Sudah jemu Aimi membuat pelbagai gaya di atas pelamin Gold Wedding. Kadang-kadang malu juga apabila ada pengunjung lain turut mengambil gambarnya sewaktu dia sedang bergaya
Sepupunya Rizal ditugaskan untuk mengambil gambarnya. Rizal memang bekerja dengan kakaknya sebagai jurugambar dan cuma pada karnival pengantin musim ini sahaja Rizal menjadi model pembukaan memandangkan Juhana tidak sempat mencari model pengantin yang lain. Dan seorang lagi mangasa Juhana adalah Aimi sendiri
Juhana begitu gembira apabila ramai pengunjung datang membuat tempahan di booth Gold Wedding. Dia merasakan Aimi adalah tuahnya dalam mendapat pelanggan yang begitu ramai
"Rizal, bila nak habis ni? Aku penatlah "rungut Aimi perlahan
Sudah jemu dia berposing pelbagai gaya di hadapan pintu gerbang Gold Wedding
"sikit saja lagi "beritahu Rizal sambil mencuri pandang Rohani yang sedang leka melayan pelanggan yang beryanyakan busana pengantin
Secara diam-diam dia mengambil gmbr Rohani. Taetapi, tindakanya itu dapat dihidu oleh Rohani dan gadis itu tersenyum kepadanya. Rizal turut membalas senyuman rakan sekerjanya itu
Aimi tersengih apabila melihat perbuatan Rizal terhadap Rohani
"kau suka dia eh? "usiknya
"isy mana ada! "sangkal Rizal apabila peebuatanya disedari oleh Aimi
"habis,kenapa kau ambil gambar dia senyap-senyap? Aku tahu kau suka Rohani kan? "usik Aimi sambil ketawa kecil
"ada-ada sajalah kau ni. Ermm, kita rehat dululah. Aku pun dah penat ni"ujar Rizal seraya melabuhkan punggung di atas kerusi pelamin, di sebelah Aimi.
"aik tadi cakap ada sikit lagi. Malulah tu"Aimi menyakat sepupunya lagi
Dia dengan Rizal memang sepupu yang amat rapat kerana dia dan Rizal sebaya. Ada sahaja usikan yang selalu dikenakan kepada sepupunya kerana Rizal kadang-kadang seorang yang pemalu
Rizal hanya diam.
15 minit berlalu. Aimi mengeluh. Dia sebenarnya rimas dengan situasi begini. Tambahan pula badanya terasa amat letih disebabkan kerja di pejabat yang banyak siang tadi. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun ke arahnya. Cukup comel sekali wajahnya
"kakak cantik, minta autograf boleh? "tanya kanak-kanak perempuan itu dengan petah. Sekeping kertas dihulurkan kepada Aimi
Aimi tercengang seketika
"Damia,kamu buat apa ni sayang? "tegur seorang wanita yang lebih kurang sebaya Juhana kepada anak perempuanya
"Damia nak minta autograf kakak cantik ni. Wajah dia macam Barbie Damia yang kat rumah tu lah. Cantik kan mama? "beritahu kanak-kanak itu lagi
Gulp! Aimi menelan air liurnya. Barbie? Kau samakan aku dengan anak patung barbie? Eeee.... tolonglah sikit, budak. Aku dahlah penat macam orang bodoh jer kat sini, gerutu hati Aimi
"maaflah adik. Anak akak ni memang macam ni. Maaf ya"ucap wanita itu lalu menarik tangan anaknya
Namun, anaknya yang bernama Damia itu tetap tidak mahu berganjak
"mama, suruhlah kakak cantik ni tandatangan kat kertas Damia "
Timbul perasaan belas kasihan dalam hati Aimi apabila melihat kanak-kanak yang bernama Damia itu mula merengek kepada mamanya. Kanak -kanak itu nampak beria-ria mahu mendapatkan autografnya
"Damia, tak boleh macam ni sayang. Nanti mama belikan coklat untuk Damia ya "pujuk wanita itu lagi
"tak mengapalah, kak. Dia kan budak -budak lagi. Ermm, adik comel ni nama apa? "soal Aimi lalu mengusap perlahan-lahan rambut halus kanak-kanak itu
"Damia Aisya"beritahu kanak-kanak itu
"cantik nama tu. Tunggu sekejap ya "Aimi mula mencari kalibat Rizal dan Rohani di situ untuk meminjam pen
Apabila dia terlihat kelibat Rizal, dengan segera dia melaung nama sepupunya itu
"Rizal! "
Dengan terkocoh-kocoh Rizal datang ke arahnya
"ada apa?"soal Rizal
"pinjam pen sekejap"
"pen? Kau nak buat apa?"soal Rizal terpinga-pinga
"adalah.... "
Tanpa banyak soal, terus Rizal memberi pennya dan berlalu dari situ
"maaflah dik, anak akak ni menyusahkan adik sahaja "ucap wanita itu dengan serba salah
"tak mengapalah, kak. Lagipun Damia ni budak-budak lagi "beritahu Aimi lalu duduk bertinggung di hadapan Damia
Kertas kosong yang berada di tangan Damia diambil dan dikembalikan semula dengan tandatanganya
"terima kasih yer, kakak cantik "ucap Damia dengan nada yang gembira
"terima kasihlah adik. Maaf mengganggu. Kami pergi dulu ya "ucap mama Damia. Segera mereka berdua berlalu dari Gold Wedding
Entah dimana silapnya, katika Aimi hendak bangun, kakinya terpelot dan sempat tanganya memegang tubuh seorang lelaki yang berada di sebelahnya. Dengan rasa terkejut, lelaki itu turut memaut pinggangnya. Seperti dalam filem Hindustan pula gaya mereka
Berderau darah Aimi apabila melihat lelaki yang menolongnya. Hah!Mamat ni lagi?
"Asyraf kenapa ni? "
Teguran suara seorang wanita mengejutkan Aimi. Hah? Cepat-cepat Aimi memalingkan tubuhnya daripada menghadap lelaki dan wanita yang dimarahinya petang tadi
"Cik pengantin tak apa-apa ke? "soal lelaki yang menyelamatkanya
"Asyraf, you kenal ke girl ni? "soal teman wanita lelaki itu lagi
"kan kita jumpa dia..... Err.... "kata-kata lelaki itu mati di situ
Perlahan-lahan kaki Aimi mengundur untuk pergi dari situ
"Cik pengantin! "
Laungan lelaki itu langsung tidak dipedulikan Aimi. Dia mula menyembunyikan diri di celah-celah pelanggan Gold Wedding dan cuba menyibukkan dirinya, bermesra dengan pelanggan
Rizal yang melihat kemesraan sepupunya melayani pelanggan sedikit hairan kerana Aimi tidak pernah berminat dengan kerjaya ini
Dalam diam Aimi mengintai lelaki itu sama ada dia sudah berlalu pergi dari booth Gold Wedding. Namun, sangkaanya meleset kerana lelaki itu masih memerhatikanya dari jauh. Aimi semakin rimas
Sewaktu Rizal berteriak gembira apabila pengacara majlis mengumumkan Gold Wedding sebagai pemenang pelamin terindah, barulah lelaki itu hilang di celah-celah pengunjung yang lain. Aimi menarik nafas lega
Done 869 word
Vote and comment
Don't forget to follow me
@nurul128450
YOU ARE READING
Dia Pengantinku
Romance[RS] Jatuh itu amat memeritkan, tetapi jatuh cinta kepadamu ingin aku ulang berkali-kali. -sinopsis- Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjaya lebih penting daripada memikir soal jodoh...