aku berdepan dengan minah ni.
"Apa masalah kau,perempuan? Apa yang tak puas hati lagi ngan aku? Cakap dah lah main sedap mulut kau je, tak tahu hal sebenar tapi buat-buat macam tau semua tentang aku. Asal? Life aku ni kacau life kau ke sekarang ni? Hah?? Jawablah! "
Dia berdiri berhadapan dengan aku apabila ditengking. Wajahnya yang ketat langsung tak menggerunkan aku.
"Aku ada banyak masalah nak selesai dengan kau! Aku tak puas hati dengan kau! Asal kau je dapat nama??! Asal kau je yang jadi buah mulut orang ramai?!! Kau bukannya pandai pon! Berlagak! Sombong! Muka tak cantik mana ni jadi kegilaan ramai? Go die lah! "
Senyuman sinis terukir. Kedua tangan disilangkan dibawah dada.
"Kau tak puas hati dengan aku pasal tu je?? Ambil lah. Ambil apa yang aku dapat. Aku taknak pon semua tu. Aku tak hadap pon dengan semua perkara yang kau dengki dekat aku. Ambil! Aku tak kisah. Tapi, ingat Yeonyu. Aku paling benci orang yang masukkan hal keluarga aku, orang yang semak dalam hidup aku! Sekian. "
Aku melangkah kearah pintu kelas. Namun terhenti apabila Yeonyu bersuara.
"Tak payah nak baik hati sangatlah. Kau buat macam tu sebab nak tutup kesalahan kau kan?? Keluarga?? Sedar lah yang kau tu bukannya sesiapa pon. Anak pungut entah dari mana dorang ambil. Sekolah kat sini, nak besar kepala pula. Kau tu tak setanding ngan kitorang langsung tak setaraf! Kitorang ada ibubapa kandung yang kau tu..entah-entah anak haram. "
"Perempuan murahan. Panggilan selayaknya untuk kau. Kau rapat dengan cikgu Namjoon sebab kau slave dia ann?? Dah lah anak pungut jadi slave cikgu sendiri pula tu... Senang betul kan hidup kau.Sangat-sangat 'bermakna'. "
Aku meluru kearahnya dan tanpa berfikir panjang pipinya ditampar kuat. Aku menolaknya sehingga jatuh dan melepaskan geram.
Dan secara rasminya, kami mula membalas pukulan demi pukulan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang dah cemas.
Ketua kelas mungkin dah panggil cikgu untuk hentikan kami.Dan seterusnya bawa ke bilik pengetua.
Tapi, semua tu aku dah tak kisah. Yang aku tahu aku perlu keluarkan semua perasaan yang bercampur dalam diri aku.
Dengan menjadikan Yoo YeonYu sebagai mangsa utama.
🐍🐍