BAB 25

3K 160 21
                                    

Farihah dan Amylia melangkah masuk ke dalam gerai itu. Walaupun malam sudah lewat, keadaan gerai itu agak meriah memandangkan ada perlawanan bola sepak sedang ditayangkan di skrin besar yang ada di hadapan gerai itu.

Beberapa pegawai polis yang mengenali Farihah dan Amylia menegur mereka berdua. Farihah mengangkat tangannya menegur mereka manakala Amylia hanya selesa dengan mengangguk kepalanya sahaja.

Farihah terus membawa Amylia ke meja yang agak tersorok daripada pandangan awam. Dia tahu Amylia tidak selesa berada di khalayak ramai. Oleh sebab itu, dia memilih kawasan yang agak tersorok itu.

Pelayan terus datang mengambil pesanan Amylia dan Farihah. Sebaik sahaja pelayan itu berlalu daripada meja itu, Farihah terus memandang Amylia.

Amylia tidak perasan dirinya diperhatikan oleh Farihah, memandang ke sekeliling gerai itu. Dia dapat melihat perlawanan bola sepak yang ditayangkan di skrin besar itu.

“Ada kena teman abang tengok game bola ni. No excuse,” ujar Syahran.

Amylia menggelengkan kepalanya. “No! Ada tak suka tengok bola la. Buat apa tengok 20 plus orang terkejar-kejar bola yang memang ada satu tu. Buang masa je,” kata Amylia.

Lelaki itu mencebik. “You have to, Ada. Ni adalah arahan,” kata Syahran, mengeluarkan kuasa vetonya.

Amylia tergeleng-geleng melihat telatah Syahran yang kebudak-budakan itu.

Melihatkan perlawanan bola yang ditayangkan di skrin besar itu, mengingatkannya pada seseorang. Suaranya terngiang-ngiang di telinganya. Dia tersenyum nipis apabila mengingatkan kenangan yang satu itu.

Farihah yang selama ini memerhati Amylia hairan apabila melihat senyuman nipis yang terbit di bibir Amylia itu.

“Kau ingatkan siapa la tu sampai boleh tersenyum?” soal Farihah, mengusik Amylia yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang payah untuk senyum itu.

Amylia terus meneutralkan kembali mukanya. Dia pandang Farihah yang ingin tahu itu.

“Nothing la. It just aku teringat masa aku kat US,” kata Amylia.

Farihah menjungkit keningnya. “Care to share with me?” soal Farihah.

Amylia terus menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menceritakan kenangan yang satu itu. Sekiranya dia bercerita, segala kisah yang berlaku sewaktu dia berada di US akan terbongkar.

Farihah akur apabila melihat gelengan Amylia itu. Amylia sememangnya suka berahsia. Kehidupan Amylia di US menjadi rahsia besar rakan baiknya itu yang mungkin tidak akan diketahuinya. Amylia tidak pernah menceritakan kehidupannya di US.

Yang hanya dia tahu, ibu bapanya meninggal dunia ketika Amylia pulang untuk seketika ke Malaysia. Dia tahu pun kerana mereka merupakan rakan sekampung. Ibunya memberitahu bahawa ibu bapa Amylia meninggal dunia disebabkan kemalangan.

Namun, Farihah pasti ada sesuatu yang terjadi yang merubah seratus peratus Amylia yang berada di hadapannya itu. Biarlah masa yang merungkaikan misteri Amylia itu.

“Sample yang kau bagi kat aku tadi tu sample body yang baru sampai kat lab hari ni ke?” soal Farihah, mengubah topik perbualan mereka.

Amylia pandang Farihah. Dia mengangguk.

“Yup. Aku extract sample daripada body tu la. Aku syak yang kes ni ada kaitan dengan kes minggu lepas punya,” kata Amylia.

“Maksud kau, kes ni melibatkan serial killer ke?” soal Farihah.

Amylia mengangguk. “But, I hope my assumption is wrong. Kalau tak, kecoh Malaysia dengan kes ni,” kata Amylia.

Kata-katanya terhenti apabila pelayan datang menghidangkan pesanan mereka.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now