Tergesa-gesa Aimi Najwa memasuki Karnival Pengantin di PWTC.Setengah jam lagi dia perlu berada di atas pentas untuk majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Datuk Bandar.Dia dapat merasakan kemarahan kakaknya,Juhana,sudah meledak
Aimi Najwa mengutuk dirinya sendiri yang terlewat bangun daripada tidur.Usai solat subuh tadi,dia tertidur semula kerana badanya terasa amat letih.Ini semua gara-gara dia shopping sakan dengan Haliza semalam.
Sepatutnya dia sendiri maklum hari minggu begini bandar raya Kuala Lumpur terlalu sibuk dengan pelbagai ragam manusia.Apatah lagi dia terpaksa bersesak di dalam perut LRT untuk datang ke sini memandangkan dia masih belum mempunyai kereta.Perjalanan dari Cheras ke PWTC cukup memenatkanya kerana dia terpaksa berdiri sepanjang perjalanan itu
Melilau mata Aimi Najwa mencari booth Gold Wedding milik Juhana.Dia membolosi orang ramai yang berada di situ.Pening juga kepalanya mencari booth Gold Wedding.Maklum sajalah,banyak butik pengantin yang memasuki pertandingan karnival pengantin musim ini.
Masing-masing mahu menunjukkan busana pengantin dan pelamin yang anggun.Gold Wedding pula memasuki karnival pengantin tahun ini untuk kali kedua.
Aimi Najwa mula mengeluh apabila kelibat Juhana dan abang iparnya,Nazri,tidak dapat dicari.Dia sepatutnya datang ke sini semalam,membantu Juhana dan Nazri menyiapkan booth mereka.Ini tidak,dia begitu sibuk untuk keluar membeli-belah bersama Haliza.Kalau tidak,tidak perlulah bersusah payah begini.
Dia tersentak apabila terasa tanganya ditarik seseorang.Aimi Najwa berpaling.Terkejut bukan kepalang dia apabila dia mendapati bahawa itu adalah kakaknya.Perlahan-lahan senyuman dihadiahkan untuk Juhana bagi meredakan kemarahan kakaknya itu.
"kenapa lambat?Aimi dah janji dengan akak nak datang awal,kan?Aimi orang yang paling penting di atas pentas tu tau!Aimi dengan Rizal terpilih untuk duduk di kerusi pengantin dan Datuk Bandar akan menepung tawar kamu berdua.Jangan malukan kakak pula"panjang lebar Juhana mengomel
"sorrylah,Kak ju.Aimi minta k maaf banyak-banyak.Aimi tertidur"Aimi Najwa mengakui kesilapanya.
Mujurlah ketukan bertalu-talu daripada uminya di luar pintu bilik telah berjaya mengejutkanya.Dan apabila terjaga,dia begitu terkejut melihat missed call yang bertalu-talu dari Juhana.
Tanpa membuang masa,mereka berdua melangkah ke booth Gold Wedding.Aimi Najwa menoleh ke arah sepupunya,Rizal,yang sudah bersiap dengan busana pengantin.Agak kacak sepupunya itu.
Aimi Najwa tersenyum.Sebentar lagi dia dan Rizal akan bergandingan di atas pentas untuk majlis pembukaan karnival pengantin.
Rizal mengangkat kening kearahnya.Aimi Najwa faham akan maksud sepupunya itu.Pasti sebelum dia tiba di sini,orang merungut menantinya yang tidak muncul-muncul.Sebuah senyuman diberikan untuk sepupunya itu.
"Rohani cepat siapkan Aimi.Kita dah takde masa ni!"laung Juhana kepada pembantu mekapnya.
"baik,"sahut rohani
Tanpa membuang masa dia menyuruh Aimi Najwa mengenakan gaun pengantin sebelum wajah Aimi dicalit dengan mekap.Aimi hanya menurut tanpa membantah.Cepat-cepat Aimi menuju ke bilik persalinan.Dia tahu dia sudah kesuntukan masa.
Dia mengutuk dirinya sendiri yang lewat tiba dan menyusahkan semua orang.Walaupun dia menerima tawaran untuk menjadi model pengantin secara paksa daripada Juhana,perasaan bersalah tetap wujud dlam dirinya.Dia harus membalas jasa Juhana kerana kakaknya itu telah menyelamatkan prestasi kerjanya.
Sebaik mengenakan gaun pengantin Aimi menuju ke arah Rohani.Terus dia duduk berhadapan Rohani sebelum sempat gadis yang muda setahun daripadanya itu bersuara,meminta duduk di situ.
Rohani tersenyum.
YOU ARE READING
Dia Pengantinku
Romance[RS] Jatuh itu amat memeritkan, tetapi jatuh cinta kepadamu ingin aku ulang berkali-kali. -sinopsis- Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjaya lebih penting daripada memikir soal jodoh...