Fakta 30

168 8 0
                                    


Cuci Pinggan Boleh Hilangkan Stres

Bagi kebanyakkan wanita, mencuci pinggan adalah satu perkara yang sangat melecehkan. Apa lagi bila sudah penat memasak dan makan, lihat ke dalam sinki banyak pula pinggan mangkuk kotor. Secara automatik perangai malas akan muncul. Wanita paling suka bab-bab memasak tapi bila masuk bab mencuci mereka akan jadi malas.

Dalam banyak-banyak kerja di dapur, membasuh pinggan ini yang akan banyak wanita akan tangguhkan. Kadangkala keesokkan hari barulah di basuh pinggan-pinggan kotor itu gamaknya. Namun dari sisi baik, sepatutnya kita harus membersihkan semua pinggan mangkuk yang telah digunakan sebelum masuk tidur.

Ini kerana ia amalan untuk dimurahkan rezeki. Malah, memetik businesstimes.cn, ada satu kajian yang telah dikeluarkan di dalam jurnal Mindfulness 2015 telah menjumpai cara yang berkesan bagi meredakan sedikit tekanan dengan membasuh pinggan.

Mengikut kajian tersebut, dari mempunyai tabiat yang suka mengelamun dan termenung, dengan membasuh pinggan anda yang sering mendapat tekanan boleh menghalang perasaan itu dengan memberi sepenuh perhatian dengan membasuh pinggan. Malah mencium bau sabun serta merasai suhu air juga boleh dijadikan sebagai terapi minda agar tenang.

Terapi membasuh pinggan ini juga boleh memberikan anda tidur yang selesa dan dapat  menghadirkan kesedaran yangsempurna. Ia juga boleh membantu anda dalam mengurangi rasa gelisah serta dapat melawan rasa tertekan pada masa yang sama.

Mungkin ada sesetengah masih tidak percaya dengan cara ini. Namun bagi yang sering rasa tertekan, anda boleh saja mencuba cara ini. Ia boleh mengurangkan rasa tekanan yang anda hadapi. Semoga dengan apa yang dikongsikan di atas, boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca.

Cer try wktu bad mood

Fakta DuniaWhere stories live. Discover now