HALIZA ketawa berdekah-dekah sebaik sahaja mendengar cerita Aimi pagi itu. Patutlah sebaik sahaja Aimi sampai ke pejabat pagi tadi wajahnya masam mencuka. Pada mulanya pertanyaan Haliza tidak dijawab oleh Aimi, tetapi apabila berkali-kali Haliza mendesak,barulah Aimi membuka cerita semalam.
"tengok, tu yang aku malas nak cerita,"kata Aimi sambil menarik muncung panjang.
"sorrylah,tapi aku tak tahan dengar cerita kau tadi. Macam manalah kakak dengan abang ipar kau boleh tak ingat tentang kasut pengantin tu? Kalau semalam aku aku datang tengok kau posing atas pentas, tak tahulah aku nak gelak macam mana "usik Haliza sambil ketawa .
"nasib kau tak datang. Buat malu aku saja. Ingat tau,kau jangan cerita kat teman-teman lain. Kalau Tak, nahas kau aku kerjakan, "ugut Aimi sekadar bergurau.
Dia berharap Haliza tidak akan bercerita kepada teman-teman sepejabat yang lain. Kalau tidak, malu dia nanti.
"yalah, takkan aku nak cerita kepada kawa-kawan kita pula. Lebih-lebih lagi admirer kau tu"usik Haliza lalu ketawa lagi
"eee!kau ni.Aku tak sukalah Syukri tu.Merimaskan!"Aimi mencebik
"alah, apa salahnya? Sekurang-kurangnya ada juga orang sukakan kau. Bukan macam aku ni! "
"isy diamlah.Nanti orang dengarlah"marah Aimi apabila sudah ada beberapa teman sekerja memandang mereka
Memang Aimi tidak suka kepada Syukri kerana lelaki itu selalu sahaja memberi bunga kepadanya. Bahkan jika ada kelapangan, selalu sahaja lelaki itu mencipta puisi-puisi jiwang untuknya. Geli Aimi apabila setiap kali Syukri bergaya seperti seorang penyajak cinta dihadapanya.
Seketika kemudian,tiba Syuhaida dengan wajah masamnya. Syuhaida merupakan pekerja yang paling tua dalam kalangan rakan sepejabat mereka. Tetapi dia seorang yang baik hati dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Haliza mencuit bahu Aimi apabila melihat wajah keruh Syuhaida. Aimi hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"kenapa no, Kak Ida? Masam semacam aje. Tadi dahlah Aimi datang dengan wajah masam. Kak Ida pun macam tu juga. Agaknya hari ni hari masam sedunia kut"tegur Haliza sekadar bergurau.
Syuhaida menggeleng.Satu keluhan berat dilepaskan.
"kenapa kak Ida? "tanya Aimi pull.
"Akak geram betul dengan Syukri ni. Dah seminggu akak bagi masa, suruh dia siapkan tugasan projek di Klang tu. Kalau Datuk Syed Alwi tanya nanti, apa akak nak jawab? "Syukri tak datang lagi ke? "tanya Syuhaida sambil mencari sesuatu di atas mejanya.
"Kalau dia lambat datang, Kak Ida faham-faham sajalah. Tentulah dia pergi beli bunga untuk si buah hati dia ni"kata Haliza sambil menjeling nakal ke arah Aimi.
"tolong sikit,"marah Aimi dengan nada geram.
Sememangnya dia tidak suka Haliza mengusiknya mempunyai hubungan dengan Syukri. Baginya, Syukri bukanlah lelaki pilihanya. Kadang-kadang Syukri bersikap sentimental apabila bunga dan puisi yang diberikan kepadanya langsung tak dihiraukan.
Masih lagi dia teringat hari pertama dia masuk kerja di Permai Holding. Tidak lepas-lepas Syukri memandangnya sehinggakan dia naik rimas. Bertalu-talu soalan diajukan kepadanya sehingga berkait sama ada dia sudah ada teman lelaki atau belum.
"hah, jauh termenung. Fikirkan bunga apa yang Syukri nak bagi nanti ya? "usik Haliza lagi
"ehh,kau ni tolong sikit. Siapa yang suka mamat poyo tu? Dahlah kurus kering. Aku rasa Syukri tu sesuai sangat dengan kau. Sebab kau suka makan banyak, dia tu pula tangkai jering
"kalau aku couple dengan dia lagilah slim badan aku ni"sekeetika Haliza ketawa sebelum meneruskan kata-katanya
"tapi dengan kau, dia tak jadi tangkai jering pula. Aku hairanlah dengan Syukri tu. Nak tengok dia lunch pun payah. Untuk kau ada pula duit nak beli bunga."
"alamatnya, siapa yang jadi bini Syukri tu payahlah. Kena fikir 100 kali. Masa nak pikat gadis yang di suka saja, sanggup habiskan duit. Dah kahwin nanti, jadi tangkai jeringlah dia. Dah lah keluar jumpa klien hari tu akak yang kena belanja dia. Lelaki apa macam tu? "bebel Syuhaida
Haliza dan Aimi ketawa sebaik sahaja mendengar cerita Syuhaida.
Ketawa mereka reda sebaik sahaja Datuk Syed Alwi masuk ke pejabat. Tiba sahaja di meja Aimi dia berhenti di situ
"Aimi tolong batalkan janji temu saya dwngan Setia Jaya petang ni. Tunda hari esok. Sebab petang ni saya nak ke airport sambut kepulangan anak saya "beritahu Datuk Syed Alwi
"baik Datuk"jawab Aimi patuh
"Syuhaida mana kertas kerja yang saya suruh siapkan minggu lepas? "tanya Datuk Syed Alwi kepada Syuhaida pula
"errr.... Ada dengan Syukri Datuk. Nanti saya minta padanya "
"baiklah nanti tolong letakkan atas meja saya "beritahu Datuk Syed Alwi
Syuhaida menarik nafas lega
Tanpa membuang masa Aimi terus mendail nombor Syarikat Setia Jaya untuk membuat pindaan janji temu pada hari ini
Semasa melakukan kerja, tiba-tiba telefon bimbit milik Aimi berbunyi menandakan ada mesej yang diterima. Aimi mengeluh sebaik sahaja membaca mesej dari Juhana.
Juhana memintanya untuk datang ke PWTC selepas habis kerja. Malam ini merupakan malam penutupan karinval pengantin. Entah apa pula yang Juhana suruh dia lakukanya. Yang pastinya, dia berharap bukan menjadi model pengantin lagi!
Done 790 word
Vote and comment
Don't forget to follow me
@nurul128450
YOU ARE READING
Dia Pengantinku
Romance[RS] Jatuh itu amat memeritkan, tetapi jatuh cinta kepadamu ingin aku ulang berkali-kali. -sinopsis- Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjaya lebih penting daripada memikir soal jodoh...