BAB 14

2.6K 163 10
                                    

Amylia berjalan laju menuju ke arah bangunan yang menempatkan makmalnya.

Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya dari belakang. "Ada."

Langkah Amylia terhenti. Dia senyum apabila mendengar panggilan itu. Hanya seorang sahaja yang memanggilnya dengan panggilan itu. Dia berpaling memandang lelaki yang segak berkemeja biru tua sambil lengan kemejanya disingsing sehingga ke siku.

"Yes, Ran?" soal Amylia. Dia memeluk tubuhnya. Sudah 2 hari dia tidak berjumpa dengan Syahran. Masing-masing sibuk dengan hidup mereka. Hanya dua orang pengawal FBI sahaja yang selalu menemaninya.

Apabila Syahran sudah mendekatinya, dia terus berjalan. Syahran berjalan beriringan dengannya.

"Lama tak jumpa. Rindulah," kata Syahran,

Amylia menjulingkan matanya. Dia mencebik.

Syahran ketawa apabila melihat wajah Amylia itu.

"Okay, okay. Saya serius. Awak nak pergi mana?" soal Syahran sambil memandang Amylia sekilas.

"Pergi makmal. Lupa pula yang result test hari tu keluar hari ni," beritahu Amylia.

"Then, kenapa Sid dan Q tak ikut?" soal Syahran.

"Mereka ada hal sekejap. Lee panggil mereka sebab ada sesuatu yang mereka perlu lakukan."

Amylia pandang Syahran. "And you? Why are you here? Sekarang ni fall break kan? Don't you have work to do?" soal Amylia.

Syahran sengih. "Saya rindu awak. Tu yang saya datang sini."

Sekali lagi, Amylia menjulingkan matanya. Dia tergeleng-geleng melihat telatah Syahran itu.

"Awak memang tak boleh serius kan?"

Syahran ketawa.

"Dah tu, awak nak saya cakap apa? Do I need to ask about you? About your feeling after all this happen? Awak nak?" soal Syahran, tiba-tiba serius.

Anylia terdiam. Langkahnya terhenti. Syahran turut berhenti. Dia berpaling memandang Amylia.

"I know you, Ada. You won't like it if I ask about your well-being. Awak seorang yang independent. Berdikari. Maybe sebab awak anak tunggal."

Syahran pandang tepat ke dalam anak mata Amylia, "That's why my dear Ada, saya takkan tanya tentang khabar awak. Sebab saya tahu awak kuat and awak akan lawan apa sahaja yang berlaku dalam hidup awak."

Amylia terkedu. Dia tidak menyangka bahawa Syahran mengetahui personalitinya.

Syahran senyum. "Surprise?"

Amylia mengangguk.

"Are you forgetting that I'm a profiler?" kata Syahran sambil mengangkat keningnya.

Amylia senyum sambil tergeleng melihat ulah Syahran itu.

"Ada-ada sahaja awak ni," ujar Amylia sambil mula melangkah kembali.

Syahran ketawa. "But, it's true right? Apa yang saya cakap betul kan?"

Amylia tidak menjawab. Dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan yang menempatkan makmalnya.

"Kenapa awak cari saya ni?" soal Amylia.

"Bila masa pula saya cakap saya cari awak?" soal Syahran, nakal.

Amylia mencebik. "Then, awak nak cari pembantu makmal ni?"

Syahran ketawa. "Kalau betul, apa yang awak nak buat?"

"Then, go. Pergilah jumpa orang yang awak nak jumpa tu," kata Amylia sambil melangkah ke arah makmalnya yang terletak di hujung bangunan tingkat 2 itu.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now